Man United 🏆⚽ Manchester United FC Part 3 (UEL 13 Mac 345AM) - FT LASK [0][5] MU

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
TRIVIA 🍁 | Derby Manchester-Leeds : Perseteruan Perang Saudara England Sejak Berabad

Sebut sahaja nama Manchester United, hampir setiap makhluk yang bergelar manusia tahu akan nama ini. Pada masa kini, mungkin peminat-peminat 'baharu' pasukan yang cukup dikenali dengan nama 'Red Devils' hanya mengetahui akan kewujudan derbi-derbi seperti 'Manchester Derby' dan 'North-West Derby'. Namun, terdapat sebuah lagi derbi yang berasal daripada sebuah peperangan pada beberapa abad yang lalu.

Perang Bunga Ros

Perang Bunga Ros ini terjadi apabila berlakunya perebutan takhta kerajaan Inggeris di antara Keluarga Lancaster (Lambang Bunga Ros Merah) dengan Keluarga York (Lambang Bunga Ros Putih). Perebutan ini bermula apabila Raja Henry V yang juga merupakan Ahli Keluarga Lancaster mangkat pada tahun 1422 dan tidak meninggalkan waris yang mampu menaiki takhta dan memerintah negara iaitu Putera Henra VI yang masih lagi kecil. Justeru itu, seorang bangsawan daripada Keluarga York menuntut takhta kerajaan Inggeris dan berlakulah ketidakpuashatian diantara kedua-dua belah keluarga bangsawan tersebut.

'Roses Derby' dan Perang Bunga Ros

Pertemuan antara kelab Manchester United dan Leeds Unitedatau lebih sinonim dengan nama 'The Roses Derby' tidaklah begitu berkait dengan sejarah Perang Bunga Ros ini. Perseteruan kedua-dua buah kelab ini terhasil dari siri peperangan dari Perang Bunga Ros di antara Keluarga York dan Keluarga Lancaster.

Perseteruan kedua buah kelab ini dikatakan disinonimkan dengan Perang Bunga Ros disebabkan oleh kedudukan kedua-dua buah kelab yang berpengkalan di Lancashire dan Yorkshire. 'The Red Devils' berada di bandar Manchester yang merupakan sebahagian daripada sejarah Lancashire. Manakala, Leeds United yang juga dikenali dengan nama 'The Peacock' berada di barat daerah Yorkshire.

Dalam pada masa sama, dikatakan yang perseteruan kedua-dua kelab bolasepak ini bermula pada sekitar tahun 1965 ketika kedua-dua mereka sedang memburu gelaran double di dalam kejohanan domestik. Leeds United dan Manchester United bertemu di peringkat separuh akhir Piala FA England dimana permainan tampak keras dan tegang. Pusingan kedua separuh akhir beberapa hari selepas itu membawa kepada Leeds United melayakkan diri ke peringkat akhir. Manchester United pula memenangi Liga Divisyen 1 mengatasi Leeds United yang terpaksa berpuas hati berada di tangga kedua liga.

Perseteruan ini menjadi semakin tegang pada era 1970-an, apabila budaya hooligan dalam bolasepak memuncak. Pertembungan diantara Leeds United Service Crew dan Manchester United Red Army yang merupakan dua antara hooligan firm paling digeruni di Britain, telah mengakibatkan banyak kecederaan malah juga kematian.

Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1982, sebelum Leeds tersingkir ke Divisyen Kedua. Apabila mereka kembali semula beraksi di Divisyen Pertama pada tahun 1990, budaya hooligan melampau sudah semakin berkurangan sehinggalah mereka akhirnya tersingkir lagi dari Premier League pada tahun 2004 - musim terakhir mereka di Top Flight sehingga kini.

