🇲🇾🏆⚽ Harimau Malaya (WCQ/ACQ 26 Mac 2020) - UAE vs HM, Ditangguh #COVID19

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376

Marcel Kalonda Berpeluang Beraksi Dalam Kelayakan Piala Dunia Jika Dapat Kelulusan Kerajaan
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,544
Reaction score
1,960
Points
206
JPN Sahkan Ada Dokumen Marcel Kalonda Tidak Sahih, FAM Tutup Terus Proses Dokumentasi

kalonda-1.jpg


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa satu dokumen penting yang dikemukakan oleh Marcel Kasongo Kalonda, pemain pertahanan berusia 22 tahun dari Congo yang mendakwa mempunyai darah campuran Malaysia, didapati adalah tidak sahih selepas semakan dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Selepas cerita mengenai Kalonda dikatakan memiliki darah campuran Malaysia ini heboh diperkatakan di media sosial dan disusuli pula laporan berita memetik Kalonda sendiri yang mendakwa bapa dan datuknya berasal dari Sabah, langkah pertama diambil FAM adalah menghubungi sendiri Kalonda bagi mendapatkan pengesahan daripadanya.

FAM memaklumkan kepada Kalonda mengenai syarat kelayakan pemain untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya di bawah peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan telah memberikan senarai semak (checklist) untuk pemain berkenaan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan kepada FAM bagi tujuan pengesahan dan penelitian kesahihannya.

Setelah menerima dokumen-dokumen lengkap yang diperlukan itu daripada Kalonda, FAM mengambil langkah seterusnya iaitu menghubungi pula pihak-pihak yang berkenaan bagi mendapatkan kesahihan terhadap dokumen-dokumen yang diterima, termasuk menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Congo (FECOFOOT) dan wakil konsulat Congo di Malaysia serta berhubung dengan JPN bagi semakan dan pengesahan dokumen berkaitan.

Susulan itu, semalam (Isnin, 6 Julai 2020), FAM telah menerima surat maklum balas daripada JPN memaklumkan bahawa selepas semakan dan siasatan dibuat, satu daripada dokumen berkenaan didapati mengandungi maklumat yang tidak sahih.

Selepas menghubungi Kalonda untuk memaklumkan hasil semakan dan siasatan JPN itu, FAM dengan ini membuat keputusan untuk menutup terus proses dan langkah berikutnya.

FAM cukup tegas dalam proses pengesahan status pemain dan kami tidak memandang ringan syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi sebelum pakar-pakar teknikal melakukan penilaian terhadap tahap dan prestasi pemain berkenaan.

Adalah menjadi tanggungjawab FAM selepas mendapat sesuatu maklumat, untuk mengambil langkah susulan dengan melakukan siasatan, penelitian dan pengesahan sebelum membuat apa-apa kenyataan rasmi dan atas sebab itulah FAM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung Kalonda sebelum ini.

Dengan ini, FAM ingin menasihatkan semua pihak terutama netizen dan peminat bola sepak negara supaya tidak terlalu ghairah atau cepat teruja apabila mendengar berita mengenai seseorang pemain itu mempunyai darah campuran Malaysia kerana ia perlu melalui proses pengesahan dokumentasi terlebih dahulu sebelum pemain itu boleh dipertimbangkan untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Pada masa yang sama, FAM memberi amaran kepada mana-mana individu supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan seperti memalsukan dokumen kewarganegaraan Malaysia dan kedaulatan negara.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376
FB_IMG_1594127930296.jpg

Siaran Media: FAM Sahkan Dokumen Kalonda Tidak Sah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa satu dokumen penting yang dikemukakan oleh Marcel Kasongo Kalonda, pemain pertahanan berusia 22 tahun dari Congo yang mendakwa mempunyai darah campuran Malaysia, didapati adalah tidak sahih selepas semakan dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di


#FAM #HarimauMalaya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376
BOLA SEPAK | Dokumen Kalonda Tidak Sah

Harapan untuk melihat pemain kelab Zambia Zesco United FC menyarung jersi bola sepak kebangsaan tidak menjadi kenyataan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan dokumen penting dikemukakan Marcel Kasongo Kalonda tidak sahih.

Semakan telah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376
FB_IMG_1594917874895.jpg

Ranking Harimau Malaya | 16 Julai 2020

Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 154 dunia, kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 11 Jun 2020.

* Kemas kini seterusnya 17 September 2020

#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376
FB_IMG_1595262917760.jpg


RETRO : PRA KELAYAKAN OLIMPIK 1972

Di Seoul, Korea Selatan (1971)​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376

Kuwait Uji Kekuatan Harimau Malaya Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Bulan November
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,746
Reaction score
11,454
Points
2,376
FB_IMG_1595659031317.jpg

FB_IMG_1595659033419.jpg

Nama Legenda Disalah Eja

Sehingga hari ini Dato’ Soh Chin Ann tidak faham mengapa nama beliau disalah eja sebagai Chin Aun. Namun nama itu gah selaku antara pemain pertahanan terbilang di benua Asia sepanjang 1970-an.

“Apabila saya bertanyakan kepada rakan-rakan media, mereka seolah-olah memandang ringan. Mungkin ketika itu mereka berasakan nama saya seperti nama perempuan.”

Akhbar di Malaysia dan Singapura mencatat nama beliau sama ada Chin Aun atau Chin Ann tanpa keseragaman.

Yang pasti, gelaran Tauke melekat di wajahnya atas sebab penampilan sebagai bek tengah yang tenang mengawal keadaan, dengan kepantasan semula jadi serta bijak merancang gerakan ke kubu lawan sepanjang dekad 1970-an.

Terpilih untuk pasukan negara pada Piala Raja-Raja Thai di Bangkok pada 1969 ketika masih cukup muda untuk mewakili barisan remaja Malaysia ke Kejohanan Asia AFC pada 1969 dan 1970, Chin Ann melakar kerjaya yang berwarna-warni sehingga persaraannya daripada pentas antarabangsa pada 1984.

Susulan persaraan bek tengah M. Chandran dan disusuli bek kanan Namat Abdullah (kedua-duanya bergelar Dato’), Chin Ann diberi penghormatan untuk memakai lilitan kapten bermula 1975 hingga persaraannya pada pra-Piala Asia pada Oktober 1984. (Rekod menunjukkan Chin Ann membuat 252 penampilan antarabangsa, dipercayai termasuk perlawanan bukan berstatus A).

Sekalipun menjadi satu-satunya individu yang menganggotai pasukan negara untuk dua Sukan Olimpik (1972 dan 1980), memori paling manis buat Chin Ann ialah menjadi teras kepada skuad negara bimbingan Jalil Che Din yang mengutip pingat gangsa di Sukan Asia Teheran pada 1974.


#FAM #HarimauMalaya #infoFAM #SiriKapten #LegendaSepanjangZaman
 
Sponsored Post
Top
Log in Register