🇲🇾🏆⚽ HMuda C (U19 AFC 16 Okt) - HMC vs Tajikistan

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376

Undian AFC B-19 Bermula Pada Bulan Jun, Malaysia Diletakkan Dalam Balang Tiga
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376
loni_1590498668.jpg


Skuad B-18 mahu diberi ruang sama berlatih seperti atlet ke Sukan Olimpik dan Paralimpik

Skuad B-18 minta kebenaran berlatih awal


KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan berharap diberikan kebenaran untuk mengikuti kem latihan berpusat lebih awal menjelang Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober depan.

Pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, berkata pasukannya wajar diberikan peluang sama seperti Program 'Road To Tokyo 2020' yang mendapat kelonggaran khas daripada kerajaan bermula 1 Jun, sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, tahun depan.

Katanya, Kejuaraan B-19 AFC 2020 itu merupakan medan kelayakan ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2021 di Indonesia dan skuad B-18 kebangsaan menyasarkan muncul pasukan negara pertama layak secara merit beraksi di Piala Dunia.

"Seperti semua maklum, kontinjen ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo telah ada perancangan tertentu, tiada bezanya dengan skuad B-18 yang sedang melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 2021, wajar diberi peluang untuk mengadakan latihan awal.

"Saya amat berharap kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi peluang melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar skuad B-18 kebangsaan diberi ruang sama seperti atlet ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pasukannya yang muncul naib juara Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 dan menjuarai saingan Kumpulan G Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020, memerlukan tempoh persediaan rapi sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu.

"Ketua jurulatih Brad Maloney memaklumkan kami memerlukan enam hingga lapan minggu untuk menyediakan sebuah pasukan mantap yang mampu bersaing melepasi peringkat separuh akhir, jika berjaya kami akan layak secara merit ke Piala Dunia B-20 2021," tambah beliau.

Selasa lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran khas melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet di bawah Program 'Road To Tokyo 2020' kembali menjalani latihan harian bermula bulan depan.

Sesi latihan berkenaan akan dijalankan di tiga Kem Latihan Berpusat yang telah ditetapkan, iaitu Kompleks Sukan Bukit Jalil yang melibatkan 181 individu, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara (56) dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi (28).

Setakat ini, aktiviti bola sepak profesional di Malaysia yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas hanya dibenarkan kembali bersambung pada September depan dengan semua pasukan bertanding dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2020 dibenar kembali menjalani sesi latihan pada Ogos.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376
FB_IMG_1590652100847.jpg

Mengapa tidak berikan ‘kelonggaran khas’ kepada skuad Malaysia B-18 yang sedang memburu slot ke kejohanan Piala Dunia FIFA B20 2021 untuk menjalani latihan seperti mana atlit yang terlibat dengan program ‘Road To Tokyo 2020’?

Pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, berkata pasukannya wajar diberikan peluang sama seperti Program ’Road To Tokyo 2020’ yang mendapat kelonggaran khas daripada kerajaan bermula 1 Jun (lagi 4 hari), sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, tahun depan.

Kejuaraan B-19 AFC 2020 itu merupakan medan kelayakan ke Piala Dunia FIFA B20 2021 di Indonesia dan bakal berlangsung jauh lebih awal iaitu pada Oktober depan.

“Seperti semua maklum, kontinjen ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo telah ada perancangan tertentu, tiada bezanya dengan skuad B-18 yang sedang melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 2021, wajar diberi peluang untuk mengadakan latihan awal.

Sebanyak 265 individu termasuk 57 atlet di bawah program ‘Road To Tokyo 2020’ akan kembali menjalani latihan bermula 1 Jun ini di tiga Kem Latihan Berpusat yang telah ditetapkan oleh KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN). Kompleks Sukan Bukit Jalil melibatkan 181 individu sementara Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawai pula masing-masing dengan 56 dan 28 individu.

“Saya amat berharap kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi peluang melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar skuad B-18 kebangsaan diberi ruang sama seperti atlet ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Ketua jurulatih Brad Maloney memaklumkan kami memerlukan enam hingga lapan minggu untuk menyediakan sebuah pasukan mantap yang mampu bersaing melepasi peringkat separuh akhir, jika berjaya kami akan layak secara merit ke Piala Dunia B-20 2021.”

Baginya dengan ketiadaan latihan yang tersusun buat pemain, ianya akan memberikan kesan yang cukup besar kepada perkembangan pasukan dan juga prestasi pemain terutamanya melibatkan kecergasan dan persefahaman.

Semoga dapat dipertimbangkan dengan baik oleh Ismail Sabri Yaakob Majlis Keselamatan Negara Reezal Merican Naina Merican KBSMalaysia Wan Ahmad Fayhsal Muhyiddin Yassin

Sumber: Semuanya BOLA BERNAMA
Gambar: Asian Football Confederation

#DemiMalaysia
#HarimauMalaya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376

Pemain Muda Malaysia Beraksi Bersama Red Star Belgrade
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376
Undian Kejuaraan B-19 AFC 2020, jam 4.30 petang ini.

Balang 1: Uzbekistan, Arab Saudi, Republik Korea & Qatar.

Balang 2: Jepun, Tajikistan, Australia & Indonesia.

Balang 3: MALAYSIA, Iraq, Vietnam & Kemboja.

Balang 4: Iran, Yemen, Bahrain & Laos.

#FAM #HarimauMalaya #AFCU19
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376
FB_IMG_1592471470092.jpg

Keputusan Undian #U19AFCChampionship2020

Malaysia
Qatar
Tajikistan
Yaman
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376
VIDEO: Komen Brad Maloney & Dato' Kamarul Ariffin Selepas Undian Kejuaraan B-19 AFC 2020

Berikut adalah komen daripada ketua jurulatih, Brad Maloney dan pengurus pasukan, Dato' Kamarul Ariffin Mohd Shahar selepas skuad B-19 kebangsaan diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yemen pada majlis undian rasmi di AFC House, Kuala Lumpur, hari ini.

Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 itu akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Video ini juga boleh ditonton di


#FAM #HarimauMalaya #AFCU19

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,050
Reaction score
11,345
Points
2,376
FB_IMG_1592548747877.jpg

119 Hari Lagi

Menjelang sepak mula saingan Kumpulan D, Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan yang mana skuad B-19 kebangsaan kendalian Brad Maloney akan berdepan Tajikistan pada 16 Oktober 2020.

Ia disusuli dua aksi berikutnya menentang Qatar (19 Oktober 2020) & Yemen (22 Oktober 2020).

#FAM #HarimauMalaya #AFCU19
 
Sponsored Post
Top
Log in Register