๐Ÿ†๐Ÿšด Terengganu Cycling Team (TSG) 19'

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376

'Terengganu Pro Asia Cycling Team' (UCI Team Code: TCT) is a Malaysian UCI Continental cycling team managed by Dato' Ahmad Sidi Ismail and sponsored by PanGlobal Insurance, PowerBar, Merpati, Castrol and Amerstrand Engineering.

Major results

1st Stage 4 Jelajah Malaysia, Anuar Manan
1st Stage 5 Tour de Taiwan, Shinichi Fukushima
1st Stage 7b Tour of Singkarak, Jang Chan-Jae
1st Malaysia Road Race Championships, Mohamed Mat Amin
1st Overall Tour de Brunei, Shinichi Fukushima

1st Stage 2, Anuar Manan
1st Stage 3, Mohamed Salleh
1st Stage 4, Mohamed Mat Amin

1st Stage 7 Tour d'Indonesia, Mohamed Mat Amin
1st Stages 8 & 10 Tour d'Indonesia, Shinichi Fukushima
1st Stage 5 Tour of Hainan, Anuar Manan
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376
TCT Mahu Sertai Kejohanan Jemputan Benua Eropah 2012

KUALA TERENGGANU, 28 Nov -- Pasukan lumba basikal profesional Terengganu-Terengganu Cycling Team (TCT) bercadang menyertai kejohanan jemputan lumba basikal benua Eropah musim 2012.

Pengurusnya Ahmad Kamarul Idrus berkata langkah TCT itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelumba-pelumba TCT di samping menyertai kejohanan di benua Asia.

"Kita akan cuba mendapatkan jemputan daripada penganjur-penganjur untuk menyertai kejohanan di benua Eropah yang dijangka bermula bulan Jun tahun depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Kamarul berkata TCT merancang menyertai 18 kejohanan lumba basikal di bawah kalendar UCI (Union Cycling International) musim 2012 yang bermula Januari hingga November.

Beliau berkata Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah kejohanan pertama dalam kalendar UCI mulai 20 Feb hingga 4 Mac 2012 yang akan disertai oleh TCT sebelum menyertai kejohanan lain di benua Asia.

Ahmad Kamarul berkata dalam penampilan pertamanya di benua Asia, TCT telah menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan termasuk kejohanan di China, Jepun, Korea, Indonesia, Malaysia dan India.

"Dalam rangking UCI, pasukan TCT menduduk tempat keempat terbaik daripada 75 pasukan benua Asia," katanya.

Beliau berkata antara pelumba TCT musim 2011 ialah Anuar Manan, Hariss Salleh, Yusliza Usoff, Mohd Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin, Nor Amirul Fakharuddin Marzuki, Nor Umardi Rosli dan Mohd Shobery Abdullah.

Selain pelumba tempatan itu, TCT juga mempunyai empat pelumba import iaitu Shinichi Fukushima, Motoi Nara (Jepun), Chan Jang Jae dan Kim Do Hyoung (Korea).
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376
TCT Cadang Guna Khidmat Pelumba Dari Eropah Tahun Depan

KUALA TERENGGANU, 30 Nov -- Pasukan lumba basikal profesional Terengganu - Terengganu Cycling Team (TCT) bercadang menggunakan khidmat pelumba basikal dari Eropah tahun depan.

Pengurusnya Ahmad Kamarul Idrus berkata sekarang ini TCT sedang mengintai pelumba-pelumba dari Amerika Selatan khususnya Colombia untuk memperkuatkan pasukan TCT.

"Ia sebagai persiapan kerana tahun depan kita mungkin akan menyertai kejohanan lumba basikal jemputan di Eropah," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Beliau berkata TCT mungkin akan mengambil dua atau tiga orang pelumba dari benua Eropah terutamanya pelumba-pelumba yang pakar dalam kategori mendaki bukit.

"Sebab kita tidak ada pendaki bukit untuk disesuaikan dengan kejohanan di sana," katanya.