'The Roses Derby' kini sudah jarang dapat kita lihat atas sebab Leeds United yang bermain di EFL Championship iaitu peringkat kedua Liga Bolasepak England. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan Julai 2019 itupun hanya perlawanan pra-musim di Perth, Australia yang menyaksikan Mancester United menewaskan Leeds United dengan jaringan 4-0.

Secara keseluruhan, sebanyak 109 perlawanan 'The Roses Derby' telah direkodkan dimana Manchester United menang 47 kali, Leeds United menang 27 kali dan 35 perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Bagi penyokong setia Leeds United, tempoh masa 15 tahun adalah penantian yang sangat menyeksakan untuk melihat pasukan mereka kembali ke liga divisyen tertinggi England. Musim ini dilihat sebagai peluang terbaik mereka setelah gagal musim lalu apabila tewas pada peringkat separuh akhir play-off kepada Derby County yang dibimbing oleh Frank Lampard.

Mungkinkah kita bakal menyaksikan kembali pertembungan epik dan penuh bersejarah 'The Roses Derby' musim hadapan ?

Sumber : Wikipedia / The Patriot
✍🏻 : Zorro_Boro


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
TRIVIA 🍁 | Mengenang Tragedi Udara Munich Dan The Busby Babes

Tragedi Udara Munich 1958. Ada satu jam di Old Trafford masih kekal dibekukan/dihentikan pada 3:04 pada Feb 6, 1958. Satu perkataan di bawahnya ialah Munich.

Ia adalah simbolik di mana Manchester United telah terhenti seketika daripada dunia.

Satu tragedi nahas kapal terbang disebut Tragedi Udara Munich berlaku pada tarikh 6 Februari 1958 tepat jam 3.04 petang. Tragedi yang telah meragut 23 nyawa termasuk 8 Busby Babes (pemain United), dan 8 petugas media sebaik sahaja berlepas dari Munich.

Latar belakang

Pada 1955, UEFA memutuskan ada kejohanan kelab di antara ahli gabungan mereka dikenali dengan nama Piala Eropah. Kejohanan itu bermula pada musim 1956/57. Namun pada edisi pertama, tiada kelab England menyertainya.

Ini kerana, setiausaha FA England, Alan Hardaker enggan meluluskan penyertaan juara Inggeris 1955/56 – Chelsea Football Club untuk menyertainya. Alasannya, Chelsea tidak cukup kuat untuk mewakili England beraksi di Eropah ketika itu.

Pada musim berikutnya, Manchester United menjuarai liga. Mereka menerima nasib yang sama, Alan Hardaker enggan meluluskannya. Kalau Chelsea pun tak boleh inikan pusukan ‘budak-budak’ muda di bawah Sir Matt Busby.

Sir Matt Busby telah mencabar keputusan Alan Hardaker dan menuntut hak mereka dengan merayu kepada Pengerusi FA ketika itu Stanley Rous. Perlepasan oleh Rous bermakna kuasa Alan Hardaker tak terguna pakai. Oleh itu, United adalah kelab Inggeris pertama bermain dalam kejohanan Eropah 1957/58.

Menariknya, skuad yang digelar The Busby Babes, kerana rata-rata pemain muda awal 20-an tahun ini berjaya mara ke separuh akhir kejohanan Eropah. Mereka menyingkirkan Shamrock Rovers F.C. dan Dukla Prague pada pusingan awal. Pada suku akhir mereka menentang Red Star Belgrade.

United menang ke atas Belgrade di Old Trafford. Dalam kunjungan mereka untuk timbal balik pada 5 Februari 1958. United sekadar seri. Namun ia sudah cukup untuk mereka mara ke separuh akhir.

United perlu pulang segera ke England kerana hujung minggu ini mereka ada perlawanan Liga Inggeris. United mahu membuktikan mereka sedia bersaing dalam jadual padat bersedia untuk mara lebih jauh dalam Piala Eropah. Ia lebih kepada mahu menutup mulut Hardaker yang terlalu prejudis ke atas pasukan Inggeris.

