BTC USD 41,489.4 Gold USD 1,735.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United 🏆⚽ Manchester United FC Part 3 🔴 (25 Sep, 730PM) - FT MU [0][1] AV

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
Nama pun Lord…siapa lagi berani dari dia.

Dah lah MU banyak back pass je
Waima masa Wan Saka tu main lagi pun
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Young Boys kejutkan United

September 15, 2021 @ 6:49am

150921ma_1631661813.jpg


Pemain Young Boys, Jordan Siebatcheu (jersi kuning hitam) meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Stadium Wankdorf, Bern, Switzerland. Young Boys menang 2-1. - Foto EPA.


BERN, Switzerland: Kapten Manchester United, Harry Maguire yakin pasukan itu akan kembali bangkit dan mencetuskan impak dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas tewas 1-2 di tangan Young Boys, di sini.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer terlebih dahulu di depan menerusi gol ketiga Cristiano Ronaldo dalam dua perlawanan sejak kembali bersama kelab itu tetapi tersentak selepas Aaron Wan-Bissaka dibuang padang pada lewat babak pertama dengan lawan mereka yang juga juara liga Switzerland kembali bangkit untuk mengutip tiga mata.

Nicolas Moumi Ngamaleu menjaringkan gol penyamaan pada pertengahan babak kedua sebelum pemain gantian, Jordan Siebatcheu meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

"Disiplin adalah paling penting dalam kejohanan bola sepak. Sekiranya ini adalah perlawanan kalah mati dan kami tersingkir daripada saingan kerana kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain, saya pasti semua orang akan berasa kecewa.

"Kami bernasib baik kerana ini adalah perlawanan pertama kumpulan dan kami ada masa untuk kembali bangkit," katanya Maguire.

Keputusan seri pastinya dianggap lebih baik dalam situasi berkenaan tetapi Young Boys memenangi perlawanan selepas hantaran ke belakang yang dilakukan Jesse Lingard berjaya dipintas Siebatcheu bagi menceriakan penyokong tuan rumah.

"Kita semua adalah manusia biasa, semua pemain melakukan kesilapan dan dia akan belajar daripada kesilapan itu. Ini adalah lumrah dalam bola sepak," tambah Maguire.

United akan melayan kunjungan Villareal di Old Trafford pada 29 September ini sebelum bertemua Atlanta pada 20 Oktober.
- AFP


 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,133
Reaction score
835
Points
171
punce dari bissaka...
tekanan demi tekanan dari young boys...
lingard buat hantaran ******...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Solskjaer beri amaran kepada Red Devils

September 15, 2021 @ 9:11am

150921nad_1631668250.jpg


Reaksi kecewa bintang Manchester, Cristiano Ronaldo (kiri) tatkala pemain Young Boys meraikan kejayaan menyamakan kedudukan 1-1 pada aksi Liga Juara-Juara saingan Kumpulan F di Stadium Wankdorf, Bern, Switzerland. United tewas 1-2. - Foto EPA.


LONDON: Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran betapa Manchester United perlu belajar daripada kesilapan di Eropah sekiranya tidak mahu sekali lagi tersingkir awal dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kekalahan mengejut di tangan Young Boys 1-2 di Bern, Switzerland, mengulangi skrip kekalahan 1-2 kepada Basaksehir di Istandbul, November lalu yang menjadi permulaan terhadap pengakhiran kempen United dalam saingan kumpulan apabila mereka terpaksa beraksi dalam Liga Europa.

Skuad bimbingan Solskjaer masih mempunyai banyak masa untuk kembali bangkit dalam baki lima perlawanan Kumpulan F tetapi pengurus itu mahu pemainnya tampil dengan disiplin lebih tinggi selepas United dihukum susulan kad merah yang dilayangkan ke atas Aaron Wan-Bissaka dan kesilapan dilakukan Jesse Lingard pada minit akhir permainan.

"Secara amnya, disiplin adalah penting dalam bola sepak, bukan hanya Liga Juara-Juara," kata Solskjaer.

"Kurang fokus, anda buat kesilapan dan anda akan dihukum. Kami melakukannya tahun lalu, melepaskan dua gol menerusi serangan balas ketika menentang Basaksehir dan tewas perlawanan itu.

