Senarai 30 Pemain Skuad B-18 Wanita Kebangsaan Ke Kem Latihan Pusat Skuad Malayan Tigress B-18 Bermula 8 Julai 2022
Berikut senarai nama 30 pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-18, Kok Keng Lin bagi menyertai kem latihan pusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil selama 12 hari bermula 8 hingga 19 Julai ini sebagai persediaan menghadapi saingan Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 pada 22 Julai hingga 4 Ogos ini di Indonesia.
Kem Latihan Pusat Skuad Malayan Tigress B-18 Bermula
Skuad bola sepak wanita B-18 kebangsaan giat menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 di Palembang, Indonesia.
Dengarkan komen pengendali skuad wanita kebangsaan B-18, Kok Keng Lin serta pemainnya, Tia Theseira mengenai persiapan mereka menjelang kejohanan yang akan bermula pada dari 22 Julai hingga 4 Ogos ini!
Skuad bola sepak wanita B-18 kebangsaan kendalian Kok Keng Lin sedang giat menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 di Palembang, Indonesia dari 22 Julai hingga 4 Ogos ini.
Seramai 30 pemain melaporkan diri ke kem latihan pusat tersebut yang telah bermula sejak 8 Julai lalu.
Malaysia diundi ke dalam Kumpulan A bersama tiga lagi pasukan iaitu Australia, Myanmar dan Filipina.
Berikut jadual perlawanan skuad Malayan Tigress B-18 kendalian Kok Keng Lin pada Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 di Palembang, Indonesia bermula 22 Julai hingga 4 Ogos 2022.
Senarai Akhir 23 Pemain Ke Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 Di Palembang, Indonesia (22 Julai – 4 Ogos 2022)
Berikut senarai akhir 23 pemain skuad Malayan Tigress B-18 yang telah terpilih untuk menghadapi cabaran Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 di Palembang, Indonesia bermula 22 Julai hingga 4 Ogos ini.
Skuad kendalian Kok Keng Lin ini telah diundi dalam Kumpulan B bersama 3 pasukan lain iaitu Australia, Myanmar dan Filipina dan dijadualkan berlepas ke Indonesia esok, 22 Julai ini.
Skuad Malayan Tigress B-18 kendalian Kok Keng Lin di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Palembang, Indonesia bagi menghadapi Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 dari 22 Julai hingga 4 Ogos 2022.
Penerbangan diuruskan oleh Malaysia Airlines Rakan Penerbangan Rasmi FAM