Tragedi Udara Munich 1958

Cuaca buruk melanda Eropah ketika itu dan menyukarkan perjalanan melalui jalan udara. Sebelum ini mereka pernah melalui cuaca buruk ini ketika pulang dari perlawanan menentang Dukla Prague pada pusingan sebelum ini. Mereka terpaksa menggunakan cara alternatif kerana tidak boleh terbang terus dari Prague ke Manchester.

Jadi mereka terbang ke Amsterdam, Belanda. Dari sana mereka menaiki feri ke Harwich. Dari Harwich barulah mereka menaiki keretapi ke Manchester. Satu perjalanan yang sangat memenatkan, namun mereka masih mampu seri 3-3 dengan Birmingham City FC dalam perlawanan liga.

Kali ini Mereka terpaksa mendarat di Munich kerana cuaca buruk selepas berlepas dari Belgrade. Ia mengingatkan kita kepada kapten Edward Smith yang berdegil meneruskan kapal Titanic meredah Iceberg.

Difahamkan, Kapten James Thain berkeras mahu meneruskan usaha beliau untuk berlepas daripada lapangan terbang Munich. Meskipun 2 cubaannya sudah pun gagal kerana masalah enjin. Jadi, dia meneruskan usaha untuk kali ke-3. Pembantu Kapten, Kenneth Rayment memang tidak yakin ia pilihan selamat namun terpaksa berbuat demikian demi memenuhi jadual penumpang.

Ada beberapa pemain tahu ia mungkin hari terakhir mereka melihat dunia, namun mereka bersedia menerima takdir mereka. Ada yang mulai beralih ke tempat duduk di belakang kerana ia dipercayai lebih selamat. Kapal terbang pun meluncur laju untuk berangkat. Tidak lama selepas itu, ia telah tergelincir dari landasan dan berlepas tak sempurna serta melanggar pagar lapangan terbang.

Sayap pesawat melanggar bangunan termasuk rumah-rumah yang berhampiran. Komponen peswat mulai rosak dan pecah. Pesawat mulai terbakar dan Kapten Thain mulai panik. Dia mengarahkan semua orang mengosongkan pesawat kerana dia khuatir pesawat akan meletup.

Pramugari Rosemary Cheverton dan Margaret Bellis antara yang terawal meninggalkan pesawat dengan terjun melalui pintu kecemasan belakang. Thain menjerit kepada pembantunya kapten Rayment untuk cepat keluar, namun Rayment tersepit. Rayment mengarahkan Thain untuk pergi tanpanya.

Sementara itu, di kabin penumpang, penjaga gol Manchester United, Harry Gregg, gigih menyelamatkan penumpang lain untuk keluar dari pesawat. Dia hanya berserah dan tahu itu adalah hari untuknya ‘pergi’. Dia tersedar dari ketika merasa darah yang mengalir. Dia melihat ada cahaya dan dari satu lubang. Gregg menendang lubang itu supaya muat untuk dirinya keluar. Dia berjaya keluar melaluinya.

Bangkit semula

Hanya 9 pemain dan Sir Matt Busby yang terselamat daripada nahas tersebut. Ia bukan alasan untuk United menjadi lemah malah menguatkan lagi tekad mereka untuk membentuk Manchester United baru yang lebih kuat.

Fundamental kepada lebih banyak kejayaan Manchester United selepas itu. 10 tahun selepas peristiwa ini, mereka menjuarai Piala Eropah pertama mereka. Ia sangat sentimental. Kerana pengurus yang sama melihat cita-cita mereka terkubur di Munich telah membawa United menjuarainya.

Beliau adalah Sir Matt Busby. Jangan sesekali bercakap di hadapan Sir Alex Ferguson menyatakan bahawa beliau (Fergie) adalah pengurus terbaik Man United sepanjang zaman. Kerana bagi Fergie, orang yang terbaik itu adalah Sir Matt Busby. Tanpa beliau tiadalah Man United yang gah pada hari ini. Tiadalah Man United yang memiliki 20 mahkota kejuaraan Inggeris.

