AC Milan 🏆⚽ AC miLan 19/20 - Tangguh Game Akibat COVID19

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,642
Reaction score
9,645
Points
2,226

TRIVIA 🍁 | Filippo Inzaghi, Poacher ‘Tidak Boleh Bermain Bola Sepak’ Yang Pernah Menakluk Dunia

Filippo Inzaghi nama yang meniti bibir peminat bola sepak terutama sekali pada era kegemilangan AC Milan bersama Ancelotti.

Pernahkah anda berkata:

“Inzaghi ni sebenarnya pemain yang teruk, menggelecek tak boleh, fizikal lemah, berlari lambat.”

Anda jangan risau kerana memang itulah hakikat yang harus ditelan oleh Filippo Inzaghi. Jika anda ingat cara beliau di dalam padang, anda pasti meluat kecuali anda penyokong AC Milan.

Kadangkala penyokong AC Milan turut meluat dengan aksi Inzaghi. Dia berlari dalam dunia dia sendiri seperti tiada tujuan yang jelas. Terlalu mudah jatuh dan suka merengek apabila pengadil tidak memperdulikan beliau. Namun di sebalik permainan beliau yang seperti hilang arah, beliau kerap menemui titik sentuhan penting untuk menjaringkan gol.

Pada Disember 2007, Inzaghi memecahkan rekod jagoan Gerd Muller untuk menjadi penjaring terbanyak dalam pertandingan Eropah dengan 63 gol selepas perlawanan menentang Celtic FC.

Beliau menamatkan karier dengan 70 gol dalam pertadingan Eropah. Inzaghi ada naluri semula jadi yang sukar dijelaskan di dalam padang yang membuatkan beliau sebagai bakat istimewa.

Keseluruhan gol beliau di peringkat kelab adalah 197 daripada 466 penampilan. Beliau turut mencatatkan 57 penanmpilan dan 25 gol untuk Itali.

Fillipo Inzaghi memiliki kecerdasan mental yang sangat tinggi. Beliau sudah mendahului pemain pertahanan dari segi apa langkah seterusnya. Sehinggakan beliau kerap kali juga ofsaid.

Inzaghi menjadi penjaring kompetitif di semua peringkat termasuk Serie A, UCL, dan peringkat antarabangsa. Ramai mengganggap beliau bernasib baik bermain dalam pasukan seperti Juventus dan AC Milan.

Hal ini disangkal oleh bekas rakan sepasukan beliau, Gennaro Gatusso yang menyatakan, pencapaian Inzaghi itu kerana usaha gigih dan kegilaan ‘profesor’ ini dalam mengkaji pihak lawan seterusnya atau yang 3 bulan akan datang.

Alex Ferguson pernah berkata:
“Inzaghi adalah pemain yang dilahirkan ofsaid.”

Pippo pula berkata:
“Rahsia utama saya mencetak gol adalah kemampuan saya untuk berada di tempat dan waktu yang tepat. Saya juga pemain yang bijak mengelakkan perangkap offside.”

Ia kenyataan yang agak diperdebatkan berdasarkan kekerapan beliau ofsaid di dalam padang. Namun, dari sudut lebih kritikal, kegilaan Inzaghi untuk mengatasi perangkap ofsaid mungkin punca utama beliau kerap ofsaid.

Usaha itu jugalah menjadi punca kenapa Inzaghi banyak mendapat bola di garisan penting itu untuk gol.

Secara ringkas, contohnya dia mencuba 10 kali menewaskan perangkap ofsaid dengan data kajian beliau, 8 daripadanya gagal, 2 berjaya dan salah satu menghasilkan gol yang mungkin gol penting.

Inzaghi anggap ia satu kejayaan walaupun 1 gol daripada 10 cubaan menewaskan perangkap ofsaid. Ini kerana dia anggap mereka melakukan perkara itu berdasarkan analisis beliau.

Ia memerlukan kesabaran, usaha berterusan dan kepercayaan daripada rakan sepasukan.
Inzaghi dilabel sebagai antara poacher yang paling bahaya kerana dia sangat sukar dijangka. Naluri pembunuh di dalam kotak penalti membuatkan dia dilabel fox in the box sepertimana Ruud Van Nistlerooy.

Inzaghi memberikan inspirasi kepaada ramai pemain yang danggap ‘mediocre’ dalam bola sepak dunia. Beliau memberitahu dunia, anda tidak perlu lahir sebagai Kaka atau Ronaldo untuk menjadi antara yang terbaik di dunia. Anda hanya perlu rajin dan berusaha lebih untuk mengatasi kelemahan lawan.

Kredit Artikel : Semuanya Bola
✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,642
Reaction score
9,645
Points
2,226

Serie A
Milan vs Torino
18 February 2020
3.45am
Fox Sport 1 (Astro/Unifi)

Sayang permainan serangan menentang Juventus tidak menghasilkan kemenangan tapi kini tumpuan kembali ke saingan liga. Melayani kunjungan Torino, kita harus kekal fokus dan terus mengejar kedudukan liga terbaik. Menariknya, Pioli kini sedang mencuba sistem baru yang meletakkan Hakan sebagai pemain tengah menyerang dengan peranan bebas di belakang penyerang yang nampak seperti membuahkan hasil dan kebangkitan Rebic dan Samu di bahagian sayap di samping kekuatan Ibra mengawal bola dijangka akan memberikan masalah kepada Torino. Ayuh, 3 mata!!! #MilanMalaysia
#ForzaMilan
#WeAreACMilan
#Milan
#MilanTorino
#SerieA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register