BTC USD 21,267.3 Gold USD 1,826.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🇲🇾 🏆🏑 Speedy Tiger 22' (Final Asia Cup 1 Jun 730PM) - FT ST [1][2] Korea Selatan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
362,770
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
362,770
Reaction score
21,634
Points
2,836
Awards
1
FB_IMG_1654098396375.jpg

FINAL PIALA ASIA 2022

FT:
MALAYSIA 🇲🇾 1 - 2 🇰🇷 KOREA

Walaupun Malaysia bermain baik, namun serangan balas Korea lebih padu & cekap.

Rekod tanpa kalah skuad hoki negara 🇲🇾 di sepanjang kejohanan ini akhirnya terlerai apabila tewas kepada Korea 🇰🇷 dalam perlawanan akhir.

Korea 🇰🇷 menjadi juara Piala Asia kali ke-5 manakala Malaysia 🇲🇾 sekali lagi menjadi naib juara Piala Asia utk kali kedua berturut-turut.

Apa-apa pun Speedy Tigers harus kekalkan semangat dan tekad kerana kita ada banyak masa lagi utk perbaiki mental & taktikal utk kekal menjadi gergasi hoki Asia & pencabar kuasa hoki dunia.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
362,770
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
362,770
Reaction score
21,634
Points
2,836
Awards
1
FB_IMG_1654159971174.jpg

MALAYSIA 🇲🇾 KEMBALI KE-10 PASUKAN TERBAIK DUNIA

Berikut adalah senarai terkini 20 pasukan terbaik dunia yg terpapar di laman sesawang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Pada bulan Februari 2022, ranking skuad negara 🇲🇾 telah jatuh ke-11 dunia setelah dipintas oleh kuasa hoki benua Eropah & Afrika iaitu Perancis 🇫🇷 & Afrika Selatan 🇿🇦.

Kini, walaupun tewas kpd Korea 🇰🇷 pada final Piala Asia, namun rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan & Super-4 banyak membantu skuad hoki negara 🇲🇾 kembali ke dalam kelompok 10 pasukan terkuat di dunia.

Tahniah diucapkan kepada Speedy Tigers!!
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Sebelum menutup tirai 2022, skuad hoki negara akan bertanding di dalam 3 kejohanan bertaraf dunia iaitu;

▪︎ Piala Sultan Azlan Shah
▪︎ Piala Sultan Johor (B-21)
▪︎ Piala Negara-Negara Dunia (Nations Cup)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
362,770
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
362,770
Reaction score
21,634
Points
2,836
Awards
1
Tak dapat gaji puluhan ribu pun boleh layak ke Piala Dunia 2023! Walaupun sukan hoki sering dipandang sepi oleh peminat sukan tetapi mereka tidak pernah patah semangat dan berjuang mati-matian untuk harumkan nama negara.

Tahniah buat Speedy Tigers yang bukan saja layak ke Piala Dunia, tetapi kini berada di kedudukan ke-10 dunia. Jom kita terus berikan sokongan padu buat skuad hoki negara kita.

#demimalaysia #harimaumalaya

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
362,770
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
362,770
Reaction score
21,634
Points
2,836
Awards
1
FB_IMG_1654360172500.jpg

HOKI PIALA ASIA: JURULATIH TEMPATAN ATAU JURULATIH LUAR?

Kejohanan hoki Piala Asia baru sahaja tamat. Secara amnya, berpuluh-puluh tahun sebelum ini, kita mengharapkan jurulatih luar dapat meningkatkan prestasi hoki negara di benua Asia.

Sejak era hoki moden bermula (akhir 90-an) sangkaan kita, jurulatih ternama dari Jerman, dan Australia ataupun Afrika Selatan mahupun Belanda mampu memperbaiki prestasi hoki negara di persada Asia sekaligus dapat memperbaiki ranking dunia.

Namun, berdasarkan rekod Piala Asia, jurulatih yg berjaya membawa Speedy Tigers ke final Piala Asia dlm dua edisi berturut-turut bukanlah datang dari negara-negara Eropah, Australia ataupun Latin, sebaliknya mereka berasal dari Seremban, Negeri Sembilan & Segamat, Johor.

Secara kebetulan pula, terdahulu, kedua-dua orang jurulatih ini pernah menjawat penolong kepada ketua jurulatih yg berpengkalan di Eropah (Paul Lissek & Paul Revington)

Selain itu juga, Malaysia layak ke Piala Dunia dalam dua edisi berturut-turut, juga menggunakan kepakaran anak Malaysia dari Seremban (Stephen Van Huizen) & Segamat (Arul Selvaraj). Malah, kenaikan ranking hoki dunia skuad Malaysia banyak diusahakan oleh jurulatih tempatan.

Setelah diperhatikan secara terperinci, sukan hoki Malaysia memerlukan jurulatih tempatan yg terlatih dgn perlaksanaan disiplin taktikal Eropah namun memahami citarasa gaya 'campuran' permainan Malaysia.

Oleh itu, demi kemajuan sukan hoki negara, kita berharap ada jurulatih tempatan berkelana di bumi Eropah / Australia selama beberapa tahun supaya mereka dapat pulang semula dan dapat berbakti kepada tanahair tercinta.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
362,770
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
362,770
Reaction score
21,634
Points
2,836
Awards
1
FB_IMG_1655975048398.jpg

FIH NATIONS CUP 2022

Berikut adalah senarai 8 pasukan yg bakal 'bertarung' dalam FIH Nations Cup 2022 berdasarkan pengumuman yg dibuat oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) semalam.

Malaysia 🇲🇾;
Perancis 🇫🇷;
Kanada 🇨🇦;
Korea Selatan 🇰🇷;
Afrika Selatan 🇿🇦;
Ireland 🇨🇮;
Jepun 🇯🇵;
Pakistan 🇵🇰.

Kejohanan bakal berlangsung di Potchefatroom, Afrika Selatan.

4 pasukan benua Asia, 2 pasukan Eropah, 1 pasukan benua Amerika & tuan rumah - pasukan benua Afrika bakal bertarung dlm kejohanan ini.

Juara kejohanan ini layak bertanding di dalam Hockey Pro-League bagi edisi tahun hadapan.

* Hockey Pro-League merupakan 'liga pertarungan home-away' yg menempatkan 8 pasukan hoki yg terkuat di dunia (8 gergasi hoki dunia)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register