"Jadi, kami tahu kami membuatkan tugas kami lebih sukar. Tahun lalu semua orang beranggapan kami akan mara selepas mengharungi dua perlawanan.

"Anda perlu 10 atau 12 mata, menang dalam perlawanan di tempat sendiri dan satu di tempat lawan. Kami terlepas peluang meraih tiga mata, tetapi kami ada dua perlawanan di tempat sendiri dan perlu fokus dua perlawanan itu," kata Solskjaer.

Susulan kad merah yang dilayangkan ke atas Wan-Bissaka, Solskjaer, berkata: "Saya boleh faham mengapa dia memberikannya. Aaron adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dalam melakukan terjahan bersih tetapi dia ada melakuan sentuhan," katanya.

Mengulas mengenai kesilapan dilakukan Lingard, Solskjaer, berkata: "Jesse mahu bermain dengan selamat dan silap melakukan hantaran. Ia berlaku dalam bola sepak."
- AGENSI


 

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,688
Reaction score
294
Points
46
Wah ada ronaldo pon tombang...yerlah mereka semua young boys. abam ronaldo dah nak pencen juga.

Nanti return game kat padang keramat ronaldo hatrik tue nanti...:D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Siapa pengurus United Solskjaer atau Ronaldo?

September 15, 2021 @ 9:56pm

SWITZERLAND_SOCCER_UEFA_CHAMPIONS_LEAGUE_1631714239.jpg


Ronaldo (dua dari kanan) turut memberi arahan kepada pemain United bersama Solskjaer dan Bruno Fernandes (kanan) pada aksi Liga Juara-Juara menentang BSC Young Boys pagi tadi.


LONDON: Legenda Manchester United, Rio Ferdinand menegaskan Ole Gunnar Solskjaer seharusnya mengarahkan Cristiano Ronaldo untuk duduk di barisan bangku simpanan.

Bos United, Solskjaer dibayangi oleh penyerang bintangnya itu ketika United tumbang 2-1 di tangan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Ronaldo meletakkan The Red Devils di depan, namun dikeluarkan selepas 72 minit dan Theoson Siebatcheu meledak gol kemenangan pada lewat permainan susulan kesilapan Jesse Lingard yang menyaksikan United mengalami kekalahan ketujuh dalam 11 perlawanan Liga Juara-Juara di bawah Solskjaer.

Bintang Portugal itu kemudian dilihat cuba membantu pasukannya dengan memberi arahan di tepi padang namun tidak membuahkan hasil.

Bercakap di BT Sport selepas perlawanan, Ferdinand berkata: "Jika saya pengurus, saya harus jujur, saya menyuruhnya duduk."

Rakan pengulas, Peter Crouch menyokong komen Ferdinand, namun mengakui reputasi Ronaldo membawa keistimewaan tertentu.

Dia berkata: "Jika saya berada di bangku simpanan, saya menyuruhnya duduk. Tetapi dia adalah Cristiano, kami akan membiarkan dia melakukannya."

Pada perlawanan awal pagi tadi bukanlah kali pertama Ronaldo menjalankan tugas sebagai 'pengurus'.

Pemain berusia 36 tahun itu terkenal dengan kelantangannya memberi arahan ketika kejayaan Portugal di final Euro 2016 selepas dia dibawa meninggalkan padang dengan pengusung.

Ferdinand pernah beraksi bersama Ronaldo ketika pemain Portugal itu beraksi buat kali pertama di Old Trafford dan mereka menikmati kejayaan Liga Juara-Juara pada 2008. - AGENSI


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
*🔥 Today's Matches | Live*

*⭕ EPL*

*⛳ Man United 🆚 West Ham*

*📍 Tonight | 9:00 PM 🇲🇾*
*📱 Live Streaming Link ⬇️*
👉 www.techworldhub.com
👉


*⛳ Tottenham 🆚 Chelsea*

*📍 Tonight | 11:30 PM 🇲🇾*
*📱 Live Streaming Link ⬇️*
👉 www.techworldhub.com
👉

 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,880
Reaction score
1,852
Points
156
Nak terimakasih pada siapa? Lingard atau De Gea?
3 dives dari Ronaldo satu pun tak sangkut.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register