🏌 Golf

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
256,061
Reaction score
8,560
Points
2,216


TIGER Woods bermula baik pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Kejuaraan Match-Play WGC. - Foto AFP



AKSI Rory McIlroy pada Kejuaraan Match-Play WGC. - Foto AFP

Woods, McIlroy, Johnson langkah kanan


WASHINGTON: Tiger Woods, Rory McIlroy dan pemain nombor satu dunia Dustin Johnson antara pilihan utama dan bekas juara yang bermula baik pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Kejuaraan Match-Play WGC.

Kejohanan 64 pemain di Kelab Country Austin itu menggunakan format round-robin untuk menentukan 16 pemain terakhir bagi acara kalah mati pada hujung minggu sebelum penentuan juara, format yang belum pernah diuji oleh Woods sehingga tahun ini, selepas kali pertama dia layak sejak tahun 2013.

Juara major 14 kali itu bermula baik dengan kemenangan 3&1 ke atas pilihan ke-61 Aaron Wise, meletakkan Woods (pilihan ke-13) di tangga teratas kumpulann selepas Brandt Snedeker dan Patrick Cantlay terikat.

“Kami berdua sedikit bergelut,” kata Woods. “Saya cuba mengejar dan akhirnya berjaya mara.

“Saya mendahului awal dan kemudian ketinggalan dan naik semula. Kami tidak bermain dengan bagus tetapi entah bagaimana saya akhirnya menang.”

Woods – yang memenangi kejohanan itu pada tahun 2003, 2004 dan 2008 – ketinggalan satu lubang apabila Wise melakukan birdie di lubang kelapan, kesembilan dan ke-10. Tetapi kemudian Wise mencatat bogey di lubang 13, 15 dan 17 untuk memberikan kemenangan kepada Woods.

Pilihan keempat, McIlroy, juara edisi 2015 yang masih segar dengan kemenangan di Kejuaraan Pemain-Pemain dua minggu lalu, mengatasi pilihan ke-64 Luke List 5&4.

“Saya bernasib baik,” kata McIlroy yang mendahului perlawanan dari awal sebelum mengesahkan kemenangan dengan birdie di lubang 13 dan 14.

Pilihan utama Johnson, juara edisi 2017 yang memenangi kejohanan WGC Mexico bulan lalu, menang 4&3 ke atas pilihan ke-55 Chez Reavie. – AFP


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/03/546199/woods-mcilroy-johnson-langkah-kanan
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
256,061
Reaction score
8,560
Points
2,216




WOODS memberikan cabaran menjelang pusingan akhir apabila ketinggalan hanya dua pukulan. — FOTO AFP

Molinari sambar pendahulu Masters


FRANCESCO Molinari merakam enam bawah par 66 awal pagi tadi, mendahului dua pukulan di depan Tiger Woods dan Tony Finau pada pusingan ketiga Masters AS yang menarik di Augusta National.

Pemain dari Itali itu yang juga juara Terbuka British, kekal bersabar sepanjang lima lubang pertama dengan par ketika birdie mudah dibenam di mana-mana di Augusta yang mengalami hujan.

Selepas birdie pada lubang keenam dan kelapan, dia bangkit dengan empat birdie berturut-turut bermula lubang ke-12 par-tiga – yang mana pukulan teenya singgah beberapa sentimeter saja dari pin.

Secara turutan dia melakukan putt dari jarak enam, lapan dan sembilan kaki untuk birdie pada tiga lubang berikutnya – dan mengekalkan kelebihan dua pukulan apabila melakukan par dari bunker pada lubang ke-18.

Molinari, seorang daripada lima pemenang gelaran utama yang berkongsi pendahulu selepas pusingan kedua, mengumpul 13 bawah par 203.

“Rancangan saya adalah keluar ke sana dan melakukan perkara sama, tapi saya fikir ada beberapa pemain akan cuba merosakkan rancangan saya,” katanya.

Woods, yang menjuarai Masters kali terakhir pada 2005 dan tidak menokok 14 gelaran utamanya sejak kejayaan Terbuka AS 2008, mencatat lima bawah par 67 bagi 11 bawah par 205 keseluruhan.

