πŸ†πŸš΄ Terengganu Cycling Team (TSG) 21'

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
Tour de Korea!! Goodluck TSG team!! Go Go Go TSG. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻🚴🏻🚴🏻 #terengganucyclingteam #tsgteam #thankyouforyrsupport #tisb #weraceshimano #ccn #pro #ogk #cve #primulabeachhotel #lapierre #panaracer #deuter #defeet #tof #manhattanfishmarket #examarketing #kobert #jehaland #flm #kliatv #teamturtle #velovelo #innorack #KTcyclone #oraclestudio #Gotsg
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
TSG Fan Club


Tahniah Nur Amirull Fakhruddin b. Mazuki dan pasukan tempat pertama stage 1 Jelajah Malaysia 2017! All the best untuk stage 2 πŸ˜ƒ
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376


Nur Amirul Fakhruddin Marzuki
ToP: Amirul mahu pertahan jersi biru


CAMERON HIGHLANDS, 18 Okt - Pelumba pasukan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki mahu mempertahankan jersi biru, selaku Raja Pecut Tour of Peninsular (ToP) pada peringkat terakhir esok.

Nur Amirul yang muncul juara peringkat ketiga dari Kuantan ke Karak semalam untuk memenangi tiga jersi utama, jersi kuning (pendahulu keseluruhan), jersi biru dan jersi putih (terbaik Asia), hanya mampu mempertahankan jersi biru hari ini, dengan berbaki tiga zon pecutan esok.

Pada peringkat keempat yang menyaksikan pendakian dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands sejauh 89.5km, beliau sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-68, 13 minit dan 32 saat di belakang pemenang, Marcos Garcia dari Kinan Cycling Team yang mencatatkan dua jam, 21 minit dan 12 saat.

Keputusan itu menyaksikan beliau kehilangan jersi kuning apabila pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu, kini selesa di kedudukan teratas dengan kelebihan 3:02s berbanding pencabar terdekatnya, Igor Chzhan dari pasukan Vino-Astana Motors dengan catatan masa 13:39:41s, manakala Amirul berada di tempat ke-44 dengan ketinggalan 13:12s.

Beliau turut hilang jersi putih kepada pelumba Kazakhstan, Igor, manakala harapan untuk mengekalkan jersi biru pula boleh dikatakan tinggal nyawa-nyawa ikan, apabila terikat 44 mata bersama pelumba Afrika Selatan, Rohan du Plooy dari pasukan Protouch.

Selepas dua zon pecutan di Kg Tiat dan Kg. Leryar pada bahagian awal perlumbaan hari ini, pelumba berusia 27 tahun itu berkongsi mata, selepas Rohan meraih tiga mata, tetapi pelumba Malaysia itu dipilih sebagai penyandang jersi berdasarkan keputusan penamatan.

β€œJika lihat pada laluan hari esok, saya rasa kemungkinan besar tiada perubahan untuk jersi kuning. Tetapi untuk jersi biru, apa-apa boleh berlaku, jadi kita (TSG) akan cuba pertahankan dan kekalkan jersi ini.

β€œSaya dapat pertahankan jersi biru pada hari ini kerana rakan sepasukan saya berada di hadapan untuk kacau mata kerana Rohan telah ke hadapan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Pemenang keseluruhan dan jersi utama bakal diketahui pada esok, selepas peringkat kelima dari Dataran Lipis, Kuala Lipis ke Wangsa Walk Mall, Setiawangsa sejauh 151.4km, dengan zon pecutan di Raub, Bentong dan Gombak, serta pendakian di Bentong (Kategori 4) dan Genting Sempah (Kategori 2).

Sementara itu, seorang lagi pelumba TSG dan pakar pecut, Mohd Harrif Saleh gagal menamatkan perlumbaan hari ini kerana keracunan makanan, sekali gus tidak layak untuk beraksi esok.

-- BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
GRAND PRIX VELO MANAVGAT | Harrif Rakam Kejuaraan Di Bumi Eropah

Kayuhan bertenaga Mohd Harrif Salleh mencipta sejarah tersendiri dengan menjuarai perlumbaan Grand Prix Velo Manavgat di Turki.

Ini kejuaraan pertama Pasukan Terengganu Cycling (TSG) dan Harrif di Eropah, juga satu permulaan yang cukup memberangsangkan buat pasukan bagi musim 2021.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
GP ALANYA | Giliran Carlos Quintero Pula Lonjak TSG

Sehari Selepas Mohd Hariff Saleh merangkul kejuaraan Grand Prix Velo Manavgat berstatus 1.2 UCI, pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi memperagakan aksi cemerlang apabila mendominasi saingan GP Alanya di Turki.

Carlos Quintero muncul juara untuk menjulang pasukan profesional benua berpangkalan di Terengganu itu.

β€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register