BTC USD 41,456.9 Gold USD 1,736.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🇲🇾🏸 Badminton Kebangsaan (Sudirman Cup) - Selamat Berjuang 👍

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
BAM | Kenaikan Gaji 100% & Bonus Untuk Pemain Ranking 10 Terbaik Dunia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan berita baik buat pemain dibawah badan induk berkenaan yang berjaya mencecah ranking 10 terbaik dunia.

kenaikan gaji 100 peratus berserta bonus akan diberikan, dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
#BHSukan #Raket Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek sifatkan perancangan BAM menaikkan gaji sekali ganda pemain terbabit akan beri motivasi tambahan untuk terus tingkat prestasi mereka.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
#BHsukan Harapan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kepada barisan pemain muda yang terpilih membawa cabaran negara dalam saingan Piala Sudirman, Piala Thomas dan Uber di Finland dan Denmark

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
#BHsukan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann mengesahkan kedua-dua pemain itu tiada dalam senarai Piala Sudirman, namun Sze Fei dan gandingannya, Nur Izzuddin Rumsani akan beraksi di Piala Thomas

 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,261
Reaction score
2,443
Points
201
BAM | Kenaikan Gaji 100% & Bonus Untuk Pemain Ranking 10 Terbaik Dunia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan berita baik buat pemain dibawah badan induk berkenaan yang berjaya mencecah ranking 10 terbaik dunia.

kenaikan gaji 100 peratus berserta bonus akan diberikan, dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Wah terbaik ooo mcm tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Jin Wei gantung raket

Oleh Sukhairi Thani- September 13, 2021 @ 2:33pm
[email protected]

jewi_1631514784.jpg


Jin Wei umum bersara pada usia 21 tahun.


KUALA LUMPUR: Arena badminton negara hari ini dikejutkan dengan pengumuman persaraan oleh pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei.

Jin Wei, 21, yang juga juara remaja dunia 2015 dan 2018 membuat pengumuman mengejutkan itu dalam saluran Youtube miliknya - Wei's Space - dengan menyatakan masalah kesihatan sebagai alasan utamanya membuat keputusan drastik berkenaan.

Jin Wei berkata, dia masih bergelut dengan tahap kesihatan selepas mengalami masalah kesihatan di bahagian perut sehingga menyebabkan terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.

"Jumlah ubat-ubatan yang perlu saya ambil meningkat. Demi tahap kesihatan, saya tidak ada pilihan selain menamatkan karier lebih awal," katanya.

Pemain dari Pulau Pinang itu turut berkata, yang dirinya terpaksa membuat keputusan berkenaan meskipun mengakui masih 'mencintai' arena badminton.

"Bagaimanapun, saya percaya perjalanan yang perlu ditempuhi masih lagi panjang. Saya percaya mampu cemerlang dalam bidang lain pada masa akan datang dan bersedia untuk bekerja keras," katanya.

Untuk rekod, Jin Wei pernah menduduki ranking ke-24 dunia selain memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebelum masalah kesihatan menghantui dirinya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Skuad Piala Thomas mampu lakar kejutan di Denmark

Oleh Sukhairi Thani- September 13, 2021 @ 6:55pm
[email protected]



KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik percaya skuad lelaki negara mampu melakar kejutan dalam saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, bulan depan.

Wooi Yik yang berpasangan dengan Aaron Chia dan meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkata, dia yakin kemampuan skuad negara walaupun kali ini menampilkan barisan muda.

"Malaysia memang menghantar pasukan yang muda. Kita boleh dikatakan sebagai 'underdog' seperti saya dan Aaron di Olimpik. Memang pasukan kita mempunyai potensi untuk melakukan kejutan," kata Wooi Yik kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif RM50,000 daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, hari ini.

Wooi Yik menerima insentif berkenaan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. Mengulas lanjut, Wooi Yik berkata, pasukan tidak akan begitu tertekan dengan sasaran mara ke suku akhir, sebaliknya hanya perlu mengekalkan tumpuan untuk mengharungi perlawanan.