Dia disertai Finau, yang merakam 64 – satu pukulan kurang daripada rekod kejohanan dan disamai oleh dua lagi pemain Webb Simpson dan Patrick Cantlay dengan lapan bawah par.

“Saya hanya melakukan sedaya mungkin,” kata Woods. “Pukulan pertama saya bagus begitu juga permainan iron. Saya melakukan beberapa putt yang ternyata membantu catatan pusingan saya hari ini.”

Permainan Woods memukau galeri di Augusta – dan mendapat perhatian Presiden AS, Donald Trump, yang pernah bermain dengannya sebelum ini.

“Permainan hebat daripada @TigerWoods (di) @Masters,” tulis Trump dalam Twitter.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/444556/molinari-sambar-pendahulu-masters
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
256,061
Reaction score
8,560
Points
2,216

Woods lonjak industri golf


KEJAYAAN Tiger Woods menjulang Masters semalam, kejuaraan major pertamanya sejak 2008, dijangka meningkatkan jualan untuk penaja, penyiar dan lapangan golf yang menganjurkan kejohanan sekiranya menampilkan aksi Woods.

Kejohanan itu kembali melonjakkan pemain berusia 43 tahun itu di puncak sukan yang mengalami perubahan besar hasil sentuhannya 25 tahun lalu.

“Tiger ‘menjual’ golf,” kata presiden Apex Marketing Group Inc, Eric Smallwood, sebuah firma analisis di Michigan.

Apex mendapati bahawa Nike memperolehi AS$22.5 juta (RM92.5 juta) nilai pendedahan jenama menerusi pusingan akhir yang disertai Woods, dengan logo Nike ‘Swoosh’ dilihat pada topi, baju, seluar dan kasutnya. Saham Nike melonjak sekitar satu peratus pada Isnin.

Penyiar kejohanan CBS Corp menyaksikan peningkatan rating yang ketara. berdasarkan data awal, pusingan akhir kejohanan Ahad lalu adalah yang rating tertinggi dalam siaran golf pada waktu pagi sejak 1986, apabila CBS mula mengumpul data itu.

Kejohanan itu yang biasanya disiarkan pada tengahari, dijadualkan semula pada sebelah pagi disebabkan masalah cuaca.

CBS yang mempunyai hak penyiaran ke atas Kejuaraan PGA pada Mei dan menjangkakan harga waktu siaran melonjak akibat kejayaan Woods menjulang Masters, menurut sumber terdekat.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/445268/woods-lonjak-industri-golf
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
256,061
Reaction score
8,560
Points
2,216

'Kebangkitan Woods luar biasa'


MICHAEL Jordan menyifatkan kebangkitan Tiger Woods pada kejohanan Masters sebagai yang terhebat malah memanggil ikon golf itu untuk mengucapkan tahniah kepadanya secara peribadi.

“Bagi saya, ia kebangkitan terhebat yang pernah saya saksikan,” kata Jordan.

“Saya tidak sangka dia akan pulih secara fizikalnya. Dia sendiri tidak terfikir akan pulih secara fizikalnya namun dia berjaya lakukannya. Tiada siapa menyangka dia akan kembali pada kedudukannya sekarang.

“Mungkin dia satu-satunya yang percaya mampu kembali beraksi. Bagi saya ia pencapaian besar. Bagi saya ia luar biasa.”

Woods menamatkan kemarau kejuaraan utama selama 11 tahun dengan kejayaan menjulang Masters yang penuh keterujaan dan emosi awal pagi Isnin lalu.

Woods, 43, hanya ketinggalan di belakang Jack Nicklaus yang menjuarainya pada 1986.

Woods menjulang 15 kejuaraan utama, di belakang Nicklaus dengan 18 kejuaraan.

Dua tahun lalu, kesakitan belakangnya begitu teruk hinggakan Woods menyangka dia tidak mungkin kembali bermain, apatah lagi menjulang kejuaraan utama.

