🇲🇾🏆⚽ HMuda C (Qual AFC U19 10 Nov 430PM) - FT 🇹🇭 [0][1] 🇲🇾

CG Sponsors




aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,016
Reaction score
552
Points
111
kemboja betul2 kambek..

sayo dgn Msia
mng bergaya dgn Raja Asean
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376
Pengalaman Di Luar Negara, Dorongan Jurulatih Jadikan Pemain AMD Yakin Di Hadapan Kamera - https://t.co/D1r1zI6Vnx
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376

Fourteen slots filled! ✔

Next year's @theafcdotcom U19 Championship is beginning to take shape following the latest round of matches!

#AFCU19Qualifiers #AFCU19Championship
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376


BARISAN skuad B-19 negara
Azimat anak Rimau benam Thailand


KUALA LUMPUR: ‘Kita main sampai mati!’ Itu kata-kata semangat yang dipegang pemain negara, Muhamad Umar Hakeem Suhar Redzuan dan rakan sepasukan ketika menewaskan Thailand pada aksi terakhir kelayakan sekali gus layak secara merit ke Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Uzbekistan, tahun depan.

Menurut pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu, semangat berpasukan yang ditunjukkan mereka jelas berjaya mengatasi Thailand sekalipun lawan itu menurunkan tonggak yang juga Pemain Muda Terbaik AFF, Suphanat Muenta pada aksi di Kemboja, kelmarin.

“Saya bersyukur kerana kami bekerja 98 minit sampai mati dan tidak berfikir apa-apa.

“Namun kalau tiada rakan sepasukan yang lain, sudah tentu saya tidak dapat menjaringkan gol kemenangan ini.

“Mereka ada Suphanat tetapi hanya harapkan pada seorang pemain.

“Kita harapkan setiap pemain yang ada dalam pasukan, jadi kelebihan pada kita.

“Kita ada 23 pemain yang berkualiti dan mampu beraksi lebih bagus berbanding Suphanat.”

Kemenangan 1-0 yang menghantar skuad negara ke Uzbekistan itu turut menyaksikan mereka berjaya membalas dendam di atas kekalahan 0-1 di tangan Thailand pada aksi terakhir peringkat kumpulan Kejuaraan B-18 AFF 2019 sebelum ini.

“Kita kalah sebelum ini tetapi harus diingat, setiap saat kita meningkat sedikit demi sedikit dan kita belajar banyak perkara daripada perlawanan yang diharungi.

“Thailand tidak seharusnya memandang rendah kita. Walaupun 80 minit tidak mendapat gol dan kami tahu sukar menentang lawan itu tetapi kami tidak tertekan kerana kami pasti akan dapat menjaringkan gol jika tidak berputus asa,” kata pemain berusia 17 tahun itu.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Brad Maloney itu mara ke pusingan akhir dengan rentak cemerlang apabila memenangi semua empat perlawanan yang diharungi bermula dengan kemenangan 5-4 ke atas Kemboja, 11-0 menentang Brunei dan membelasah Kepulauan Mariana Utara 10-0 sebelum melengkapkan rekod bersih ke atas Thailand.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376
When Malaysia become a "nightmare" for Thailand

- AFF Cup semi-final 2018: Thailand 1-1(0-0) Malaysia (Thailand lost on away goal)
- AFF U15 Final 2019: Malaysia 2-1 Thailand
AFC U19 Qualifier: Malaysia 1-0 Thailand

🛌🛌🛌🛌🛌🛌💤💤
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376

Adik Wan Kuzain, Wan Kuzri Bakal Perkuat Skuad B-19 Negara?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376
COVID-19: Penjadualan Semula Pertandingan-Pertandingan Anjuran AFF

Ditangguhkan ke tarikh lain:
1. AFF Women's Championship
2. AFF U18 Women's Championship
3. AFF U16 Boys' Championship
4. AFF U19 Boys' Championship
5. Asean Club Championships (ACC) ditangguh ke 2021

Kekal mengikut jadual:
1. AFF U15 Girls’ Championship
2. AFF Futsal Championship
3. AFF Futsal Club Championship
4. AFF Beach Soccer Championship
5. AFF Suzuki Cup

Baca penuh di https://bit.ly/33VH5x7

#FAM #HarimauMalaya #AFF
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,573
Reaction score
11,130
Points
2,376
FB_IMG_1588347771538.jpg

Anda tahu tak pasukan Malaysia B-19 tahun adalah tugas pertama Datuk K. Rajagobal selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan? Malam ini dia ingin kongsikan salah satu #KenanganSukan bersama pasukan ini.

"Selepas bersama Kelantan FA pada tahun 2001-2002, saya telah dilantik untuk bersama pasukan remaja B-19 dari tahun 2004-2006 sebelum pasukan ini dijenamakan semula dengan panggilan Harimau Muda. Pada tahun 2006, kami ada Kejohanan Bola Sepak Belia AFC di Bangalore, India 🇮🇳. Kejohanan ini merupakan kelayakan zon Asia bagi Piala Dunia B-20 2007. Sebelum ke sana, saya bersama pasukan melakukan siri latihan di United Kingdom 🇬🇧 & Slovakia 🇸🇰. Gambar ini adalah ketika Stadium Tour di Old Trafford. Di sana kami ada beberapa siri perlawanan persahabatan, antaranya menentang Manchester United B-20, Salford City B-20 & Stoke City B-20. Kalau tak silap saya ini pada bulan Mei 2006. Objektif utama tour ini adalah untuk beri pendedahan menentang pemain di Eropah & pemain memberikan persembahan yang terbaik. Kami menang 4-1 ke atas Manchester United, 3-0 dengan Salford City & Stoke City menang 2-0. Persediaan terus dilakukan sehingga Kejohanan Bola Sepak Belia AFC yang bermula pada penghujung Oktober. Cuma di sana bukan rezeki kami, kami tewas kepada Iraq, Arab Saudi & juga Vietnam. Walaupun tewas kita melihat untuk jangka panjang, skuad ini ada potensi di sebalik kegagalan & ia telah dibuktikan dengan kejayaan pemain-pemain ini. Habis saja kejohanan ini ada antara pemain yang dipanggil sertai skuad senior antaranya, Khyril Muhymeen, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Baddrol Bakhtiar, Sabree Mat Abu & Shukor Jusoh."

Boleh dikatakan generasi pemain skuad ini terus kekal bersama Datuk K. Rajagobal hingga tahun 2013. Menurut beliau, sekarang tengah rehat sekejap & akan kembali menjadi jurulatih semula nanti jika diberi peluang. Dalam masa sama, beliau akan mengeluarkan buku autobiografi tentang kisahnya sebelum hujung tahun ini. Tak sabar nak beli coach! #KamiTeamMalaysia

Team Malaysia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register