🏆⚽ TFC 2020 (14 Mac 9PM) - PJ City vs TFC, Ditangguh Sbb Tuan Rmh Takde Venue?

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
FB_IMG_1589901688514.jpg

📄| Penyerang utama TFC, Dominique Da Sylva sangat rindukan bola sepak dan rindu untuk kembali beraksi. Penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020 (Selepas 4 perlawanan) ini juga mengakui sangat merindui untuk berada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.

#TerengganuFC

#WeBleedBlackAndWhite
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
sahpien_1589980376.jpg


Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Sharin Sapien (kiri) mengakui rindu turun padang selepas pulih daripada kecederaan lutut. - Ihsan Sharin Sapien

Sharin rindu sarung semula jersi skuad Penyu


KUALA TERENGGANU: Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Sharin Sapien mengakui rindu untuk menyarung semula jersi skuadnya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas berehat panjang akibat masalah kecederaan serius.

Bagaimanapun pemain bertubuh kecil berusia 26 tahun itu perlu menunggu 'lampu hijau' daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan sama ada liga disambung semula atau sebaliknya selepas saingan ditangguhkan pada 16 Mac lalu susulan wabak pandemik COVID-19.

"Sekarang ini saya sedang menjalani latihan di rumah selepas sembuh daripada kecederaan lutut. Selain itu, saya juga mengayuh basikal jika ada masa terluang selepas kerajaan membenarkan sukan ini dilakukan di luar bagi meningkatkan kecergasan.

"Besar harapan saya, agar liga bakal disambung semula sebagaimana cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini yang berhasrat mahu meneruskan saingan pada 1 September depan selama sebulan.

Lagipun kaki sudah gigil untuk menyepak bola selain sudah mulai bosan hanya melakukan latihan sendiri.

"Jika berlatih di padang, selain mengikuti program latihan yang dikendalikan jurulatih, saya juga dapat melakukan latihan tambahan dengan pemain Import dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang kerap berkongsi ilmu," katanya.

Musim ini bekas pemain T-Team itu belum membuat sebarang penampilan lagi bersama skuadnya selepas bergelut kecederaan lutut selama dua bulan. Mengenai saingan liga yang hanya bakal bersambung pada pusingan pertama dengan berbaki tujuh perlawanan lagi, Sharin akui tidak puas kerana terlalu singkat.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376

🎥 TFC RAYA : “NO RUSH-RUSH NAK RAYA” 🏴🏳

Keluarga besar Terengganu Football Club ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Aidilfitri buat semua yang menyambutnya! Pesanan untuk semua, kita mestilah patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, “dont rush-rush” nak raya, sehingga kita lupa keselamatan keluarga kita terutama bagi mereka yang berusia! Kita jaga kita! Selamat Hari Raya!

#TerengganuFC
#WeBleedBlackandWhite
#TFCTV
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
FB_IMG_1590237664613.jpg

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1441H

Terengganu Football Club dengan merendah diri ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Aidilfitri buat semua umat Islam serta buat seluruh yang menyambutnya. Kami juga disini ingin memohon seribu kemaafan buat semua diatas salah silap kini dan juga lampau. InsyaAllah kita akan kembali berjuang! Buat semua, kami juga ingin memberikan pesanan agar terus ikut arahan yang telah ditetapkan kerajaan, jaga diri dan keluarga kita!

#SalamAidilfitri1441H
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
FB_IMG_1590509936228.jpg


Lee Tuck Ucap Selamat Hari Raya​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
Suatu ketika pada tahun 1997 perlawanan antara pasukan Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Insiden pergaduhan ini melibatkan tiga pemain import Terengganu ketika itu iaitu Seidu Issifu, Muhammad Kann dan Jean Nyima.

Video : Jabal Noor

#FootballTrg
#BeyondBorders

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
🏴🏳PERIHATIN KEPADA BEKAS PEMAIN PASUKAN TERENGGANU🏴🏳

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu ( PBSNT ) serta Terengganu Football Club ( TFC ) melalui Yang Berhormat Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Presiden dan YM.Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Agung petang semalam berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bekas pemain pasukan Terengganu era 90an iaitu Mohd Fadali Jalil yang diuji menghidapi penyakit serangan saraf dan jankitan kuman di kediamannnya di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Mohd Fadali atau dikenali dengan nama panggilan 'Weck' dikalangan rakan-rakan antara pemain yang beraksi bersama skuad Terengganu sekitar tahun 1990-1998 dan merupakan pemain yang bermain di posisi pertahanan kanan.

Kunjungan ini sebagai tanda keperihatinan PBSNT dan TFC kepada bekas-bekas pemain bolasepak Terengganu yang pernah mencurahkan keringat, khidmat bakti dan jasa suatu ketika dahulu demi bolasepak Terengganu.

Sama-sama kita mendoakan kesembuhan dan kesihatannya serta dipermudahkan segala urusan.

#Lagenda
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,130
Reaction score
11,347
Points
2,376
YB Ustaz Wan Sukairi menziarahi Mohd Fadali Bin Jalil (bekas pemain bola sepak Terengganu 90an) di Jalan Ibrahim Bukit Besar dan sumbangan oleh PERKESO Terengganu

Skuad PERKESO Prihatin telah membuat lawatan ke rumah beliau dan akan terus membekalkan alatan pemulihan berupa Reclining Wheelchair, Commode Wheelchair, Pampers dan Ripple Mattress. Beliau juga akan dibekalkan katil perubatan yang akan dihantar terus ke rumah oleh pembekal.

Walaupun tanpa apa-apa permohonan daripada beliau dan keluarga, PERKESO telah pun meluluskan pembekalan ini supaya beliau dan keluarga dapat sedikit bantuan bagi meringankan ketidakselesaan kehidupan beliau seharian.

PERKESO juga hadir bagi membantu beliau melengkapkan pemohonan Pencen Ilat seumur hidup. PERKESO juga akan membantu beliau mendapatkan Elaun Layanan Sentiasa, iaitu elaun bulanan kepada penjaga beliau sebanyak RM500 sebulan.

Beliau menghidap penyakit saraf dan jangkitan kuman akibat kencing manis yang membuatkan beliau hanya mampu terbaring dikatil. Hasil semakan mendapati beliau mempunyai caruman semasa bermain dengan pasukan Bolasepak Terengganu pada era 90an dahulu, yang melayakkan beliau memohon untuk Pencen Ilat dan alatan pemulihan PERKESO.

Ringkasan Faedah yang bakal diterima:

1) PENCEN ILAT
i. Pencen Ilat seumur hidup (kadar bulanan akan diketahui setelah permohonan dibuat)
ii. Elaun Layanan Sentiasa – RM500 sebulan

2) ALATAN PEMULIHAN
i. Reclining Wheelchair
ii. Commode Wheelchair
iii. Pampers
iv. Ripple Mattress
v. Katil Perubatan
vi. Tilam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register