Itulah sedikit bingkisan Tragedi Udara Munich yang kekal menjadi sejarah hitam dalam dunia bola sepak.

‘Gone But Never Forgotten’

Kredit Artikel : Semuanya Bola
✍🏻 : Axello Tacts

Zorro_Boro


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
| BMU - Motivasi Pemain |

Bek kanan Manchester United, Aaron Wan Bissaka memberi rangsangan motivasi terhadap beberapa rakan sepasukan ketika ditemuramah MUTV.

Mengenai pemain akademi Brandon Williams.

"Saya rasa beliau telah berjaya dalam penampilan pertamanya. Saya telah mengenali aksinya sebelum beliau bersama kami [dalam skuad senior] lagi. Pemain seperti ini sering bersemangat tinggi, sentiasa tidak culas ketika latihan. Beliau kelihatan mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama, beliau seorang yang dahagakan minit perlawanan yang hebat. Anda dapat menyaksikan bagaimana beliau selalu berusaha mengambil posisi itu, bagaimana beliau sentiasa berdepan mendatangi cabaran. Ini adalah apa yang pemain muda sering lakukan".

Tentang rekrut terbaru, Bruno Fernandes.

"Saya fikir beliau sudah dapat menyesuaikan diri dalam pasukan. Beliau mendapat banyak pertolongan dari beberapa rakan Sepanyol [dalam pertuturan bahasa yang mirip] untuk bersama kami. Saya jangkakan beliau sudah bersedia dan kami akan membantunya agar mendapatkan kualiti terbaik dari beliau".

Kemah keming abe Wan kita!

p/s : tak sabar menantikan perlawanan awal pagi Selasa ini, kan?

#LUHG #SaveUnited #AWB #MUFC #GGMU #BMU7 🔰🔴
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226

[ Liga Perdana Inggeris : Perlawanan ke 26 ]

Hanya tinggal 13 perlawanan liga sahaja lagi buat Manchester United , dengan sejumlah 74 mata maksimum boleh dimiliki United sekiranya menang kesemua 13 baki perlawanan liga musim ini.

Tapi itu adalah suatu keajaiban dan amat mustahil sekali untuk dilakukan United dengan prestasi yang tidak menentu.

Kini Manchester United berada di kedudukan ke 9 Liga Perdana Inggeris; dengan Sheffield United, Everton, Spurs dan Wolves berada di atas Manchester United.

Chelsea, Liverpool, Leicester City dan Manchester City pula semakin bakal mengukuhkan kedudukan di tangga 4 teratas liga.

#BMU14
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226

[ Klasik : Chelsea 4 - 0 Manchester United ]

Pada tanggal 23 Oktober 2016 lepas, Chelsea dibawah kendalian Antonio Conte membenam Manchester United dengan jaringan 4 - 0 di Stamford Bridge pada kunjungan pertama Jose Mourinho ke Chelsea setelah menjawat jawatan pengurus Manchester United.

CHELSEA (3-4-3): Courtois ; Azpilicueta, Luiz, Cahill; Moses, Kante, Matic, Alonso; Pedro (Chalobah), Costa (Batshuayi), Hazard (Willian)

Simpanan : Begovic (GK); Aina, Terry, Oscar

Gol : Pedro 1; Cahill 21; Hazard 62; Kante 70

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea; Valencia, Bailly (Rojo), Smalling,Blind, Herrera,Fellaini(Mata); Rashford, Pogba, Lingard (Martial); Ibrahimovic.

Simpanan : Romero (GK); Darmian, Carrick, Young

#BMU14
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,134
Reaction score
1,110
Points
221
ole tak kena buang lagi...aduih...bila laa nak kena buang ni
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
|BMU-Paul Labile Pogba|

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa Paul Pogba sentiasa menantikan kemunculan semula untuk membantu Manchester United.