"Kita ada (Lee) Zii Jia, kita ada pemain perseorangan lain dan beregu yang berpotensi, jadi kita harapkan tidak membawa tekanan ke sana nanti dan kami hanya akan bertarung saja," katanya.

Ditanya mengenai persaraan Goh Jin Wei, Wooi Yik mengakui terkejut dan berharap rakan seperjuangannya meraih kejayaan dalam bidang lain yang diceburinya selepas ini.

"Memang terkejut tetapi ini keputusan dia yang sudah difikirkannya sejak lama kerana masalah kesihatan. Sebagai atlet, memang masalah kesihatan dan kecederaan itu satu masalah.

"Ini keputusan dia dan harap dia akan berjaya dalam bidang lain," kata Wooi Yik.

SHAHIDAN_KASSIM_1631539165.jpg


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyampaikan insentif kepada pemain badminton negara, Soh Wooi Yik (tengah) bagi menghargai pencapaian beliau memenangi pingat gangsa dalam acara badminton berpasangan lelaki pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo di Menara DBKL. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar (kiri). - FOTO NSTP/ASYRAF HAMZAH


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Berhijab bukan halangan buat Siti Nurshuhaini

Oleh Helmi Talkah- September 14, 2021 @ 10:03am
[email protected]

sit11_1631584983.jpg


Gambar fail - Pemain perseorangan wanita badminton remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman.


KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita badminton remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman membuktikan imej berhijab yang ditampilkannya ketika beraksi di dalam gelanggang bukan halangan untuk dia melangkah ke peringkat tertinggi.

Nurshuhaini, 17, ada sebab untuk mendabik dada apabila menjadi pemain berhijab pertama yang dipilih bagi membarisi skuad wanita negara menghadapi saingan Piala Uber di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Katanya, dia terkejut apabila mengetahui namanya disenaraikan bagi membawa cabaran negara di Aarhus dan menyifatkan impiannya kini sudah menjadi kenyataan untuk beraksi dalam kejohanan berprestij berkenaan.

"Sebenarnya tiada sebarang masalah biarpun saya berhijab. Tidak ganggu apa-apa atau menjejaskan prestasi di dalam gelanggang pun. Kini, saya sudah buktikan yang saya mampu untuk mewakili negara di kejohanan tertinggi.

"Ini adalah kejohanan peringkat senior terbesar saya dan saya teruja untuk bersama pasukan beraksi dalam saingan Piala Uber. Ini juga satu permulaan yang positif dalam kerjaya saya untuk bergelar pemain bertaraf dunia," katanya kepada BH Sukan.

Pemain berasal dari Rawang, Selangor itu ketika ini adalah pemain perseorangan nombor satu wanita dalam skuad remaja kebangsaan dan pencapaian terbaiknya tahun ini adalah mara ke separuh akhir saingan Antarabangsa Slovenia, Mei lalu.

Jika diberi peluang untuk turun beraksi di Aarhus, Nurshuhaini, berkata dia sudah bersedia untuk menampilkan prestasi terbaiknya.

"Kalau diturunkan, pasti saya akan cuba yang terbaik. Namun, sama ada diturunkan atau tidak, itu perkara kedua kerana apa yang penting saya dapat menimba pengalaman bersama pasukan dalam kejohanan besar seperti ini," katanya yang dibimbing Datuk Misbun Sidek dan Poh Chai Boon.

Info
Nama: Siti Nurshuhaini Azman
Tarikh lahir: 1 September 2004
Asal: Rawang, Selangor
Ranking dunia (senior): 447
Jurulatih: Datuk Misbun Sidek/Poh Chai Boon
Pencapaian:
* Juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2019 bawah 15 tahun
* Separuh akhir saingan Antarabangsa Slovenia 2021
* Pusingan pertama Terbuka Austria 2021


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
BAM | Suntikan Semangat Kem Badminton Kebangsaan

Pasukan badminton kebangsaan dituntut mempamerkan semangat juang tinggi menjelang aksi Piala Sudirman, Thomas serta Uber bermula hujung bulan ini hingga Oktober depan.

Ditambah program persiapan dan pembangunan pemain oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disifatkan yang terbaik serta boleh menjadi contoh kepada sukan-sukan lain.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register