🏆⚽ FC Bayern Munich

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226
First player to score in the first 8️⃣ Bundesliga matches since 2015/16 (Aubameyang) ✅

@lewy_official #FCAFCB
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226


ROBERT Lewandowski dan Joshua Kimmich pada aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara. - Foto Reuters



MANUEL Neuer
Neuer belum puas hati kemenangan Bayern


ATHENS: Robert Lewandowski menjaringkan dua gol bagi membantu juara Jerman, Bayern Munich menewaskan tuan rumah, Olympiakos 3-2 pagi tadi sekali gus kekal di kedudukan teratas Kumpulan B Liga Juara-Juara.

Prestasi pasukan The Bavarian itu jauh daripada persembahan mereka ketika menewaskan Tottenham Hotspur 7-2 dalam perlawanan terdahulu, dan kini bolos dua gol bagi perlawanan kelima berturut-turut.

Mereka juga kehilangan pertahanan, Lucas Hernandez dan Javi Martinez yang mengalami kecederaan.

Olympiakos menjaringkan gol pembukaan apabila sepakan lintang Kostas Tsimikas kepada Youssef El Arabi yang membuat percubaan jauh bagi mengatasi penjaga gol, Manuel Neuer.

Bayern, yang memperoleh satu mata daripada dua pertemuan Bundesliga sejak menewaskan Tottenham, menyamakan kedudukan apabila Lewandowski menjaringkan gol pada minit ke-34.

Lewandowski kemudian sekali lagi membantu pasukan mendahului apabila menyumbat gol daripada jarak dekat pada minit ke-62 bagi jaringan ke-18 yang dikumpulnya dalam semua kejohanan.

Corentin Toliusso pula menambah gol ketiga pada minit ke-75 sebelum tuan rumah merapatkan jurang apabila Guilherme dos Santos Torres menjaringkan gol empat minit kemudian.

Kemenangan itu membolehkan Bayern kini mendahului dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Tottenham pula yang menewaskan Red Star Belgrade 5-0 melonjak di kedudukan kedua, satu mata di depan Serbia.

Olympiakos pula di kedudukan terbawah dengan hanya memperoleh satu mata.

“Kami sekali lagi memilih jalan sukar dan tidak melakukan yang terbaik,” kata Neuer.

“Kami perlu terus berusaha, menganalisa dan melihat apa yang kami boleh lakukan dengan lebih baik.

“Masalah sekarang adalah kami perlu menjaringkan lebih tiga gol dalam setiap perlawanan untuk menang kerana kami sering bolos dua gol.” – Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226


Inter Milan dan Manchester United berminat mendapatkan Thomas Mueller. - Foto EPA
Inter Milan, Man Utd berminat dapatkan Muller


BERLIN: Inter Milan dan Manchester United berminat mendapatkan bekas bintang Jerman, Thomas Mueller, yang hilang tempat dalam kesebelasan utama Bayern Munich menurut laporan media Jerman, hari ini.

Pemain berusia 30 tahun itu sering mendapati dirinya berada di bangku simpanan musim ini di belakang Philippe Coutinho, yang lebih dipilih jurulatih Bayern, Niko Kovac di bahagian pemain tengah penyerang.

Menurut akhbar Kicker, Inter menunjukkan “minat mendalam” dan gergasi Itali itu boleh membawa Muller ke Milan pada perpindahan Januari manakala Sport Bild melaporkan kelab Liga Perdana, United yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Mueller, juga berminat.

Mueller yang memiliki kontrak di Bayern hingga 2021, jarang membuat kemunculan dalam kesebelasan utama, hanya lima kali musim ini, di sayap kanan ketika menang 3-2 awal pagi Rabu lalu ketika saingan Liga Juara-Juara menentang Olympiakos, membantu untuk dua gol jaringan Robert Lewandowski.

“Saya cuba untuk memberi tumpuan kepada bermain bola sepak. Perlahan-lahan semua cakap-cakap itu akan tamat,” kata Mueller kepada wartawan di Athens ketika ditanya mengenai masa depannya di Bayern.

Dia menghabiskan keseluruhan kariernya di Bayern, yang disertai ketika masih bersekolah pada 2000, dan Presiden kelab, Uli Hoeness menyatakan dengan jelas tiada siapa mahu melihat Mueller meninggalkan kelab itu. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226

Arsene Wenger is the 'heavy favourite for Bayern Munich job after Ralf Rangnick declines negotiations'
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226

Bayern tak mahu Wenger


MUNICH: Bayern Munich menolak minat yang ditunjukkan Arsene Wenger untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus susulan pemecatan Nico Kovac, umum juara Jerman itu, semalam.

"Arsene Wenger menghubungi (Pengerusi Bayern) Karl-Heinz Rummenigge pada Rabu untuk memberitahu mengenai minatnya terhadap jawatan itu,” kata jurucakap Bayern kepada AFP.

