🏆⚽ TFC 2020 (14 Mac 9PM) - PJ City vs TFC, Ditangguh Sbb Tuan Rmh Takde Venue?

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376
Puah molek adok game lening
Tengok hok lame² je ah
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376

🏴🏳STATISTIK TFC : 3 PEMAIN TERPANTAS BAGI 3 PERLAWANAN AWAL CIMB LIGA SUPER 2020 🏳🏴

TERENGGANU FC vs PERAK FA
1. Faiz Nasir - 35.68 KM/H
2. Sanjar Shaakhmedov - 32.69 KM/H
3. Lee Tuck - 32.15 KM/H

KEDAH FA vs TERENGGANU FC
1. Faris Ramli - 34.42KM/H
2. Dominique Da Sylva - 32.76 KM/H
3. Lee Tuck - 31.86 KM/H

TERENGGANU FC vs SELANGOR FA
1. Arif Fadzilah - 34.42 KM/H
2. Faris Ramli - 32.76 KM/H
3. Azalinullah - 32.33 KM/H

#StayAtHome
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376

🏴🏳RAHMAT MAKASUF PEMAIN YANG TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA🏳🏴

Nama pemain TFC, Mohammad Rahmat Makasuf yang baru berusia 22 tahun dan lebih dikenali sebagai Pokde oleh rakan-rakan sepasukan kini mula meniti di bibir peminat TFC. Nama pemain ini sebelum ini jarang didengari ketika berada di skuad kedua TFC pada musim lepas. Beliau juga dilihat jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan kedua TFC tersebut dan dalam tempoh tersebut, Nafuzi melihatkan pemain ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar terutama melalui kelebihannya iaitu pemain ini mempunyai kelajuan larian dan kellincahan yang sangat baik.

Setelah dilantik sebagai 'caretaker' skuad TFC pada pertengahan musim lepas, Nafuzi telah meletakkan Rahmat kedalam skuad TFC malah pemain ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan, Rahmat tidak menunggu lama untuk membuktikan beliau seorang pemain berkualiti dan semestinya ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh pengendali TFC itu dengan mempamerkan aksi lincahnya dan kerap kali membuat serangan-serangan bahaya ke kubu lawan. Ianya mengejutkan ramai peminat yang belum mengenalinya pada ketika itu.

Pada musim ini Rahmat berjaya meletakkan nama sebagai salah seorang penjaring pasukan TFC bagi saingan awal CIMB Liga Super 2020 setelah dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Selangor FA. Semoga TFC bakal menghasilkan lebih ramai muka baru yang menyerlah dalam usia muda!

#StayAtHome
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376

DA SYLVA MAHU KEKAL SEBAGAI PENJARING TERBANYAK

Penyerang import Terengganu FC, Dominique Da Sylva berazam ingin kekal selaku penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020 sebaik sahaja saingan kembali bersambung andai penularan wabak COVID-19 di negara ini kembali pulih.

Sudah menjadi impian setiap pemain terutama yang menggalas tugas selaku penyerang untuk merebut peluang menjadi penjaring terbanyak tidak terkecuali pemain kelahiran Senegal ini yang kini telah berjaya mengumpul empat gol selepas tiga perlawanan.

#ForwardFootball
#BangkitSemangatBola
#CIMBLigaSuper2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376
🎥 TFC TV UNSEEN CLIP : TERENGGANU FC vs PAHANG FA 🏴🏳

Jom saksikan highlights perlawanan persahabatan tertutup diantara Terengganu FC menentang Pahang FA semasa sesi pra-musim 2020.

#TerengganuFC
#WeBleedBlackandWhite
#TFCTV
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376
🏴🏳Salam Nisfu Syaaban 1441 H🏴🏳

Ayuh kita sama-sama menghidupkan malam NISFU SYAABAN pada tahun ini dengan amalan-amalan dan kebaikan, sama-sama juga kita mendoakan kerahmatan dan keselamatan buat kita semua. InsyaAllah kita sentiasa bersama!

#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,454
Reaction score
11,363
Points
2,376
🏴🏳 SUMBANGAN TABUNG BANTUAN COVID-19 TERENGGANU DARI TFC 🏳🏴

Terengganu Football Club (TFC) telah menyempurnakan serahan sumbangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu yang dilancarkan oleh Y.A.B.Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.

Serahan dibuat pada 09 April 2020 di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Tingkat 15, Wisma Darul Iman oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT dan diterima oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan SUK. Sumbangan tersebut hasil daripada kutipan derma dari semua individu termasuk pihak pengurusan, kakitangan, pegawai dan pemain pasukan bermula pada 02 - 07 April 2020 lalu.

Dengan sumbangan ini, diharap sedikit sebanyak membantu meringankan kesulitan pihak-pihak yang memerlukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) COVID-19.

Ayuh kepada semua pihak, marilah sama-sama kita menyumbang meringankan kesusahan mereka yang memerlukan. Anda semua boleh menyumbang kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu, Bank Islam, akaun 13017010034566 Tentuan Akauntan Negeri Terengganu atau layari Link

#StayAtHome
#HapusCOVID19
 
Sponsored Post
Top
Log in Register