AC Milan πŸ†βš½ AC miLan 19/20 (17 Okt 1150PM) - FT Inter [1][2] Milan

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
Carlo Ancelotti's AC Milan squad has produced an astonishing number of coaches:

1- Gennaro Gattuso (Palermo Pisa, Milan, Napoli)
2- Andrea Pirlo (Juventus)
3- Massimo Oddo (Pescara, Udinese, Crotone, Perugia)
4- Alessandro Nesta (Montreal, Miami, Perugia, Frosinone)
5- Hernan Crespo (Modena, Banfield, Defensa y Justicia)
6- Clarence Seedorf (Milan, Shenzen, Deportivo, Cameroon)
7- Alberto Gilardino (Rezzato, Pro Vercelli)
8- Jon Dahl Tomasson (Excelsior, Malmo)
9- Jaap Stam (Reading, Zwolle, Feyenoord, Cincinnati)
10- Christian Brocchi (Milan, Monza)
11- Filippo Inzaghi (Milan, Venezia, Bologna, Benevento)
12- Andriy Shevchenko (Ukraine)
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602903910278.jpg

Serie A Matchday 4 / Giornata 4 β€πŸ–€β€πŸ–€

Kempen Rossoneri dalam Serie A diteruskan lagi selepas rehat perlawanan antarabangsa minggu ini. Antara pertemuan yang ditunggu-tunggu oleh warga Milan dan peminat Serie A iaitu Derby della Madonnina, menentang musuh setempat, Inter Milan.

Merupakan perlawanan getir untuk Milan, selain dari bahang perlawanan setempat,perlawanan menentang Inter Milan pastinya memberikan gambaran untuk AC Milan samada memiliki kekuatan atau tidak untuk mencabar kejuaraan Serie A.

Inter Milan merupakan salah satu pasukan yang dalam prestasi baik tanpa tewas sebelum ditewaskan Lazio baru-baru ini dan mempunyai misi yang sama dengan Milan untuk mencabar kejuaraan Serie A.

Memiliki antara jurulatih terbaik di dunia, iaitu Antonio Conte dan penyerang yang sedang didalam prestasi baik, Lukaku pastinya menghadirkan ancaman kepada gawang Milan yang dikawal Gianluigi Donnarumma

Sementara itu Milan yang dalam prestasi terbaik sejak selepas lockdown, dengan 15 perlawanan liga tanpa kalah dan 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan pasti mengharapkan kemenangan untuk memberikan boost morale untuk pasukan mencabar kejuaraan Serie A.

Berita terbaik pastinya kembalinya King Zlatan selepas direhatkan sebelum ini kerana kuarantin coronavirus. Ibrahimovic merupakan pemain yang berpengaruh kepada pasukan dan kehadirannya pasti memberi keyakinan kepada skuad muda Pioli untuk perlawanan besar ini.

Siapakah akan memenangi perlawanan derbi terbesar ini nanti dan terus memberi cabaran kepada Juventus untuk merampas kejuaraan liga?

Ramalan kesebelasan utama Milan malam ini (4-2-3-1): Donnarumma; Calabria, Kjaer, Romagnoli, Theo Hernandez; Bennacer, Kessie; Saelemaekers, Calhanoglu, Brahim Diaz; Ibrahimovic.

LIVE
Saluran FOX SPORT
815 ASTRO
11.50 p.m Sabtu 17 Oktober 2020

Forza Milan per sempre

#SerieA
#MilanInter
#weareacmilan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602906703173.jpg


Il nostro Derby di Milano❀
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602986182765.jpg


Il Derby Γ¨ rossonero! πŸ”΄βš«
#InterMilan #SempreMilan​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602986182765.jpg


MASA PENUH β€πŸ–€β€πŸ–€

Inter Milan 1-2 AC Milan

2 gol daripada Zlatan Ibrahimovic memastikan 4 kemenangan berturut-turut dalam Serie A untuk pasukan Rossoneri. Selain itu kemenangan ini merupakan yang pertama untuk AC Milan dalam lapan pertemuan Derby della Madonnina didalam liga itali. Kemenangan terakhir pada musim 15/16.

