BTC USD 22,724.1 Gold USD 1,867.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United 🏆⚽ Manchester United FC Part 3 🔴 (4 Feb 11PM) - FT MU [2][1] CRY

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,914
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,914
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2

Manchester United selangkah ke perlawanan akhir Piala Liga​

26 Januari 2023 09:38am

2069659.jpg


Rashford meraikan jaringan bersama para pemain United lain ketika berdepan Forest dalam aksi Piala Liga di City Ground. - Foto Agensi


MARCUS Rashford meneruskan musim cemerlangnya apabila menyumbang gol ketika membantu Manchester United menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium City Ground pada Khamis.

Usaha solo penyerang England pada minit keenam itu juga menjadi pencetus kebangkitan The Red Devils kendalian Erik Tan Hag, sekali gus membawanya kepada 18 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Untuk rekod, hanya Erling Haaland dari Manchester City yang mempunyai lebih banyak lagi gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris pada 2022-23.

United kemudiannya menggandakan kelebihan pelawat sejurus sebelum rehat, apabila penyerang pinjaman Wout Weghorst menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-45 sejak menyertai kelab tersebut.

Bruno Fernandes seterusnya memadamkan sisa kebangkitan tuan rumah apabila menambah satu lagi gol pada minit ke-89 untuk memastikan United berada di landasan yang baik untuk memenangi trofi pertama mereka sejak 2017.

“Saya gembira dengan persembahan, tambahan pula lebih 90 minit kami mengawal permainan.

“Ya, terdapat detik yang boleh mengubah permainan dalam perlawanan ini dan kami perlu sedar perkara itu dan memperbaikinya.

"Semangat dia (Rashford) pula tidak dapat dihalang dalam mood ini, malah dia menjadi kreatif di sepertiga akhir perlawanan," kata Ten Hag.

Kedua-dua pasukan akan berentap semula di Stadium Old Trafford pada 2 Februari depan.

"Jelas sekali keputusan yang diraih di sini sesuatu yang mengecewakan.

“Perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah pergi ke Old Trafford dan mengubah keputusan ini.

"Jelas sekali, Rashford adalah salah seorang pemain berprestasi tinggi, namun kami memberikan dia melakukan apa yang dia lakukan di sini adalah tidak cukup baik," kata pengendali Forest, Steve Cooper.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,914
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,914
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2

Pellistri dapat perhatian Ten Hag​

27 Januari 2023 02:18pm

2071282.jpg


Pellistri


KEHADIRAN bintang muda Manchester United, Facundo Pellistri dari Uruguay diyakini memberi lebih pilihan kepada The Red Devils dalam mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Malah pengendali Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan Pellistri alternatif kepada gaya permainan Antony yang merupakan antara tonggak kelab tersebut musim ini.

“Kami telah melihat beberapa kerja fizikalnya, dia mempunyai pergerakan dan larian yang baik.

“Saya fikir dia juga seorang pemain bola sepak yang boleh bermain dengan sangat baik kerana memiliki keyakinan ketika bersama dengan bola.

“Dia lain sikit berbanding dengan Antony yang bermain di posisi sayap kanan. Dia juga mencipta peluang baik pada penghujung perlawanan menentang Nottingham Forest apabila melintasi Wout Weghorst,” katanya selepas ditanya sama ada Pellistri akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Reading.

Manchester United akan melayan kunjungan kelab Liga Kejuaraan Reading kendalian Paul Ince pada Pusingan Keempat Piala FA di Stadium Old Trafford, awal pagi Ahad.

Untuk rekod, aksi berdepan Forest merupakan penampilan kompetitif kedua Pellistri untuk Manchester United sejak berpindah dari Penarol pada 2020, selepas dua tempoh pinjaman di Alaves.

Dalam dua perlawanan menentang Nottingham Forest dan Charlton dia telah mencipta tiga peluang dalam 25 minit masa permainan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,914
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,914
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2

Manchester United hantar skuad terkuat berdepan Reading​

27 Januari 2023 11:44pm

2072189.jpg


Erik ten Hag


MANCHESTER United menjangkakan Reading bermotivasi tinggi untuk pertemuan Piala FA Ahad ini dan tidak akan mengambil mudah lawan divisyen dua mereka, kata pengendali, Erik ten Hag pada Jumaat.

United sebelum ini memenangi lima daripada tujuh perlawanan pada 2023, berada di tempat keempat dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata.

Mereka juga telah mara ke separuh akhir Piala Liga dan peringkat kalah mati Liga Europa, menjadi pilihan untuk menewaskan Reading dalam pertembungan pusingan keempat Piala FA, pada Ahad.

"Bola sepak tidak diputuskan di atas kertas. Kami perlu bersedia untuk setiap perlawanan. Setiap lawan akan menjadi sukar, terutamanya dalam Piala FA. Bagi mereka ia adalah peluang yang sempurna. Kami perlu berada di hadapan dan fokus sepenuhnya...

"Kami mahu memenangi setiap perlawanan. Kami bermain setiap perlawanan sepenuhnya. Yang seterusnya sentiasa yang paling penting.

"Kami sentiasa mempunyai masalah pemilihan, tetapi saya fikir esok kami akan mempunyai pilihan yang kuat untuk perlawanan ini, kami mempunyai skuad yang bagus, kami boleh menutup perkara," kata Ten Hag.

United akan bermain sembilan kali antara 28 Januari dan 26 Februari, bermula dengan perlawanan Piala FA menentang Reading sebelum menentang Nottingham Forest dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga dan berdepan Barcelona dua kali dalam Liga Europa.

Ten Hag berkata, dia gembira dengan situasi skuadnya, dan apabila ditanya sama ada pemain seperti Facundo Pellistri boleh dipinjamkan, pengendali dari Belanda itu berkata, "Sesetengah pemain kami terbuka untuk dipinjamkan dan ada tidak kerana mereka perlu berkembang dalam persekitaran kita.

“Kami meletakkan Pellistri (dalam kemenangan separuh akhir pertama ke atas Forest pada Rabu), itu adalah syarat penting.

"Brandon Williams juga sebahagian daripadanya, namun terpulang kepada dia. Saya suka dia. Kami perlu bekerjasama dengannya dan melihat arah perkembangannya. Terpulang kepada dia untuk memilih hala tujunya. Kalau dia nak pinjaman, kita kena bincang pasal perkara itu."

Untuk rekod, pemain sayap Jadon Sancho kembali ke latihan pasukan awal bulan ini buat kali pertama sejak Oktober, namun Ten Hag tidak menyebut sama ada dia akan beraksi dalam perlawanan Ahad ini.

"Dia sedang berlatih dengan pasukan, dan kita akan lihat, dia bertambah baik, dia membuat banyak pergerakan, dan kami akan membuat keputusan selepas latihan.

"Saya boleh kata dia dalam perjalanan kembali bersama pasukan, dan kita perlu lihat bila dia bersedia untuk kembali ke perlawanan."


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register