Man United 🏆⚽ Manchester United FC Part 3 - Tiada Game, COVID-19 Melanda

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

TRIVIA 🍁 | Tahukah anda❓Manchester United pernah terlibat dalam urusan jual beli pemain tanpa melibatkan wang tunai.

Kejadian ini berlaku semasa tahun 1927 di era pemilik George Lawton. Pada ketika itu, Manchester United dibimbing oleh Herbert Bamlett dan pembantunya iaitu Louis Rocca.

Herbert Bamlett berminat untuk mendapatkan khidmat Hugh McLenahan selepas mendapati pemain itu beraksi cemerlang bersama Stockport County Football Club. Namun, segalanya bukan mudah memandangkan dana kewangan United ketika itu mengalami sedikit kemerosotan.

Pihak pengurusan berusaha mencari langkah drastik untuk membawa pemain itu menyertai mereka dalam masa terdekat. Mujurlah pada masa itu, pembantu jurulatih, Rocca merupakan seorang usahawan terkenal di Manchester. Beliau membuka perniagaan aiskrim disana dan diiktiraf antara usahawan paling berjaya ketika itu.

Pihak pengurusan memujuk Rocca agar menyediakan sejumlah aiskrim untuk membeli Hugh McLenahan. United mendapati Stockport sedang mengadakan jualan makanan untuk mengurangkan kesulitan masalah kewangan mereka.

Jadi, kesempatan tersebut diambil sebaiknya dengan Rocca bersetuju untuk menyumbangkan satu set peti ais yang dipenuh aiskrim sebagai transaksi pertukaran McLenahan. Perkara tersebut mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Bagi Rocca, beliau percaya berita pembelian McLenahan ini akan dapat menaikkan nama dan reputasi perniagaan aiskrimnya di seluruh England.

Urusan jual beli tersebut berjaya dilakukan. McLenahan telah beraksi bersama United dalam 112 perlawanan dan berjaya menjaringkan 9 gol untuk pasukan.

✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

|BMU-Pasca perlawanan |

Manchester United terpaksa berpuas hati pulang dengan bekalan satu gol di tempat lawan ketika bertemu dengan Club Brugge dalam perlawanan pusingan 32 Liga Europa 2019/20 pada hari Jumaat (2/21/2020).

Bertandang di Stadium Jan Breydel,dimana pada perlawanan itu Clug Brugge berjaya mengikat Manchester United dengan keputusan akhir perlawanan itu berkesudahan dengan jaringan 1-1.

Perlawanan itu jelas tidak mudah buat Ole Gunnar Solskjaer yang dilihat sedikit merombak skuad dengan menurunkan pembentukan formasi 3-4-2-1. Perubahan ini agak berisiko, terutamanya pada perlawanan pusingan pertama.

Ternyata, pemain United mengalami kesulitan pada awal perlawanan sehingga gawang mereka dibolosi terlebih dahulu sebelum Anthony Martial menyamakan kedudukan pada menit ke-36.

Masalah bekas juara liga Europa ini sekali lagi dilihat dalam perlawanan ini.Mereka tidak menunjukan prestasi sebenar mereka baik dari segi menyerang mahupun dari segi bertahan meskipun turun dengan beberapa pemain berkelas dunia seperti Jesse Lingard dan Andreas Pereira.

Solskjaer tahu pasukannya tidak bermain dengan baik namun dia merasakan ada faktor lain yang menyebabkan skuad bimbinganya ini tidak menunjukan prestasi sebenar.

"Perlawanan ini sukar dilakukan terhadap pasukan yang bermain sangat rapi dalam keadaan sukar, jadi saya harus memgakui bahawa ini adalah salah satu perlawanan yang bukan terbaik.

"Kami agak cuai, tetapi keadaan di padang dan keadaan bola menjadikannya lebih sukar. Saya fikir jika anda bertanya kepada mana-mana pemain, kedua masalah itu jelas tidak membantu."

Balls Trouble?

Solskjaer juga mengakui bahawa bola baru yang digunakan oleh UEFA setelah memasuki fase (32 Terbaik) Liga Europa menyukarkan pemainnya untuk mengawal bola kerana mudah melantun.

“[Bola] berbeza dan sukar untuk dimainkan.
“Sudah tentu masalahnya sama untuk kedua-dua pasukan, tetapi keadaan ini tidak baik ditambah pula dengan angin dan hujan.

Solskjaer mungkin menyalahkan bola untuk mencari alasanya dari permainan buruk skuadnya tetapi jurulatih Club Brugge, Philippe Clement, tidak bersetuju dengan Ole Gunnar Solkskjaer.

"Kami juga mendapat bola dari UEFA, jadi ia bukan bola kami.Bola yang sama digunakan dalam perlawanan Liga Europa yang lain, jadi saya tidak melihat sebarang masalah," kata Clement.

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

|BMU-Pujian |

Bekas penyerang Manchester United,Robin Van Persie mengakui bahawa dirinya amat gembira dengan penampilan Bruno Fernandes pada perlawanan pusingan pertama liga Europa peringkat 32 terbaik bertemu Club Brugge.

Fernandes yang masuk sebagai pemain gantian pada minit 81 telah mendapat pujian dari bekas pemain Belanda ini.

Van Persie memuji beberapa ciri penting yang dimiliki oleh Bruno Fernandes ketika ia muncul didalam padang.Beberapa sifat yang diketengahkannya adalah keupayaannya untuk membuat hantaran dan juga mengubah haluan permainan.

“Dia pemain yang luar biasa,bila adanya kemasukan pemain berkelas,anda boleh tahu dengan segera bahawa dia mempunyai sesuatu untuk ditambah kepada pasukan.

“Dia juga pemain yang licik dengan bola kerana mampu mengawal bola dengan baik.Ia juga mempunyai sesuatu yang kemas dan tembakannya sangat memuaskan”ujarnya di Bt Sport.

#BMU03
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

[ Perlu perbaiki diri ]

Jesse Lingard dan Andreas Pereira antara pemain yang paling banyak menerima kritikan pada perlawanan menentang Club Brugge, awal pagi tadi.

Semoga mereka berdua ini dapat menerima kritikan tersebut secara positif dan memperbaiki mutu permainan mereka secepat mungkin.

Mereka kini bukan lagi pemain muda. Harus sedar diri.

#BMU14
 
Sponsored Post
Top
Log in Register