"Bayern menghargai apa yang dilakukan Wenger di Arsenal, tetapi dia tidak berada dalam pertimbangan kami sebagai jurulatih.”

Kovac disingkirkan pada minggu ini susulan persembahan buruk yang ditampilkan kelab itu termasuk ketika tewas 5-1 kepada Eintracht Frankfurt, minggu lalus yang menjadi kekalahan terburuk kelab itu dalam tempoh sedekad.

Ia juga meletakkan gergasi Jerman itu di tangga keempat Bundesliga.

Pembantu Kovac, Hansi Flick mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara ketika Bayern sedang memburu jurulatih baharu dengan Presiden kelab, Uli Hoeness berkata mereka menjangkakan ‘pemburuan’ itu akan selesai pada 23 November ini.

Begitupun, cubaan mereka untuk mendapatkan pengendali Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel dan bos Ajax, Erik ten Hag ditolak selepas kedua-duanya menegaskan akan menghormati kontrak mereka sehingga penghujung musim. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226

'Pocket the money and keep quiet'

Ahead of its AGM, Bayern Munich have rejected a motion to add a human rights clause to the club constitution - drawing criticism from fans.

#fcbayern #bundesliga
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226
BREAKING: Mauricio Pochettino is being considered by Bayern Munich for their vacant managerial position. (Source: Sky Germany)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226


Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski merembat ke arah gawang Red Star Belgrade untuk gol keempat peribadinya pada perlawanan Liga Juara-Juara, pagi tadi. - Foto AFP
Lewandowski cipta rekod sumbat 4 gol terpantas


BELGRADE: Robert Lewandowski mencipta sejarah Liga Juara-Juara selepas menjaringkan empat gol dalam tempoh 15 minit ketika Bayern Munich membelasah Red Star Belgrade 6-0 di sini, pagi tadi.

Empat jaringan itu yang terpantas dalam sejarah kejohanan juga memahat nama Lewandowski selaku penjaring terbanyak dengan 10 gol daripada lima perlawanan.

Gol awalnya di babak pertama dibatalkan VAR selepas bola terkena tangan rakan sepasukan.

"Paling utama kami beraksi dengan sangat baik, bertahan dan menyerang,” kata Lewandowski kepada media selepas perlawanan.

"Tak kira siapa bermain, kami mengikut pelan permainan. Saya gembira seperti ketika saya tak menjaringkan gol dan kami menang,” katanya.

Leon Goretzka dan Corentin Tolisso juga meledak jaringan di Belgrade namun aksi malam itu jelas milik Lewandowski.

Ketangkasannya di Belgrade mengimbau lima jaringan dilakukan dalam masa sembilan minit ketika Bayern menang 5-1 ke atas Wolfsburg dalam aksi Bundesliga pada September 2015.

Penyerang Poland itu kini menjaringkan 27 gol dalam 20 perlawanan untuk Bayern musim ini.

Selepas membelasah Tottenham 7-2 di London pada Oktober lalu menerusi empat jaringan Serge Gnabry, ia satu lagi malam hebat buat Bayern yang kini menang lima perlawanan berturut-turut di Eropah dan telah pun layak ke saingan 16 terakhir.

Mereka juga makin hampir muncul kelab Jerman pertama menang semua enam aksi peringkat kumpulan sebelum menerima kunjungan Spurs di Allianz Arena dua minggu lagi.

Jurulatih sementara, Hansi Flick kini menang semua empat perlawanan dengan 16 jaringan tanpa bolos sejak Niko Kovac dipecat awal bulan ini dan kekal bertugas sekurang-kurangnya sehingga rehat musim sejuk yang dijangka pada 22 Disember.

Dia merehatkan Joshua Kimmich dan Gnabry tetapi Goretzka memberikan Bayern permulaan impian dengan menanduk masuk hantaran Philippe Coutinho pada minit ke-15 dan Lewandowski tidak bernasib baik selepas jaringan menerusi rembatan kencangnya dibatalkan selepas bola terlebih dahulu terkena tangan Tolisso.

Dia bagaimanapun menebus kehampaan pada minit ke-53 hasil sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan tengah, Milos Degenek.

Lewandowski menjadikan kedudukan 3-0 tujuh minit kemudian selepas menyambar tandukan Tolisso dan menolak bola masuk dari jarak dekat.

Lewandowski melengkapkan hatrik dalam masa 11 minit dengan menanduk masuk hantaran Benjamin Pavard dan jaringan keempatnya terhasil menerusi pertukaran hantaran dengan Ivan Perisic yang disudahkan dengan rembatan pada minit ke-68.

Tolisso melengkapkan malam gemilang Bayern pada minit ke-89 selepas mendapat hantaran Perisic. – AFP


 
Sponsored Post
Top
Log in Register