๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ†๐Ÿ‘ Speedy Tiger 19' - Road To Tokyo 2020

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,181
Reaction score
8,938
Points
2,226






Dhaarma Raj Abdullah. - Foto Owee Ah Chun
Dhaarma bukti 'sentuhannya' masih berbisa


CLARK: Dhaarma Raj Abdullah terus membuktikan sentuhan magisnya apabila berjaya membimbing skuad hoki dalam dewan wanita negara memenangi pingat emas di Sukan SEA hanya dalam tempoh dua bulan.

Khidmat jurulatih hoki padang berusia 50 tahun itu ditagih sejak September lalu berikutan Malaysia amat mengimpikan emas pertama dalam acara berkenaan selepas hanya memenangi gangsa pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Dalam aksi mendebarkan itu, Malaysia berjaya mengikat Thailand 1-1 dalam aksi sebenar sebelum menewaskan juara bertahan itu 2-0 menerusi penentuan penalti.

Pasukan lelaki Malaysia turut memenangi emas apabila berjaya menumpaskan Thailand 3-1.

Thailand terlebih dulu mendahului aksi menerusi jaringan Tikhampton Sakulpithak pada minit ke-15, namun Qasidah Najwa Halimi menyamakan kedudukan pada minit ke-32 untuk mengheret perlawanan penentuan penalti.

Acara hoki dalam dewan kali pertama dipertandingkan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang mana menyaksikan pasukan lelaki negara meraih pingat emas.

"Semua pemain saya adalah pemain hoki padang manakala Thailand memang sepenuhnya beraksi hoki dalam dewan.

"Banyak perkara yang masih perlu dipelajari mereka, terutamanya bagaimana untuk membiasakan diri. Saya amat bangga dengan mereka kerana hanya dalam tempoh singkat melakukannya," kata Dhaarma.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register