🇲🇾🏆⚽ HMuda B (U21) - Selamat Maju Jaya

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Dalam skuad cemerlang Harimau Muda A 2011, 3 pemain boleh ditulis gagal teruk.

Dari pemain utama skuad muda yang berentap dengan skuad senior Malaysia kepada jadi biasa atau hilang.

Irfan Fazail
Fadi Othman
Gary Steven Robbat
Izzat Faris (cedera terus bunuh karier)

Pemain regular ni tahun 2011, bukan kaleng-kaleng

- Zuraimi Zukri -
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
FB_IMG_1591114944037.jpg

MUSLIM AHMAD

2 musim Harimau Muda A di Liga Super dan Liga-S, Dato Ong Kim Swee mengembangkan 3 pemain pemain pertahanan tengah secara regular.

Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Shahrul Saad.

Bagi Muslim, dia mendapat peluang pada tahun 2011 dan Shahrul pada musim 2012.

Sementara itu Fadhli berada di kedua-dua musim.

Ketika itu Muslim bersaing sengit dengan Amer Saidin untuk mendapat tempat untuk berpasangan dengan Fadhli Shas.

Setahun sebelum Fadhli tiba di JDT, Muslim terlebih dahulu menyertai pasukan itu tetapi sebelum itu Muslim berada di Terengganu.

Persepsi kepada pemain ini agak negatif selepas isunya dikeluarkan oleh pemilik kelab.

Kenyataan itu mampu meletakkannya sebagai pemain yang mengatur perlawanan. Dia perlu bermula dari bawah selepas berada di puncak.

Tiada pilihan, keculi perlu mencari semula reputasinya selama 3 tahun ketika bersama PDRM dan Kelantan.

Mungkin Pahang berjaya memberi semula reputasinya yang hilang.

Muslim menyertai Pahang pada tahun 2017, bermula dengan 13 penampilan pada musim pertama, pemain ini meningkat dengan 34 dan 30 penampilan pada 2 musim seterusnya.

Muslim berjaya melakukannya dan boleh keluar dari bola sepak dengan baik. Berhenti di tempat yang baik selepas hampir tersungkur.

Cuma satu benda yang dia tak sempat ambil balik adalah tempat di skuad negara.

- Zuraimi Zukri -
 
Sponsored Post
Top
Log in Register