BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,383.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS 🇲🇾🏆⚽🐅 Harimau Malaya (WCQ 2026 26 Mac 10PM) - FT HM [0][2] Oman

Sponsored Post



Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Salleh Ibrahim

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghulurkan salam takziah kepada keluarga bekas pemain kebangsaan, Salleh Ibrahim, yang menghembuskan nafas terakhirnya hari ini pada usia 72 tahun.

Allahyarham Salleh meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari di kediamannya dipercayai akibat penyakit bengkak hati selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu selama seminggu. Jenazah disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Pengkalan Chepa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Landak, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zainon Abdullah dan enam anak.

Dikenali sebagai pemain kental di penjuru sayap, Salleh, anak kelahiran Kedai Ketereh, Kelantan, adalah antara wira negara di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, dengan menyumbang gol kedua pada minit ke-61 ketika Malaysia menewaskan Amerika Syarikat 3-0 di Ingolstadt pada peringkat kumpulan.

Bakatnya dikesan setelah memberanikan diri berhijrah ke Singapura pada usia 18 tahun untuk bekerja sebagai anggota tentera British berpangkalan di Alexander Road.

Nama Allahyarham meniti di bibir peminat selepas berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia pada awal 70-an apabila diberi peluang beraksi di sisi Syed Ahmad Abu Bakar, Shaharuddin Abdullah, Wan Zawawi Wan Yusoff, V Krishnasamy dan Namat Abdullah, individu-individu yang membentuk teras pasukan kebangsaan.

Allahyarham yang selesa beraksi sama ada di sayap kanan atau kiri, mewakili Kelantan dari 1963 hingga 1972 selain Perak dari 1973 hingga 1980.

Kemuncak kerjaya Allahyarham tentu sekali apabila berganding bahu dengan Shaharuddin Abdullah dan Looi Loon Teck selaku tiga serangkai serangan negara di Munich 1972. Bahkan namanya terakam dalam sejarah sebagai seorang daripada hanya tiga pemain negara yang menjaringkan gol di Sukan Olimpik.

Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni dosa roh Allahyarham Salleh serta meringankan musibah keluarganya. Aamiin.

#FAM #HarimauMalaya
 


Siaran Media: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Bertemu UAE, Vietnam & Thailand Ditangguhkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menerima surat rasmi daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai pengesahan penangguhan kesemua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi bulan Mac dan Jun 2020.

Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di http://bit.ly/3aALY0k

#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers
 


FAM Hulur Sumbangan Kepada Syed Ahmad

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Suraya Yaacob telah meluangkan masa menziarahi bekas pemain kebangsaan, Syed Ahmad Syed Abu Bakar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, hari ini.

Syed Ahmad, 74, baru saja selesai menjalani pembedahan, semalam selepas mengalami penyakit kanser prostat sejak lebih setahun lalu.

Selain bertanyakan khabar mengenai tahap kesihatan Syed Ahmad, Dato' Suraya turut menyampaikan salam daripada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan menghulurkan sumbangan wang tunai daripada FAM sebagai tanda penghargaan di atas jasa beliau sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan.

Syed Ahmad yang beraksi di posisi penyerang merupakan penjaring utama skuad kebangsaan ketika Kelayakan Olimpik pada tahun 1971, sekali gus berjaya membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Biarpun tidak tersenarai dalam skuad ke Munich, Syed Ahmad telah menyarung semula jersi skuad kebangsaan pada saingan Pestabola Merdeka 1974 yang mana Malaysia muncul juara serta Sukan Asia 1974 di Tehran yang mana Malaysia memenangi pingat gangsa.

FAM sebelum ini turut pernah memberikan sumbangan dan bantuan kepada Syed Ahmad ketika beliau menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003.

#FAM #HarimauMalaya
 


Dengar pesanan daripada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe

"Harap semua rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya untuk duduk di rumah. Kepada pemain skuad kebangsaan, kekal disiplin dan fit berlatih sendirian di rumah."

#FAM #HarimauMalaya #StayAtHome #StopCOVID19
 


Pesanan daripada 3 pemain skuad Harimau Malaya supaya kita semua mematuhi arahan duduk di rumah

⚽️ Shahrel Fikri Md Fauzi
⚽️ Adam Nor Azlin
⚽️ Aidil Zafuan Abd Radzak

Nak tahu apa pesanan mereka? Sama-sama tonton & dengar video ini

#FAM #HarimauMalaya #StayAtHome #StopCOVID19
 


Pesanan daripada 3 pemain skuad Harimau Malaya supaya kita sama-sama membantu membendung wabak COVID-19

⚽️ Farizal Marlias
⚽️ Norshahrul Idlan Talaha
⚽️ Danial Amier Norhisham

Nak tahu apa pesanan mereka? Tonton & dengar video ini

#FAM #HarimauMalaya #StayAtHome #StopCOVID19
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register