🇲🇾🏆⚽ HMuda U23 (Sukan SEA 4 Dis 4PM) - FT Kemboja [3][0] HM, OKS & FAM 'berpisah'

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376
d

Tgk gol2 yg bolos eso

tu kalau dia sedar pemain dah OFF peak... kalau x sedar tu nampak sgt terlupa aspek sains sukan yg Selalu tekankan bab persediaan & peak at the right time .
aspek yang perlu di tekankan dalam bolasepak
harap lepas ni pihak pengurusan dah terlepas pandang
sbb merugikan masa depan bolasepak negara
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376

KETUA jurulatih pasukan bolasepak negara, Datuk Ong Kim Swee ketika sidang media selepas tiba dari Sukan SEA Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA


Kim Swee pasrah keputusan FAM


MANILA: Datuk Ong Kim Swee menerima dengan hati terbuka keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak memperbaharui kontraknya sebagai jurulatih skuad bawah 22 tahun negara.

Keputusan itu hadir kurang 24 jam susulan kegagalan anak buah Kim Swee melepasi peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA 2019 di sini selepas tewas di tangan Kemboja 1-3, petang semalam.

Kim Swee, 49, berkata beliau sudah pun dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Setiausa Agung FAM, Stuart Ramalingam.

"Ini adalah keputusan pihak pengurusan dan saya harus hormatinya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada FAM. Buat masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai masa depan saya.

"Saya terlebih dahulu akan memberikan tumpuan kepada kursus kejurulatihan pro saya akan datang. Pada masa yang sama saya mahu menghabiskan masa bersama keluarga sebelum memikirkan langkah seterusnya," kata Kim Swee sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, hari ini.

Sepanjang lima penampilan di temasya Sukan SEA, ini adalah kali kedua Kim Swee gagal membawa pasukan mara ke peringkat separuh akhir selepas edisi 2015 di Singapura.

Bagaimanapun, rekod Kim Swee tetap membanggakan di temasya dwitahunan itu apabila dia membantu pasukan memenangi emas 2011 di Jakarta, Indonesia selain muncul naib juara dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Edisi 2013 di Myanmar menyaksikan pasukan negara mara sehingga separuh akhir.

Kemuncak prestasi Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara adalah ketika dia berjaya membawa pasukan ke pusingan kalah mati Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Ketika itu, anak buahnya turut mencipta kejutan sensasi apabila menewaskan pasukan pilihan Korea Selatan 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan.

Kim Swee, berkata beliau tidak berasa kesal di atas keputusan yang dibuat FAM ini.

"Setiap jurulatih yang terbabit dengan bola sepak adalah untuk mencapai keputusan. Usaha kita hanya akan ditentukan dengan keputusan.

"Ia tidak kira keputusan sebelum ini. Jika saya mahu membawa pasukan menjuarai Piala Dunia sekalipun tetapi semalam saya kalah dengan Kemboja, perkara sama akan berlaku.

"Saya tidak kesal sama sekali. Saya harus berterima kasih kepada FAM yang mana saya bermula dengan peringkat umur begitu muda termasuklah dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil sehingga saya menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan dan kembali semula kepada bawah 23 tahun.

"Pengalaman yang saya lalui amat banyak dan pendedahan yang saya dapat daripada FAM mungkin tidak akan dapat kepada jurulatih lain," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376
selain taktikal 343 yg experimen kelaut dlm
faktor lain adalah silap pilih pemain senior

irfan & adam bukanlah senior yg outstanding utk dipilih...

patut pilih
sumareh , gan, matt davies, cobin (2 terbaik)

tp nk buat mcmn oks yg merencana kejatuhan sendri
OKS amik pemain yg kurang main dgn skuad HM kot
dari segi minit
pemain yg deme mention tu rasa nya regular player skuad HM
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376
OKS achievements at FAM, not including minor cup wins

2011 - SEA Games gold
2012 - Olympic qualifiers round 3
2013 - None
2014 - None
2015 - None
2016 - None
2017 - SEA Games silver
2018 - #AFCU23 debut
2019 - None
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376

Kedudukan Akhir Kumpulan A Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) Selepas Hari Perlawanan #5, 4 Disember 2019

* Skuad B-22 kebangsaan tidak melangkah ke separuh akhir selepas mengakhiri kempen #SEAGames2019 di peringkat kumpulan

#FAM #HarimauMalaya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376

"Apa guna kita diberi tanggungjawab ketua jurulatih tetapi formasi dan sebagainya kena ikut kata orang lain?" - Sulaiman Hussin
 

arla

Fun Poster
Joined
Jul 27, 2017
Messages
329
Reaction score
35
Points
20
Kita main 3-5-2. Tapi nampak macam yg 5 tu main macam sebagai back four, Lepas tu main long ball, seolah-olah 5 tu tak da peranan. Patutnya 5 tu menguasai bhg tengah dengan banyak buat short passes, dan develop attacking ke tempat lawan. Itu yg menyebabkan back 3 kita terutama dominic terpaksa bekerja keras terima asakan lawan. Ada 2 sebab terjadi begini, pertama mungkin pemain yg diletak di kawasan 5 tu tak cukup kompeten atau tak layak duduk di posisi tu. Kedua mungkin faktor padang sintetik, 5 tak berani utk develop attack kerana takut kena counter attack, bola akan bergerak lebih laju & pemain tak boleh nak agak pergerakkan bola bila kena counter attack.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,016
Reaction score
553
Points
111
taktikal quater final Afc bukan nya kena rigit sampai bila2...

bila ego menguasai, adalah akibatnya...

coach yg baik patutnya boleh cuba fikirkan apa yg org lain kata,

afc tu dh sejarah di pdg rumput, ni sintetik, kenalah versatil dan open sikit
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,675
Reaction score
11,143
Points
2,376

Tan Cheng Hoe Mungkin Ganti Ong Kim Swee Kendalikan Skuad Malaysia B-22
 
Sponsored Post
Top
Log in Register