🏆 Skuad Squash Kebangsaan (Sukan SEA 2019) - Sapu Bersih Pingat Emas Lelaki & Wanita

CG Sponsors




kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,521
Reaction score
237
Points
123
nicol ni xpandai cakap melayu kan?
masa interview kt astro arena, pengulas tanya dlm BM dia jwb dlm BI plk
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
nicol ni xpandai cakap melayu kan?
masa interview kt astro arena, pengulas tanya dlm BM dia jwb dlm BI plk
Dia byk berada di obesi gamok nya sapa dok reti ckp BM
pengaruh keluarga mgjn jgk kot
dari kecik ckp BI
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,239
Reaction score
411
Points
131
nicol ni xpandai cakap melayu kan?
masa interview kt astro arena, pengulas tanya dlm BM dia jwb dlm BI plk
tak fasih kot...

sebab dia paham cakap melayu...

lagipun duduk oversea je..nak watpe cakap melayu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376

Sanjay Sasar Status Pemain No.1 Negara Menjelang 2018

Pemenang dua emas Sukan SEA Singapura 2015, Sanjay Singh Chal telah menetapkan sasaran untuk menjadi pemain skuasy nombor satu negara menjelang 2018

Bagi mencapai impian itu, pemain kelahiran Miri ini kini sedang menggilap kemahiran dalam sukan itu di England, sekali gus berusaha untuk memperbaiki kedudukan ranking keempat negara dan 115 di dunia

"Saya sedang mengikuti latihan sejak enam bulan lepas di England di bawah jurulatih Robbie Temple," kata pemain berusia 21 tahun itu

Pencapaian Sanjay dalam sukan itu cukup memberangsangkan iaitu pemain junior nombor satu negara serta mewakili Malaysia dalam Kejohanan Remaja Asia, Kejohanan Remaja Asia Berpasukan, Terbuka Remaja British, Piala Dunia Bawah 21 Tahun, Sukan Universiti Dunia, Kejohanan Dunia Lelaki Berpasukan dan Kejohanan Individu Senior Asia

Pada masa ini, Sanjay berkata beliau cuba berusaha keras untuk mengimbangi tugasnya sebagai pemain kebangsaan dan juga pelajar mengikuti program diploma pengurusan perniagaan

"Saya mungkin terlepas beberapa sesi latihan kerana mengikuti kelas atau menghabiskan masa tambahan di gelanggang pada waktu jauh malam," kata anak sulung daripada dua adik-beradik yang mula diperkenalkan kepada sukan itu pada usia sembilan tahun

Sebagai peminat tegar Mohd Azlan, bekas pemain nombor satu negara dan pemain nombor 10 dunia, Sanjay berkata idolanya antara mereka yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada beliau

Beliau menasihatkan mereka yang berhasrat menjadi pemain profesional supaya bersedia membuat pengorbanan serta bersedia mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mencapai impian mereka
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376

HAJAT NICOL KEMBALI KE NO.1 TIDAK KESAMPAIAN

Ratu skuasy negara Datuk Nicol David terlepas peluang untuk merampas kembali takhta pemain nombor satu dunia selepas tewas pada saingan separuh akhir Kejohanan Juara-Juara di New York, Amerika Syarikat pagi ini

Nicol yang kini berada pada ranking ketiga dunia, yang juga pilihan kedua kejohanan, tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Nour El Sherbini 8-11, 5-11 dan 6-11 dalam masa hanya 26 minit

Nicol boleh merampas kembali kedudukan pemain nombor satu dunia, yang kini dipegang oleh Laura Massaro dari England, jika menjuarai kejohanan itu

Nicol bermula cemerlang apabila menewaskan Victoria Lust dari England 11-2, 11-3 dan 11-2 pada pusingan pertama, diikuti menang ke atas Annie Au dari Hong Kong 11-2, 11-5 dan 11-7 pada pusingan kedua

Dalam saingan suku akhir pula, Nicol bertungkus lumus menundukkan pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy 11-6, 10-12, 10-12, 11-3 dan 11-5 dalam masa 56 minit

Pada final kejohanan itu, El Sherbini dijadualkan bertemu Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
Cabaran Malaysia Dalam Kejohanan Skuasy Cleveland Tersekat Di Pusingan Pembukaan

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Cleveland Classic berakhir apabila dua pemainnya kalah dalam perlawanan pembukaan di Cleveland Racquet Club di Ohio, Amerika Syarikat pada Sabtu (Ahad di Malaysia)

Menurut laporan laman sesawang skuasy www.squashsite.co.uk, langkah pemain nombor dua negara dan pemain pilihan ketujuh kejohanan itu, Low Wee Wern, tersekat apabila kalah kepada pemain tidak ternama dari India, Dipika Pallikal, 2-11, 9-11 11-9 and 9-11

Juara kebangsaan, Delia Arnold juga terkandas apabila kalah kepada pemain pilihan utama dari Perancis, Camille Serme 8-11, 2-11 dan 4-11

Mengikut format kejohanan itu, pemenang pada pusingan pembukaan secara automatik layak ke peringkat suku akhir

Ratu skuasy Malaysia dan juara bertahan, Datuk Nicol David, pula mengambil keputusan untuk tidak menyertai kejohanan itu, dipercayai untuk membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat dan Terbuka Britaian yang dijadual berlangsung pada akhir Feb dan awal Mac
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376

KEJOHANAN SKUASY WANITA DUNIA TETAP BERLANGSUNG

Atlet skuasy wanita negara menerima berita gembira apabila Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang dibatalkan sebelum ini akan berlangsung di Kuala Lumpur April depan

"Kami gembira apabila menemui jalan penyelesaian dengan semua pemegang saham bagi membolehkan kami mementaskan acara itu pada April," kata Ketua Eksekutif Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Alex Gough

Kejohanan tersebut sepatutnya berlangsung Disember lalu tetapi pihak penganjur menggunakan alasan keselamatan disamping meminta Kementerian Belia dan Sukan membayar jutaan ringgit sekiranya mahu kejohanan tersebut diteruskan

Sebelum ini, atlet skuasy wanita telah meluahkan kekecewaan ekoran pembatalan kejohanan itu pada Disember
 
Sponsored Post
Top
Log in Register