BTC USD 37,857.0 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🇲🇾🏆⚽ HMalaya 19' (W)(Qual Piala Asia 2022) - FT Thailand [4][0] HM

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
PETALING JAYA, 11 Feb - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita dalam waktu terdekat selaras dengan kehendak badan induk dunia (FIFA) bagi mempertingkatkan pembangunan permainan wanita

"FAM tidak terkecuali daripada melaksanakannya...kita akan wujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita kerana sebelum ini tidak ada," kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bola Sepak Wanita FAM 2016 di sini hari ini

Seminar tiga hari bermula hari ini bertujuan memberi tumpuan ke arah pembangunan bola sepak wanita di peringkat kebangsaan dan juga negeri

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Malaysia, Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad dan wakil bola sepak wanita Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Beatrice Von Siebenthal

Menurut Hamidin, dalam pembentukan jabatan baharu itu, FAM turut berusaha mempertingkatkan pembangunan bola sepak wanita bukan sahaja untuk skuad kebangsaan tetapi juga skuad Bawah 21, 19, 17 tahun dan peringkat akar umbi

"Sekarang ini kita ada pemain B-14 dan B-17 kebangsaan di Sekolah Sukan Kota Kinabalu. Ia mungkin akan diperkembangkan lagi di sekolah sukan yang lain seperti di Gambang, SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail) dan Bukit Jalil. Bagaimanapun setakat ini masih belum dapat kelulusan lagi," kata Hamidin

Selain itu, katanya usaha pembangunan berkenaan juga akan dijalankan dengan kerjasama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mendapat kepakaran daripada UEFA

Dalam perkembangan sama, Norhuda berkata seminar yang julung kali diadakan itu diharap dapat membuka jalan untuk bekerjasama dengan persatuan negeri supaya turut memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak wanita

"Seminar ini adalah antara usaha kami menyedarkan persatuan bola sepak negeri dan kelab yang kita perlu juga memberi tumpuan kepada bola sepak wanita

"Saya dapati ramai anak gadis yang ingin melibatkan diri dalam arena bola sepak secara serius tetapi tidak ada platform

"Melalui inisiatif ini juga saya mahu persatuan bola sepak negeri mengambil iktibar dan sama-sama membantu menyediakan prasarana dan aktiviti yang membolehkan lebih ramai anak gadis atau wanita di luar sana yang ingin melibatkan diri secara serius," katanya

Norhuda berkata pihaknya telah mewujudkan semula pertandingan Piala Tun Sharifah Rodziah tahun lepas bagi mencari pemain yang boleh disenaraikan dalam skuad kebangsaan bagi mengalas cabaran di Kejohanan AFF Wanita di Myanmar pada Julai depan

"Memandangkan acara bola sepak wanita tidak tersenarai dalam Sukan SEA 2017, jadi sasaran terdekat kita ialah Kejohanan AFF."

Di Sukan SEA 2017, hanya acara futsal wanita yang disenaraikan, katanya

Norhuda yakin skuad futsal wanita mampu meraih pingat dalam Sukan SEA ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017 berdasarkan kepada prestasi di Kejohanan Futsal Wanita AFC tahun lepas, yang menyaksikan skuad negara menamatkan saingan di tempat keempat
 
Last edited:
Sponsored Post

Hujimy

Banned
Messages
1,060
Joined
Mar 13, 2007
Messages
1,060
Reaction score
13
Points
30
bola pun sibuk nak main , lepas ni nak main takraw pulak ke
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
Sama-sama kita tengok bagaimana pelaksanaan nya nanti
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,305
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,305
Reaction score
3,007
Points
266
Awards
1
banyak pengkid la nanti..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
Malaysia Women's Football

12745481_664222147050950_3219168493006318274_n.jpg

Pertandingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2016 akan diadakan pada bulan April 2016 ini. Sebanyak 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan iaitu:

1. Perlis
2. Kedah
3. Pulau Pinang
4. Perak
5. Pahang
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Sabah
9. Sarawak
10. ATM
11. PDRM
12. MISC-MIFA (juara bagi tahun 2015)

Pemain-pemain yang berbakat juga akan diserapkan dalam pasukan kebangsaan bagi menghadapi 'AFF Women's Championship 2016' yang akan diadakan pada bulan Julai di Mandalay, Myanmar.

Siapakah akan dinobatkan selaku pemain terbaik dan penjaring terbanyak untuk musim 2016???

Pasukan manakah yang bakal muncul selaku juara bagi musim 2016??
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
12743565_1224455180901238_2364806778733503853_n.jpg
 

Breekachu

Super Active Member
Messages
6,287
Joined
Dec 15, 2012
Messages
6,287
Reaction score
136
Points
73
Pemain bola sepak luar negara,mat saleeh semua berketerampilan macam perempuan. Tapi kita? Macam jantan. Lulz
 

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,697
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,697
Reaction score
945
Points
161
yg laki pun terkial2 lg nk lepas asia tenggara.. :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register