“Secara mentalnya, anda sentiasa fikir anda boleh melakukannya tetapi anda tidak mempunyai jawapan terhadap apa yang perlu dihadapi tubuh anda ketika itu,” kata bekas bintang NBA, Jordan mengenai Woods.

“Saya yakin dia bertanya pada diri sendiri sama ada dia mampu kembali dan perlu lebih banyak berusaha.

“Namun dia berani menghadapinya. Dia perlu menukar cara permainannya, perlu menukar sedikit perspektifnya.”


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/446417/kebangkitan-woods-luar-biasa
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
256,061
Reaction score
8,560
Points
2,216




WOODS melakukan pukulan tee di lubang kedua. Dia hanya mencatat 72. — FOTO AFP



LEE beraksi di lubang ke-13 pada pusingan pertama. — FOTO AFP

Koepka kuasai hari pertama PGA


JUARA bertahan Brooks Koepka, yang memburu kejayaan keempat dalam lapan kejohanan utama disertainya, bermula dengan menyamai rekod untuk mendahului Kejuaraan PGA ke-101 awal pagi tadi ketika Tiger Woods yang tidak konsisten bergelut di Bethpage Black.

Koepka mencatat tujuh bawah par 63, catatan tunggal tanpa bogey pada pusingan pertama, untuk mendahului satu pukulan di depan pemain New Zealand, Danny Lee selepas 18 lubang ketika Woods, beraksi kejohanan pertamanya sejak menamatkan kemarau 11 tahun kejuaraan utama pada Masters AS bulan lalu, hanya merakam 72 dan berkongsi tangga ke-51.

Koepka, yang menduduki ranking ketiga dunia, menamatkan aksi dengan tolakan birdie dari jarak 33 kaki untuk mencipta rekod lapangan dan menyamai catatan sepusingan terbaik dalam sejarah kejohanan itu.

“Ia mungkin satu daripada pusingan terbaik pernah saya lakukan sebagai pemain profesional,” kata Koepka, yang menjadi pemain profesional pada 2012.

Ia catatan 63 kedua dalam masa dua tahun pada Kejuaraan PGA buat pemain Amerika Syarikat berusia 29 tahun itu, yang menyertai pemain Australia, Greg Norman dan Vijay Singh dari Fiji sebagai pemain yang merakam dua catatan terendah dua kali pada kejohanan utama.

“Putter saya memang terbaik hari ini. Sudah lama berasa tidak sebagus ini,” kata Koepka. “Ia hari yang luar biasa, tujuh bawah par, ia tidak akan berlaku setiap hari.”

Lee menamatkan aksi dengan birdie berturut-turut untuk mencatat 64, menambah jarak pukulan dengan driver menjadi kunci catatan terendahnya pada 2019 dan dalam 10 kejohanan utama disertai.

“Jelas saya memukul lebih jauh,” katanya. “Ia satu bonus besar buat saya. Saya seronok dengan apa yang boleh dilakukan minggu ini.”

Tommy Fleetwood, yang cuba muncul pemain Inggeris pertama menang PGA sejak Jim Barnes pada 1919, merakam 67 untuk berada di tangga ketiga, satu pukulan di depan pemain Perancis, Mike Lorenzo-Vera, pemain Korea Selatan, Kang Sung Hoon dan pemain AS, Chez Reavie, Luke List serta Pat Perez.

Kedua-dua Koepka dan rakan sepermainannya Woods bersetuju pusingannya patut lebih bagus, mungkin di bawah rekod 62 dicatat pemain Afrika Selatan, Branden Grace pada Terbuka British 2017.

“Saya par kedua-dua lubang par-5 dan terlepas dua tolakan dari jarak lapan kaki untuk birdie,” kata Koepka. “Ia mungkin patut lebih bagus lagi.”

“Dia bermain dengan amat bagus,” kata Woods.

“Ia mungkin catatan terbaik boleh dilakukannya di luar sana. Dia terlepas beberapa peluang. Dia mungkin boleh catat lebih bagus lagi. Saya pula beraksi tidak seperti yang diharapkan, sudah tentu.”


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/05/456769/koepka-kuasai-hari-pertama-pga
 
Sponsored Post
Top
Log in Register