Man United 🏆⚽ Manchester United FC Part 3 (UEL 13 Mac 345AM) - FT LASK [0][5] MU

CG Sponsors




Sponsored Post

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
3,943
Reaction score
120
Points
33
“He said you’re going to get a pay-cut to go to United. I said: I don’t care. Make this deal happen. I want to go to United. I don’t care how much is the pay-cut, I know that, make it happen’.

“So the director and everybody didn’t know what to say anymore, because I had already made up my mind, so my agent started putting it in order, and, at 5am, we finished.

“My agent said he’d forwarded all the papers to United, they will confirm for me if everything is okay. I think, around 5-6am, he said everything is okay, it’s done.

“I was excited. I called my mum and she was happy and crying. This is your dream and all that and I’m happy for you. It was dramatic, I didn’t sleep through, I was very happy that finally, we got the deal done.”
Player mcm ni yg sepatutnya dicari, main demi lencana dan minat even kena potong gaji dia x kisah..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,942
Reaction score
9,712
Points
2,226

| BMU - Tragedi Udara Munich 1958 |

Pada hari ini dalam tahun 1958 (genap 62 tahun), pesawat British European Airways Flight 609 yang membawa pemain dan kakitangan Manchester United terhempas di Lapangan Terbang Munich-Reim, Jerman Barat, dan insiden tersebut menyebabkan 23 penumpang meninggal dunia.

Daripada 23 nama mangsa nahas itu, 8 daripadanya adalah pemain United, 3 pegawai pasukan, 8 wartawan (salah seorang daripada mereka adalah Frank Swift, bekas penjaga gol Manchester City yang kemudian bekerja di News of the World), dua penumpang awam dan dua anak kapal.

Pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan pulang dari pertandingan Piala Eropah 1957-1958 di Belgrade, Yugoslavia, kurang 24 jam selepas aksi menentang Red Star Belgrade, tetapi terpaksa berhenti di Munich untuk mengisi bahan bakar, namun selepas mengisi minyak, pesawat berkenaan dua kali gagal untuk berlepas kembali kerana kegagalan enjin kiri untuk berfungsi baik termasuk keadaan permukaan landasan yang dilitupi dengan salji yang licin dan tebal.

Dalam percubaan ketiga, pesawat itu komited untuk berlepas, tetapi disebabkan salji berat di akhir landasan, pesawat telah mencapai kelajuan di mana ia tidak lagi mungkin untuk berhenti dengan selamat dan akhirnya ia gagal mencapai kelajuan yang diperlukan untuk berlepas ke udara sekaligus melanggar penghadang dan terbakar.

Takut kemungkinan pesawat mungkin meletup, juruterbang, Thain mula mengalihkan penumpang sementara penjaga gol Manchester United, Harry Gregg membantu menarik mangsa yang selamat dari bangkai pesawat itu. Salah seorang mangsa yang berjaya diselamatkan adalah Sir Bobby Charlton. Gregg turut menyelamatkan beberapa lagi mangsa. Matt Busby juga berjaya menyelamatkan diri. Antara yang terkorban adalah Duncan Edward yang meninggal di hospital, dua minggu selepas tragedi berkenaan.

Suatu penyiasatan oleh pihak berkuasa lapangan terbang Jerman Barat pada awalnya menyalahkan Thain, mengatakan bahawa beliau tidak mengawal baik sayap pesawat itu, walaupun kenyataan saksi adalah bertentangan. Akhirnya pendedahan penyiasatan mendakwa bahawa kemalangan itu disebabkan oleh gangguan di permukaan landasan, yang memperlahankan kapal terbang sebelum berlepas. Thain dibersihkan namanya pada tahun 1968, sepuluh tahun selepas kejadian itu.

PS : Kami dari pihak BMU memohon maaf sekiranya, infromasi dan fakta yang diberikan tidak menepati kronologi sebenar tentang tragedi berkenaan.

#FlowersOfManchester 🌹

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,942
Reaction score
9,712
Points
2,226
|BMU-Petikan Kata |

Lagenda Manchester United, Rio Ferdinand memberi amaran kepada Ed Woodward dan keluarga Glazer. Rio Ferdinand mahu kedua-dua pihak sedar bahawa peminat United mempunyai tuntutan besar bahawa kelab itu mahukan kejuaraan.

Sejak Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraan, United belum berupaya untuk memenangi kejuaraan liga.Mereka tidak dapat bersaing dengan Chelsea, Manchester City dan musim ini dari Liverpool.

