🏌 Golf

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
high class ny sukan
 
Sponsored Post

theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
golf bukanlah sukan orang kaya, tapi bagi aku sukan golf dia ada di kelas dia yang tersendiri...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
setiap sukan ada level tersendiri
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
Golf Terbuka Kelantan tawar hadiah RM200,000

BHARU - Lebih RM200,000 hadiah dipertaruhkan dalam Kejohanan Golf Terbuka Kelantan kali ke-37 termasuk hadiah khas kepada peserta yang berjaya melakukan pukulan selubang.

Pengerusi kejohanan, Mike Wie Meng Toh berkata, hadiah khas itu mungkin akan bertambah nilainya dengan kemunculan penaja-penaja baru menjelang kejohanan tersebut.

"Setakat ini hadiah khas yang telah dapat dikenal pasti adalah berupa kenderaan iaitu sebuah kereta dan sebuah motosikal berkuasa tinggi," katanya di sini, semalam.

Katanya, kejohanan tahunan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Julai ini.

Beliau menjangkakan seramai 200 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut termasuk peserta dari Thailand dan Singapura.

"Kita mempunyai logistik sesuai dan mencukupi bagi menampung kehadiran peserta seramai itu, terutama struktur padang yang cukup baik berbanding di tempat-tempat lain di pantai Timur ini," katanya.

Sebagai penyediaan awal, katanya, pihaknya kini sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan padang bagi memastikan keadaan sentiasa terjaga selain mutunya dapat dipertingkatkan lagi menjelang kejohanan berlangsung.

Beliau percaya, kejohanan tersebut akan berlangsung dengan lancar berdasarkan sokongan yang ditunjukkan banyak pihak setakat ini.

Kejohanan tersebut dianjurkan Kelab Golf dan Desa Kelantan dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA).
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
Kelayakan Piala Dunia di Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi dipilih tuan rumah Kelayakan Piala Dunia Asia Omega Mission Hills di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, pada 3 hingga 6 Ogos ini.

Tiga negara teratas berpeluang bertanding untuk merebut hadiah AS$7.5 juta (RM22.6 juta) Piala Dunia Asia Omega Mission Hills di Mission Hills Resort, Hainan, China dari 24 hingga 27 November.

Pasukan Asia, termasuk Malaysia dan Afrika dijangka menandatangani kelayakan tersebut, menurut laman web Asia Tour.

Format permainan sama dengan Piala Dunia di mana empat bola digunakan pada pusingan pertama dan ketiga sementara foursomes (alternate shot) dimainkan pada pusingan kedua dan akhir.

Eropah dan Amerika Selatan juga menjadi tuan rumah kelayakan di mana pasukan tiga teratas akan menerima tiket ke Piala Dunia.
 

Hobin

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Oct 15, 2009
Messages
8,268
Reaction score
65
Points
75
golf - game to polish up ur attitude...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
walapon x paham cam na main golf
tp player2 golf nmpk ada class tersendiri
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
The World Champions terserlah

PASUKAN The World Champions dari India menepati ramalan untuk mengungguli pusi- ngan kelayakan keempat Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC) 2011 di Kuching, Sarawak dengan menjuarai kate- gori gross berpasukan baru- baru ini.

Dibarisi Amit Luthra (0), Advait Luthra (0), Amish Jaitha (1) dan Suman Puri (2), pasukan itu melakukan 923 pukulan keseluru- han sepanjang empat hari kejohanan di Damai Golf and Country Club dan Sarawak Club Golf Resort untuk mengatasi pasukan di tempat kedua dengan kelebihan 34 pukulan.

"Kami bermain dengan baik walaupun kedua-dua lapangan sukar dan mencabar. Keadaan padang agak berbukit, sementara green- nya laju dan sukar.

Kami berjaya muncul juara pada kejohanan ini sebanyak lima kali termasuk pusingan akhir di Sabah tahun lepas," ujar Amit selaku ketua pasukan yang memenangi sirkit tahun lalu bersama Jaitha dan Puri.

Pasukan Barracudas dari Malaysia yang dibarisi Mohd. Johari Mat Aris (5), Haizal Arifin Ismail (7), Mohd Zaid Osman (7) dan Azman Khalid (8) juga berjaya menempah tiket ke pusingan akhir apabila muncul naib johan gross dengan catatan keseluruhan 957 pukulan.

Young Achievers dari India yang dianggotai Vijit Nandrajog (1), Rohan Jaitha (6), Vik- ram Puri (6) dan Mohd Sahun (8) terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan 961 pukulan.

Sementara itu, pasukan dari Australia menyapu bersih kategori nett apabila Keith Lam (15), Tony Lee (16), Johnny Wan (18) dan Charles Law (18) yang mewakili pasukan 65+ muncul juara dengan 407 mata mengatasi pasukan senegara, Sea Horses yang diwakili oleh Scott Evans (7), Ian Smith (10), Snow Downes (17) dan Gary Bullard (18) yang mengumpul 398 mata.

Pusingan keempat di Sarawak menyaksikan penyertaan 20 pasukan iaitu 11 dari Australia, Perancis (4) dan India (3) dengan Brunei dan Malaysia masing-masing satu pasukan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Dr. James Dawos Mamit di Kampung Budaya Sarawak di Santubong.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
Eagle lonjak Airil

PUKULAN eagle pada lubang terakhir terus melonjakkan pemain negara, Airil Rizman Zahari untuk kembali merampas tampuk sebagai pendahulu pada saingan hari ketiga Kejohanan Golf Jemputan Masters Negeri Sembilan yang berlangsung di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) semalam.

