🏌 Golf

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 24 22.4%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 44 41.1%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.1%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 31.8%

Latest Threads

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL


TIGER Woods. - Foto AFP

Woods sah ke Memorial sebelum Terbuka AS


LOS ANGELES: Tiger Woods mengesahkan penyertaannya di Kejuaraan Memorial pada minggu hadapan tatkala dia berhasrat mencari rentak prestasinya menjelang Terbuka Amerika Syarikat bulan depan, kata penganjur.

Woods yang merangkul gelaran ke-15 major di Masters bulan lalu, berdepan prestasi turun naik dan kembali merosot apabila tewas pada pusingan awal Kejuaraan PGA Amerika Syarikat.

Kejohanan di Bethpage Black adalah kejohanan kompetitif pertama buat Woods sejak kejayaan penuh emosi di Augusta – gelaran major pertamanya dalam tempoh 11 tahun – dan pemain Amerika Syarikat itu berkata beliau tidak cukup menjalani latihan sebelum ke kejohanan terbabit.

“Saya rasa tidak bagus dan tak boleh melakukannya. Tetapi rehat lebih bagus, jadi saya mempunyai tenaga untuk bermain,” katanya.

Bagaimanapun beliau yakin akan akan memperoleh prestasi terbaiknya semula.

“Tidak ada alasan mengapa saya tak boleh bangkit dan mengejar semula serta melakukannya,” katanya.

“Saya perlu merasakan lebih baik dahulu sebelum ia terjadi. Kami akan lakukan itu dahulu kemudian kembali bangkit.”

Woods berkata Kejuaraan Memorial di Dublin Ohio itu dimasukkan dalam jadualnya sebelum menyertai lebih banyak pertandingan sebelum Terbuka AS, yang akan diadakan antara 13-16 Jun di Pebble Beach di California.

Pemain berumur 43 tahun itu bakal membuat penampilan ke-17 dalam kejohanan jemputan oleh legenda golf, Jack Nicklaus di Muirfield Village Golf Club. – AFP


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/05/567413/woods-sah-ke-memorial-sebelum-terbuka
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Woodland mahu menang lagi


GARY Woodland kembali ke jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas memenangi Terbuka AS di Pebble Beach, untuk cuba merungkai realiti baru selepas kejuaraan pertama dimenanginya.

Pemain golf Amerika berusia 35 tahun tampil di Rocket Mortgage Classic, acara baru di Kelab Golf Detroit, awal pagi ini, bersama rakan senegara Brandt Snedeker dan Keith Mitchell.

“Sangat bagus untuk kembali semula di sini minggu ini, bagus untuk kembali semula di lapangan, kembali dengan rutin,” kata Woodland. “Saya menarik untuk kembali semula beraksi di sini.”

Woodland melakukan 13 dibawah par 271 melebihi 72 lubang di Pebble Beach untuk mengalahkan juara bertahan Brooks Koepka dengan tiga pukulan.

Selepas rehat hujung minggu yang panjang di mana dia merai hari lahir kedua anak lelakinya dan kembali semula menjalani pusingan latihan untuk mengisi tempoh rehatnya.

“Ia lebih kepada tumpuan saya kepada diri sendiri, termasuk fokus pada membuat pukulan dalam permainan golf,” kata Woodland.

Woodland, ranking ke-12, masih mempunyai banyak kejohanan yang akan disertai tahun ini, termasuk Terbuka British bulan depan, aksi play off PGA AS dan kelayakan untuk pasukan AS dalam misi mempertahankan Piala Presiden hujung tahun ini.

“Masih banyak perlu dilakukan,” kata Woodland. “Menjadi juara di kejohanan utama adalah sangat hebat, namun saya masih cuba untuk mencatat kemenangan lagi, masih cuba untuk yang lebih baik.”

Woodland, yang membuat kemunculan di PGA pada 2009 namun terpaksa berehat panjang berikutan kecederaan bahu, dia sudah memenangi empat kejuaraan jelajah sepanjang karier termasuk Kejuaraan Transitions 2011, Terbuka Reno-Tahoe 2013 dan Terbuka Phoenix tahun lalu.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/06/469606/woodland-mahu-menang-lagi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL


Reaksi Brooks Koepka pada sesi latihan menjelang Kejohanan Jemputan Golf Dunia-FedEx St Jude di TPC Southwind, Mempis. - Foto AFP

Koepka menang Trofi Royal Selangor Golf


KUALA LUMPUR: Pemain golf nombor 1 dunia, Brooks Koepka memenangi Trofi Royal Selangor Golf tahun ini sebagai penghargaan kerana melakukan pukulan terendah dalam 16 pusingan membabitkan empat kejuaraan Major.

Koepka dari Florida, Amerika Syarikat USA setakat ini melakukan -36 pukulan dan penguasaannya dalam kejuaraan Major sudah diiktiraf sejak memenangi trofi berkenaan pada 2017.

Dia berada di landasan terbaik untuk sekali lagi merangkul trofi berkenaan tahun berikutnya namun disebabkan kecederaan, Justin Rose memenanginya pada 2018.

Walaupun Shane Lowry menang Kejuaraan Open di Ireland dalam tempoh 68 tahun, Koepka meraih trofi berkenaan dengan catatan terbaik dalam semua Major pada 2019.

Trofi berkenaan diperkenalkan hasil idea Colin MacGillivray, seorang arkitek yang bekerja di Malaysia.

Pemenang dipilih berdasarkan catatan terendah dalam 288 lubang membabitkan 16 hari pertandingan dalam Kejuaraan Major sepanjang tempoh empat bulan.

Hanya 33 pemain dalam tempoh hampir 60 tahun pernah memenangi trofi ini.


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/07/588878/koepka-menang-trofi-royal-selangor-golf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register