Ed Woodward dan keluarga Glazer berada di belakang prestasi Manchester United.Kerana, kedua-dua pihak memegang tanggungjawab besar atas semua dasar penting di United. Rio Ferdinand mengingatkan kedua-dua pihak mengenai tuntutan peminat.

"Peminat akan sentiasa ingat kejayaan [era Sir Alex Ferguson]dan mereka juga akan mengingati siapa pemain dalam tempoh itu dan mereka ketagih untuk menang lagi ujar Rio Ferdinand di talkSPORT.

"Semua peminat mahu melihat pasukan mereka memenangi gelaran dan apabila anda melihat pelaburan dalam skuad, peminat akan duduk dan berkata: kami mahukan lebih banyak kejuaraan”.

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,942
Reaction score
9,712
Points
2,226
BMU-Bruno Fernandes |

Pengarah Sukan Barcelona Eric Abidal menafikan mengenai khabar angin yang mengatakan Barcelona ingin mendapatkan Bruno Fernandes pada jendela perpindahan yang lalu.

Abidal menegaskan bahawa berita itu hanyalah rekaan semata-mata.

Abidal menganggap khabar angin mengenai minat Barcelona terhadap Fernandes dicipta oleh agen pemain,Miguel Pinho.

Dia menganggap agen itu membuat khabar angin itu supaya Manchester United segera menyelesaikan perpindahannya ke Old Trafford.

“Barcelona berminat dengan Fernandes] itu tidak benar.”kata Abidal kepada Sport.

“Dia [Fernandes] sememangnya pemain yang menarik, tetapi berita [Barca berminat] hanya rekaan agen sahaja.

“Kami tidak perlu membeli dengan segera.Mereka cuba menjualnya kepada kami,tetapi kami tidak berminat."

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,942
Reaction score
9,712
Points
2,226
[ Belum jaring gol ]

Tahukah anda,

Odion Ighalo masih belum berpeluang untuk menjaringkan gol di Old Trafford sepanjang bermain untuk Watford sekitar era tahun 2015 dahulu?

#BMU14
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,942
Reaction score
9,712
Points
2,226

|BMU-Petikan Kata |

Bekas pemain Spurs Jermaine Jenas mendedahkan bahawa skuad Manchester United pada tahun 1999 merupakan pasukan terbaik yang pernah ia lihat dalam sejarah liga perdana inggeris.

Pendedahan itu dibuat selepas ia menilai prestasi Liverpool pada musim ini.Menurutnya pasukan yang lebih baik daripada Liverpool sekarang adalah Manchester United pada tahun 1999.

Jenas tidak mempertikaikan kekuatan Liverpool sekarang, malah Klopp dapat membimbing pasukannya untuk menjadi juara yang paling terawal dalam mengunci gelaran Liga Perdana. Walaubagaimanapun, menurut Jenas akan menjadi pasukak normal sahaja jika mereka tidak melengkapkannya dengan trofi lain.

"Mereka [Liverpool] boleh memenangi liga sekitar pertengahan bulan Mac tetapi bagaimana jika mereka tidak menambah untuk mendapatkan gelaran Eropah atau Piala FA?

"Adakah mereka akan menjadi pasukan standard seterusnya untuk memenangi gelaran? Atau dua gelaran seperti MU, Arsenal dan Chelsea? Mereka hanya akan menjadi pasukan kebiasaan seperti yang lain walaupun mereka mempunyai peluang untuk menjadi lebih daripada itu."

“Pasukan bimbingan Kloop mesti menjadi pasukan yang terus dibincangkan dalam tempoh 20 tahun yang akan datang, seperti yang kita masih bercakap mengenai pasukan MU, untuk melakukannya, mereka mesti memenangi treble.

"Pasukan 1999 memenangi Liga Perdana, tetapi mereka telah memenanginya empat kali dalam enam musim sebelumnya dan mereka juga memenangi dua lagi gelaran selepas 99."

"Itulah era ketika MU memenangi lapan musim dalam 11 tahun selepas Liga Perdana terbentuk, itulah perbezaan.

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,942
Reaction score
9,712
Points
2,226
[ Marbella sudah bersedia ]

Setelah tamat tempoh latihan dalam cuaca panas di Marbella, Sepanyol pada Jumaat ini, pasukan Wolves akan meninggalkan kem latihan di Marbella tersebut dan pada hari Sabtu pula, kem latihan Marbella akan digunakan oleh pasukan Manchester United.

Pasukan Wolves keluar dari Marbella, masuk pula pasukan Manchester United.

Manfaatkan rehat panjang untuk sesi latihan bersama pasukan !

#BMU14
 
Sponsored Post
Top
Log in Register