Pengurus dari Norway itu menilai bahawa kecederaan jangka masa panjang yang telah dialami oleh pemain tersebut telah benar-benar membuat pemain berusia 26 tahun itu kecewa.

Sehingga kini,Pogba hanya bermain sebanyak tujuh kali dalam Liga Perdana inggeris untuk Red Devils pada musim ini.

Kehilangan Pogba selama berbulan-bulan sangat menjejaskan perancangan Ole Gunnar Solskjaer. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Pogba sendiri sebenarnya tidak mahu berehat terlalu lama dan keinginannya untuk bermain semula sentiasa tinggi.

"Sudah tentu saya ingin mengatakan bahawa sebaik sahaja dia pulih sepenuhnya, dia akan cukup baik untuk bermain dan saya pasti Paul tidak sabar lagi bermain untuk kami," kata Solskjaer kepada Sky Sports.

"Sebagai pemain,perkara terakhir yang anda tidak mahukan adalah kecederaan kerana itu jelas tidak dapat membantu pasukan."

“Paul adalah seorang pemain bola sepak dan dia mahu bermain dan dia tahu dia harus bekerja keras untuk kembali ke tahap terbaik kerana dia telah berehat untuk masa yang lama. Ini juga merupakan satu cabaran bagi dia untuk kembali kepada yang terbaik.

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226

|BMU-Luahan Hati |

Luke Shaw merasakan bahawa Manchester United mendapat penilaian yang tidak adil daripada orang ramai.Dia mempunyai mendapat bahawa kelabnya itu sering dikritik dengan berlebihan.

Perjalanan Manchester United musim ini patut dikritik namun Luke Shaw akui bahawa dirinya tidak dapat menerima kritikan itu kerana menurutnya masih ada lagi kelab ternama yang tidak menunjukan prestasi sebenar mereka.

Shaw merujuk kepada Arsenal.Menurut Shaw,jika dibandingkan dengan Manchester United,Skuad yang dilatih Mikel Arteta tentu lebih mendapat kritikan,Tetapi Shaw merasakan bahawa pasukannya lebih cenderung diberikan ulasan yang pedas berbanding The Gunners.

"Mereka merupakan kelab hebat, tetapi mereka tidak mempunyai musim yang hebat dan jarang disebut," kata Shaw kepada Mirror.

"Saya rasa itu lucu bahawa jika United, semua orang akan mengkritik, tetapi Arsenal tidak disebut sama sekali.

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
|BMU-Positive |

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer percaya bahawa kepastian bermain dalam Liga Juara-Juara tidak terlalu penting untuk membawa masuk pemain sasaran Manchester United.

Dia percaya United tetap boleh mendapatkan mana-mana pemain yang mereka sasarkan kerana menurutnya liga juara-juara bukanlah segala-galanya untuk semua pemain.

Red Devils kini enam mata di belakang Chelsea di tempat keempat menjelang pertembungan kedua mereka di Stamford Bridge pada Selasa (2/18/2020).Perlawanan ini dipercayai penting bagi harapan Manchester United menembusi zon Liga Juara-Juara.

“Liga Juara-Juara antara sumber kelab untuk mendapatkan lebih banyak wang kerana ianya pasti
merupakan persaingan yang berprestij untuk diikuti," kata Solskjaer kepada Sky Sports.

"Jika kami bermain dengan baik untuk sepanjang musim pasti para pemain yang kami ingin dapatkan cukup terkesan dan berkemungkinan lebih mudah untuk kami dapatkan mereka.

“Jadi musim ini kami dengan Liga Europa,namun jika musim depan kami tanpa Liga Juara-Juara, saya percaya bahawa kejohanan itu bukanlah segalanya untuk pemain yang kami ingin dapatkan.

#BMU03
 
Sponsored Post
Top
Log in Register