Ahmad Kamarul berkata setakat ini TCT telah mengenalpasti beberapa pelumba dari Eropah dan akan mengkaji sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Dalam pada itu, TCT mungkin akan mengekalkan setahun lagi pelumba-pelumba import dari Asia yang menyertai pasukan itu tahun ini.

Pelumba berkenaan ialah Shinichi Fukushima, Motoi Nara dari Jepun dan Chan Jang Jae, Kim do Hyoung, Korea Selatan.

Beliau berkata perlumbaan di benua Asia pada tahun depan akan bermula dengan Le Tour de Langkawi (LTdL) mulai 24 Feb hingga 4 Mac.
 

MOD jr.

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 29, 2008
Messages
23,580
Reaction score
134
Points
133
tabik team ganu kite!!!!!!!
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376
harak2 TCT koho sedak musing depang :)cgrock
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376
Hariss Ganti Anuar Ketuai Terennganu Cycling Team

KUALA TERENGGANU -- Pemenang dua pingat emas Sukan SEA Indonesia, Hariss Salleh, bakal menggantikan Anuar Manan bagi mengetuai pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Cycling Team (TCT) 2012.

Pengurus pasukan Ahmad Kamarul Idrus berkata ini kerana Annuar, anak kelahiran Kuala Ibai di sini, akan mewakili pasukan yang berpangkalan di Hong Kong, Champion System, tahun depan.

"Hariss memang layak mengambil tempat Anuar memandang pengalaman beliau yang begitu luas dalam kejohanan lumba basikal di peringkat antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Kamarul berkata walaupun TCT bakal kehilangan pelumba sensasi itu, pelumba-pelumba lain masih dikekalkan bagi menghadapi kejohanan lumba basikal benua Asia musim 2012 yang akan bermula Januari ini.

Mereka ialah Hariss, Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Nor Amirul Fakharuddin Marzuki, Yusliza Usoff, Nor Umardi Rosdi, Mohd Shobery Abdullah dan Mohd Fais Saifuddin.

Beliau berkata muka baru yang akan diambil bagi memantapkan lagi pasukan TCT tahun depan ialah Mohd Zamri Salleh dan juga beberapa pelumba remaja sebagai pelapis.

Ahmad Kamarul berkata sasaran TCT tahun depan ialah untuk menyertai seberapa banyak kejohanan peringkat Asia dan sekaligus menjadi sebuah pasukan disegani di peringkat Asia.

"Program latihan pelumba-pelumba TCT akan diadakan termasuk di Eropah kerana TCT dijangka menyertai kejohanan undangan sana tahun depan," katanya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376
Harrif bakal ketuai TCT

PEMENANG dua pingat emas Sukan SEA 2011 Indonesia, Mohd. Harrif Salleh bakal menggantikan Anuar Manan bagi mengetuai pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Cycling Team (TCT) pada musim depan.

Pengurus pasukan, Ahmad Kamarul Idrus berkata ini kerana Annuar, anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu, akan mewakili pasukan yang berpangkalan di Hong Kong, Champion System tahun depan.

"Harrif memang layak mengambil tempat Anuar memandangkan pengalaman beliau yang begitu luas dalam kejohanan lumba basikal di peringkat antarabangsa," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad Kamarul berkata walaupun TCT bakal kehilangan pelumba sensasi itu, pelumba-pelumba lain masih dikekalkan bagi menghadapi kejohanan lumba basikal di benua Asia musim 2012 yang akan bermula Januari ini.

Mereka terdiri daripada Harrif, Shahrul Mat Amin, Mohd. Saufi Mat Senan, Nor Amirul Fakharuddin Marzuki, Yusliza Usoff, Nor Umardi Rosdi, Mohd. Shobery Abdullah dan Mohd. Fais Saifuddin.

Beliau berkata muka baharu yang akan diambil bagi memantapkan lagi pasukan TCT tahun depan ialah Mohd. Zamri Salleh dan juga beberapa pelumba remaja sebagai pelapis.

Ahmad Kamarul berkata sasaran TCT tahun depan ialah untuk menyertai seberapa banyak kejohanan peringkat Asia sekali gus menjadi sebuah pasukan disegani di rantau ini.

