🇲🇾🏆⚽ Harimau Malaya (WCQ/ACQ 26 Mac 2020) - UAE vs HM

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226

FAM Pantau Situasi Terkini Konflik Peperangan Iran-AS Sebelum Putuskan Aksi Persahabatan Bahrain Menentang Malaysia
 
Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
5,380
Reaction score
387
Points
81

FAM Pantau Situasi Terkini Konflik Peperangan Iran-AS Sebelum Putuskan Aksi Persahabatan Bahrain Menentang Malaysia
apa susah main kt SBJ pun boleh
kompom slmt
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226

60 Hari Lagi..

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan Bahrain, ranking ke-99 dunia bagi aksi persahabatan antarabangsa pada 21 Mac 2020 sebagai persiapan menjelang aksi #AsianQualifiers bertemu UAE, 26 Mac 2020 dan Vietnam, 31 Mac 2020.

#FAM #HarimauMalaya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226

Aksi Harimau Malaya | Mac 2020

@theafcdotcom telah mengesahkan venue Hari Perlawanan 7 & 8 #AsianQualifiers dengan skuad Tan Cheng Hoe akan berdepan UAE di Dubai (26 Mac) & Vietnam di Bukit Jalil (31 Mac)

Terdahulu aksi persahabatan lawan Bahrain (21 Mac)

Jadual penuh perlawanan #AsianQualifiers di https://the-afc.com/competitions/fifa-world-cup/fixtures/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226


Liridon Krasniqi (kanan) dan Guilherme De Paula

Status Krasniqi, De Paula bulan depan'


KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula mendapatkan kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan pertukaran status pemain naturalisasi dijangka akan diketahui pertengahan bulan depan.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjangkakan keputusan permohonan mereka untuk menukar status dua pemain itu akan diketahui bulan ini.

Namun, keputusan itu masih belum diperolehi selepas FIFA dikatakan memerlukan dokumen tambahan membabitkan Krasniqi dan De Paula.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya sudah mengemukakan dokumen tambahan seperti diminta badan induk bola sepak dunia itu.

"Sekarang kita tunggu maklumbalas (keputusan) daripada FIFA. Biasanya mereka akan mengambil masa seminggu atau dua minggu dan saya jangka mungkin pertengahan Februari kita akan dapat maklumbalas.

"Sebelum ini kita sudah hantar dokumentasi dan sekarang ini adalah dokumen tambahan. Kita memerlukan maklum balas daripada negara (asal pemain), seperti dari Kosovo untuk Liridon dan Brazil (De Paula).

"Kita juga memerlukan dokumen daripada pihak ketiga yang mungkin kadang-kadang tak sepantas yang kita mahu. Jadi semua dokumen itu sudah kita terima pada hujung tahun lalu," katanya.

FAM perlu mendapatkan kelulusan daripada FIFA sama ada dua pemain itu memenuhi kelayakan atau tidak untuk menukar status sebagai pemain naturalisasi sebelum mereka boleh mengemukakan permohonan mendapatkan kerakyatan negara ini daripada kerajaan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226


PEMAIN naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh. NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Markah penuh buat Sumareh


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam memberikan markah penuh kepada pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sepanjang bersama Harimau Malaya.

Penarafan atau 'rating 10/10' diberikan Stuart kepada pemain berusia 25 tahun itu berdasarkan beberapa faktor termasuk prestasi, semangat dan sikap sama ada di dalam atau di luar padang.

Justeru, beliau menjelaskan Sumareh patut dijadikan sebagai penanda aras untuk pemain naturalisasi seterusnya yang sudah pasti memikul harapan tinggi FAM dan seluruh penyokong.

"Sumbangan Sumareh bukan semata-mata di atas padang, tapi di bilik persalinan, sikap bersama pasukan, hubungan baik dengan semua pemain dan dia tidak berlagak bintang atau pemain import, dia macam budak kita (pemain tempatan) juga.

"Dia pun tinggal di Malaysia sudah berbelas tahun dan negara ini macam rumah dia. Jadi kita boleh lihat bila kalah dia menangis (sedih), menang dia menangis (gembira) dan bila jaringkan gol dia teruja.

"Ketika Piala AFF 2018 dia banyak meletakkan tekanan dalam diri sendiri kerana baru dapat status naturalisasi dan dia nak tunjuk yang dia berhak berada dalam pasukan kebangsaan. Tapi sekarang prestasi dia sudah semakin baik," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Ketika ini, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula dijangka akan menjadi pemain naturalisasi seterusnya buat Harimau Malaya dengan FAM masih menunggu kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu, Stuart menegaskan perkara paling utama diperlukan pemain naturalisasi adalah mengikut sistem skuad kebangsaan yang mana semangat juang semua pemain dalam skuad itu ketika ini berada pada tahap terbaik.

"Kita ada Jawatankuasa Program Naturalisasi yang membuat penilaian dari setiap sudut dalam membuat pemilihan terhadap pemain naturalisasi.

"Kita rasa Liridon serta De Paula mempunyai semangat dan ikhlas beraksi bersama Harimau Malaya, bukan semata-mata nak pasport," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226
Liridon berpeluang membuat penampilan pertama ketika berdepan UAE, tetapi perlu menunggu pengesahan daripada FIFA terlebih dahulu sebelum meneruskan proses pendaftaran pemain yang akan tamat pada 20 Mac ini.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,066
Reaction score
8,937
Points
2,226

Liridon dah tak sabar nak debut bersama Harimau Malaya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register