Chip dari jarak 20 meter di lubang par 5 terakhir terus masuk untuk menghasilkan eagle, sekali gus membolehkan Airil Rizman, bekas juara Terbuka Pakistan 2007 melakukan enam bawah par 66 untuk jumlah keseluruhan 13 bawah par 203.

Walaupun demam ketika beraksi, dia mampu membenam enam birdie di lubang tiga, lima, enam, 11 dan 15 selain dua bogey di lubang dua serta tujuh.

"Saya tidak berapa sihat hari ini (semalam) kerana demam tetapi saya mampu bermain baik berbanding semalam (kelmarin) dan eagle di lubang terakhir adalah yang terbaik," katanya.

Airil Rizman yang sepi tanpa sebarang gelaran sejak empat tahun lalu dan memulakan karier sebagai pemain professional pada 2002 berazam menamatkan badi itu dan memburu kejuaraan Masters Negeri Sembilan yang menawarkan hadiah bernilai RM500,000.

Kelebihan dua pukulan membolehkan Airil Rizman mengatasi saingan terdekatnya, Antonio Lascuna (Filipina), Danny Chia (Malaysia) dan Atthaphon Prathummanee dari Thailand apabila masing-masing terikat dengan 11 bawah par 205.

Ketiga-tiga pemain tersebut kini terikat di tempat kedua.

"Saya berpuas hati walaupun sekadar membuat empat bawah par 68 kerana yang penting saya bermain tanpa sebarang tekanan," ujar Lascuna yang pernah menjuarai Selangor Masters pada 2007.

Bagi pemain No. 1 negara, Danny Chia, dia turut lega dengan catatan empat bawah par 68 untuk jumlah keseluruhan 11 bawah par 205.

"Secara keseluruhannya, saya lega dapat mendekatkan diri dengan pendahulu. Walaupun ketinggalan dua pukulan di belakang Airil, saingan hari terakhir akan menjadi penentu," kata Danny.

Dia yang menjadi pemain negara pertama melepasi cut di Terbuka Britain 2010, berazam untuk tidak melakukan kesilapan pada saingan hari terakhir hari ini.

Seorang lagi pemain negara, Shaaban Hussin turut cemerlang apabila berkongsi kedudukan kelima selepas melakukan tiga bawah par 69. Dia kini mengumpul 10 bawah par 206.

Shaaban berkongsi kedudukan dengan bintang golf dari Bangladesh, Siddikur Rahman yang melakukan tiga bawah par 69.

Bagi pemain veteran negara, Mohd. Rashid Ismail yang bermain baik pada hari kedua apabila melakukan 66 pukulan, gagal meneruskan kecemerlangan apabila menamatkan saingan hari ketiga dengan catatan menyamai par 72.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,076
Reaction score
9,756
Points
2,226
Siddikur bawa pulang RM78,750

CUACA mendung membawa tuah kepada bintang golf dari Bangladesh, Siddikur Rahman apabila muncul juara edisi ketujuh Kejohanan Golf Jemputan Masters Negeri Sembilan 2011 yang berakhir di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) semalam.

Dua eagle di lubang 11 dan 18 disempurnakan oleh Siddikur terus melenyapkan dua pemain handalan negara, Airil Rizman Zahari, Danny Chia serta Antonio Lascuna dari Filipina yang ketika itu turut berusaha memburu gelaran juara.

Begitupun, harapan ketiga-tiga pemain berkenaan terus lenyap sejurus sahaja Siddikur melakukan pukulan sungkit dari jarak 15 meter di lubang terakhir yang terus masuk ke lubang untuk menghasilkan eagle kedua.

Catatan tujuh bawah par 65 dan keseluruhan mengumpul 17 bawah par 271, membolehkan juara Terbuka Brunei 2010 ini meraih hadiah wang tunai RM78,750 (AS$18,000) selaku juara dengan kelebihan empat pukulan.

Lebih menarik, Siddikur tidak melakukan sebarang bogey sambil membenam lima birdie di lubang satu, tiga, empat, sembilan dan 14.

"Eagle di lubang terakhir cukup menarik dan saya tidak menjangkakan pukulan sungkit dari jarak 15 meter Par 5 itu terus masuk ke lubang.

"Kemenangan ini amat menggembirakan setelah tiga kali saya beraksi di sini hanya tahun ini saya berjaya muncul juara," kata Siddikur.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, kekecewaan peminat tempatan terubat apabila pemain negara, Danny Chia mencatat dua bawah par 70 untuk mengumpul 13 bawah par 275 bagi membolehkan dia muncul naib juara.

"Saya tidak bermain dengan corak permainan sebenar tetapi masih berupaya melakukan catatan bawah par. Cuma saya tidak mampu menyaingi kehebatan Siddikur," kata Danny.

Bintang utama negara itu membenam enam birdie di lubang dua, lapan, 11, 16 dan 18 serta dua bogey di lubang sembilan dan 17.

Selaku naib juara, Chia membawa pulang hadiah wang tunai RM54,000 (AS$18,000).

Dua lagi pemain negara, Mohd. Rashid Ismail dan Shaaban Hussin masing-masing terikat di tempat ketiga dengan catatan 12 bawah par 276 pukulan.

Kedua-dua pemain tersebut berkongsi hadiah wang tunai RM30,250 (AS$9,125).

Bagaimanapun, agak malang buat pendahulu hari ketiga, Airil Rizman apabila sekadar melakukan 74 pukulan untuk keseluruhan membuat 11 bawah par 277 - berkongsi tempat kelima bersama-sama Udorn Duangdecha dan Attaphon Prathummanee dari Thailand.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register