"Program latihan pelumba-pelumba TCT akan termasuk di Eropah," katanya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,434
Reaction score
11,112
Points
2,376
LTdL 2012: Menang peringkat sasaran TSG

TERENGGANU Pro-Asia Cycling Team (TSG) menyusun perancangan teliti untuk memastikan pelumba yang bakal mengibar cabaran pasukan itu pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 nanti berada dalam keadaan bersedia memenuhi sasaran kemenangan peringkat dan memperbaiki kedudukan keseluruhan edisi lalu.

Dengan jadual harian dipenuhi latihan dan menyertai beberapa kejohanan peringkat kebangsaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG, Mohd. Sophian Abu Bakar berkata, pengurusan memberi tumpuan terhadap kecergasan pelumba sebelum menyusun perancangan terakhir pada Januari nanti.

Antara kejohanan tempatan yang dikenal pasti akan disertai pelumba sepanjang Disember ini ialah GP Kebangsaan di Johor dan Kuala Lumpur serta Pesta Pulau Pinang.

"Apabila memasuki tahun baharu, pelumba akan memasuki kem latihan pusat tetapi pengurusan masih belum menetapkan di mana lokasi latihan tetapi tidak menolak kemungkinan berlatih di Chiang Mai, Thailand seperti masa lalu.

"Apa yang penting ketika ini adalah memastikan tahap kecergasan pelumba berada di tahap yang baik supaya dapat dipertingkatkan lagi beberapa minggu menjelang bermulanya LTdL pada 22 Februari hingga 4 Mac tahun depan," kata Mohd. Sophian.

Menurutnya, selepas Hariff Salleh dan Anuar Manan terlepas beberapa peluang kemenangan peringkat pada edisi ke-16 lalu, TSG berharap impian itu akan dapat dipenuhi pada LTdL 2012.

Buat masa ini, TSG masih mengekalkan jumlah 14 pelumba dalam pasukan itu tetapi tidak menolak kemungkinan akan ada perubahan apabila pihak pengurusan mengambil pelumba baharu apabila kontrak sedia ada sehingga penghujung Disember 2011 berakhir.

Mohd. Sophian berkata, pengurusan TSG juga berharap akan dapat mengekalkan empat tenaga pelumba luar, termasuk pelumba veteran Jepun, Sinichi Fukushma pada musim baharu nanti.

"Masih terlalu awal untuk menyenaraikan nama pelumba kerana pihak pengurusan akan menandatangani kontrak baharu dengan pelumba apabila kontrak sedia ada berakhir.

"Tetapi kami berharap dapat menarik beberapa pelumba baharu tempatan dan luar untuk memantapkan pasukan ini, terutamanya dalam aspek pendakian yang masih menjadi kelemahan kami," katanya.

Pada edisi LTdL 2011, Mat Saufi Mat Senan menjadi pelumba terbaik pasukan itu apabila menduduki tangga ke-31 keseluruhan, ketinggalan 6 minit 28 saat di belakang pemenang Jersi Kuning dari pasukan Androni, Jonathan Monsalve.

Mat Shahrul Mat Amin pula menduduki tangga ke-37 keseluruhan, manakala dalam senarai keseluruhan berpasukan, TSG menduduki tangga kelapan, tercicir 21 minit 37 saat di belakang juara keseluruhan, Tabriz Petrochemical dari Iran.

Dengan tiga daripada 10 peringkat terakhir akan berakhir di Terengganu, Mohd. Sophian berharap ia memberi inspirasi buat pasukan itu menghasilkan keputusan memberangsangkan terutama di depan peminat sendiri.

LTdL 2012 yang meliputi jarak kayuhan sejauh 1,410.7 kilometer dan bermula di Putrajaya, membabitkan lokasi penamat di Chukai (Peringkat 8) dan Kuala Terengganu pada Peringkat 9 dan 10.

"TSG tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi tetapi berharap pelumba pasukan ini termasuk pakar pecut, Hariff Salleh dapat membuat kejutan memenangi peringkat, manakala kejayaan meraih kedudukan tangga kelapan keseluruhan pada edisi lalu dapat diperbaiki."
 
Sponsored Post
Top
Log in Register