Aksi yang menyakinkan di 20 minit pertama, dengan serangan demi serangan melalui gerakan & hantaran menarik di bahagian serangan membuahkan hasil apabila Milan dihadiahkan penalti kerana Ibra dijatuhkan dalam kotak penalti. Walaupun tendangan penalti berjaya diselamatkan
Handanovic namun rebound terbabit berjaya disudahi King Zlatan.

Selepas itu, gerakan cantik yang dimulakan Calabria sebelum kelincahan Rafael Leao yang berjaya menggelecek pertahanan lawan sebelum membuat satu hantaran cantik yang melencong disudahkan dengan mudah oleh Ibrahimovic.

Namun selepas itu Milan mula mengendurkan asakan dan Lukaku mudah merapatkan kedudukan dengan tap in dalam kotak penalti. Perlawanan kemudiannya mula dikuasai Inter Milan sebelum wisel separuh masa pertama ditiup.

Bersambung separuh masa kedua , Milan mula longgar dibahagian tengah apabila gerakanΒ² serangan mudah dipatahkan sebalik nya serangan berbahaya dari Nerazzurri terutama dari gerakan penyerang berbisa mereka Romelu Lukaku sentiasa menimbulkan keresahan pada semua penyokong Milan. Namun aksi bertahan secara berpasukan yang baik dan aksi bertenaga dari Frank Kessie yang sedikit sebanyak dapat meneutralkan Lukaku berjaya membuatkan Milan bertahan.

Kemenangan tadi meletakkan AC Milan ditangga teratas Serie A yang pastinya memberikan keyakinan yang baik pada barisan muda Rossoneri untuk cuba mendapat kejuaraan liga atau sekurang-kurangnya slot automatik ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Siapakah Man Of The Match pilihan anda untuk perlawanan mendebarkan ini? Nyatakan dibahagian komen di bawah..

#MilanMalaysia
#weareacmilan
#seriea
#MilanInter
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602986548285.jpg


Inter, you've been Zlataned πŸ”΄βš«
#InterMilan #SempreMilan​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602986637178.jpg


LA GRANDE BELLEZZA 🀩🀩🀩
#InterMilan #SempreMilan​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1602986846099.jpg

Rosso come il fuoco e il nero come la paura che incuteremo agli avversari!
π•Έπ–Žπ–‘π–†π–“π–” π–ŠΜ€ π–—π–”π–˜π–˜π–”π–“π–Šπ–—π–† πŸ”΄βš«
#InterMilan #SempreMilan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,376
Reaction score
11,523
Points
2,376
FB_IMG_1603290946189.jpg

Back in Europe!
Celtic vs Milan
23 Oktober 2020, 3AM
BeIn Sports Connect (langganan)

Di puncak liga selepas 4 kemenangan dari 4 perlawanan, Milan akan memulakan kancah perjalanan di Eropah menentang Celtic di Scotland. Menariknya, kedua-dua kelab ini baru selesai mengharungi derby masingΒ² yang mana Celtic tewas dalam Old Firm Derby manakala Milan, well, semua orang dah tahu.

Bakal ada beberapa pertukaran - tempat Hakan mungkin digantikan Brahim, Kessie bakal bermain di tengah bersama Tonali. Ibra dijangka akan terus mengepalai serangan diapit Salem & Leao. Ayuh, 3 mata!

Malangnya perlawanan ini di Malaysia secara rasminya cuma ditayangkan di BeIn Sports Connect melalui langganan. Seperti biasa, kekal selamat dan sihat, patuhi SOP, bersama kita menentang Covid-19.

#MilanMalaysia
#ForzaMilan
#EuropaLeague
#FightCovid19
 
Sponsored Post
Top
Log in Register