BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🏆🏑 TLHT 20' - Misi Gapai Kejayaan

mma1a_1547613095.jpg

TLHT pasti 'perpeluh' layan Blue Warriors


KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT), Iman Gobinathan tanpa berselindung mengakui anak buahnya berdepan laluan perit untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut apabila bakal membuat perhitungan dengan Blue Warriors-PDRM di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB) petang esok.

Bekas pengendali pasukan Bangladesh musim lalu itu turut menyifatkan pertemuan dengan juara bertahan Piala Vivian Mays Soars itu adalah ujian sebenar pasukannya dalam misi merampas kembali gelaran juara berganda dua tahun lalu.

Beliau berkata, kehadiran sepuluh pemain skuad kebangsaan dan ditambah pemain berpengalaman dalam skuad itu sudah pasti memerlukan fokus yang lebih daripada pemain TLHT.

“Bertemu Blue Warriors sudah pasti tidak mudah buat pemain kami kerana mereka antara pencabar terkuat dalam saingan Liga Hoki Wanita musim ini.

“Atas kertas kedua-dua pasukan boleh dikatakan seimbang, namun pasukan lawan ada sedikit kelebihan kerana mereka ada pengalaman kerana pernah menang liga.

“Tapi pasukan yang banyak melakukan kesilapan pasti akan kecewa. Oleh itu, saya mengarahkan pemain saya mengawal rapi pihak lawan, melakukan hantaran tepat dan mampu bertahan serta menyerang dengan lebih baik.

“Selain itu saya juga turut menekankan pukulan sudut penalti dan peranan yang perlu dilakukan pemain lain kerana situasi itu bakal menentukan kemenangan dan kekalahan sesebuah pasukan,” kata Iman.

Pada aksi Isnin lalu bertemu PSHA-MSSPP (Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang), skuad TLHT menang besar 13-0.

Dalam aksi pertama, TLHT juga berpesta gol 5-0 menundukkan SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail).


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/412630/tlht-pasti-perpeluh-layan-blue-warriors
 
Sponsored Post

Terengganu Ladies Hockey Team

50748174_2270766313176372_9033913302782050304_n.jpg

Pasukan TLHT meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan Hoki PKS Uniten (3) - (2) dalam aksi Liga Hoki Wanita di Stadium Hoki, Batu Buruk Kuala Terengganu

- Jaspreet Kaur - PC
- Hanis - PC
- PKS - FG
- Syafiqah - FG
- Jaspreet Kaur - PC

#TNBMalaysiaHockeyLeague2019 #MalaysiaHockeyTeam #TNBLHM2019 #MyHoki #TNBLigaHokiMalaysia2019 #MalaysiaHockey #TNBMHL2019 #TLHT #AdikPrint #FR9 #Terengganu
 
Terengganu Ladies Hockey Team

50827376_2275050739414596_9077770725669994496_n.jpg

#Matchday #TLHT

TLHT vs SSTMI

📆 31 Jan 2019
⏰ 5.00 pm
🏟 Stadium Hoki Batu Buruk

#Repost @malaysianhockeyconfederation ・・・
TNB Malaysia Hockey League (Women's) 2019 action continues tomorrow and it is getting more exciting.

Here are the fixtures for tomorrow's matches.

#TNBMalaysiaHockeyLeague2019 #MalaysiaHockeyTeam #TNBLHM2019 #MyHoki #TNBLigaHokiMalaysia2019 #MalaysiaHockey #TNBMHL2019
 
VIVIAN_MAY_SOARS_CUP_2019_TLHT_PKS-UNITEN_1549978299.jpg

Bekalan dua gol belum selamat buat TLHT


TIGA gol dalam tempoh lapan minit terakhir perlawanan menyaksikan juara baru Liga Hoki Wanita, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) berjaya melakar kemenangan 4-2 ke atas PKS Uniten pada aksi separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars di Stadium Tun Razak, hari ini.

Kemenangan itu nyata cukup melegakan pengendali TLHT, Iman Gobinathan selepas menyaksikan barisan pemainnya gagal beraksi dengan baik di separuh masa pertama selain mensia-siakan banyak peluang menjaringkan gol.

"Terlalu banyak peluang gagal dimanfaatkan dengan baik. Mujur pada hujung perlawanan mereka kembali memperoleh rentak permainan yang dimahukan.

"Tapi kemenangan ini belum memberi sebarang jaminan kepada kami untuk mara ke final. Apa saja boleh berlaku pada separuh akhir kedua nanti walaupun kami mempunyai kelebihan dua gol," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Penyerang PKS, Hanis Nadiah Onn meletakkan pasukannya di depan seawal minit ke-8 menerusi jaringan padang sebelum TLHT mengambil masa sehingga minit ke-44 untuk menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan bekas pemain kebangsaan, Siti Rahmah Othman. Nur Zafirah Aziz kembali meletakkan PKS di depan minit ke-50, jaringan yang dilihat cukup untuk mereka melakar kemenangan.

Bagaimanapun, TLHT umpama memperoleh tonik pada lapan minit terakhir apabila menjaringkan tiga gol menerusi Man Meet Kaur (m-52), Siti Rahmah (m-54) dan Siti Noor Amarina Ruhani pada minit terakhir perlawanan untuk membolehkan mereka melakar kemenangan.

Sementara itu satu lagi perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tengku Abdullah menyaksikan juara bertahan, PDRM Blue Warriors tewas mengejut 1-2 kepada kelab China, Liaoning Infinite Space HC.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/02/422421/bekalan-dua-gol-belum-selamat-buat-tlht
 
#TNBMHL Women's 🏆
Vivian May Soars Cup 🏆

Kalau tahun ini Iman Gobinathan berjaya membawa pasukan Terengganu Ladies HT muncul juara berganda, tahun depan cabaran baru untuk dia bersama pasukan Hockademy KL. Goodluck, coach! #SayaSokongHokiMY #BersatuUntukHoki
 
ENpuT6BU0AAZFx0


ENpuT6AU4AAmg7-


ENpuT6CU8AAnx6a


ENpuT6DUcAMzQdX


Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja, Pemain THT & TLHT sempena TNB Liga Hoki Malaysia 2020 malam tadi di Hotel Permai.

Program penyediaan atlet berstruktur dan menyeluruh yang dirangka dalam Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu​
 
Keputusan penuh #TNBMHL:

Hockademy KL 2-1 Terengganu Ladies HT

Ketinggalan di suku pertama tapi tak ada masalah untuk pasukan kendalian Iman Gobinathan untuk bangkit memastikan 3 mata milik mereka di laman sendiri. Power! #SayaSokongHokiMY #BersatuUntukHoki
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register