TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 370,513
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 370,513
- Reaction score
- 22,841
- Points
- 2,836
- Awards
- 1
🇮🇹🏆⚽ Italia 19' (Euro Qualfy 16 Okt 345AM) - FT Liechtenstein [0][5] Italy

Gelaran: Gli Azzurri
Persatuan: Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC)
Konfederasi: UEFA (Eropah)
Kod FIFA: ITA
Pasukan bola sepak kebangsaan Itali (Bahasa Itali: Nazionale di calcio dell’Italia) adalah sebuah pasukan yang mewakili Itali dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), sebuah badan pentadbir untuk bola sepak di Itali. Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan kedua yang paling berjaya di dunia, iaitu berkedudukan di belakang Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali (1934, 1938, 1982, 2006) Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah (1968), memenangi pingat emas di pertandingan Kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah
Warna tradisi bagi pasukan ini (juga bagi semua pasukan kebangsaan Itali dan atlet yang secara rasminya mewakili Itali) adalah biru azure (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy). Warna tersebut secara tradisinya berkait dengan dinasti diraja yang menyatukan Itali pada tahun 1861 dan kekal dalam standard rasminya melalui Presiden Itali
Pasukan ini tidak mempunyai "stadium tuan rumah" yang tetap seperti pasukan kebangsaan yang tertentu. Tempat latihan utama terletak di ibu pejabat FIGC di Coverciano, Florence. Pasukan ini memainkan perlawanan tempatan mereka di pelbagai stadium di seluruh Itali
Antarabangsa Pertama
Itali 6 – 2 Perancis
(Milan, Itali; 15 Mei 1910)
Kemenangan Terbesar
Itali 9 – 0 Amerika Syarikat
(Brentford, England; 2 Ogos 1948)
Kekalahan Terbesar
Hungary 7 – 1 Itali
(Budapest, Hungary; 6 April 1924)
Piala Dunia
Kemunculan (19) 1934, 1938, 1950, 1954, 1962, 1966, 1970, 1974, 1978, 1982, 1986, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006, 2010, 2014
Keputusan terbaik Juara �� (4) 1934, 1938, 1982, 2006
Keputusan terbaik Naib Juara (2) 1970, 1994
Keputusan terbaik Tempat Ketiga (1) 1990
Tidak Layak (2) 1958, 2018
Kejohanan Eropah
Kemunculan (9) 1968, 1980, 1988, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016, 2020
Keputusan terbaik Juara �� (1) 1968, 2020
Keputusan terbaik Naib Juara (2) 2000, 2012
Keputusan terbaik Tempat Ketiga (1) 1988
Tidak Layak (6) 1960, 1964, 1972, 1976, 1984, 1992
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan (2) 2009, 2013
Keputusan terbaik Tempat Ketiga (1) 2013
Kejohanan Olimpik 🎖
Kemunculan (15) 1912, 1920, 1924, 1928, 1936, 1948, 1952, 1960, 1984, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004, 2008
Keputusan terbaik Pingat Emas �� (1) 1936
Keputusan terbaik Pingat Gangsa (2) 1928, 2004
Piala Antarabangsa Eropah Tengah
Kemunculan (5) 1927–1930, 1931–1932, 1933–1935, 1948–1953, 1955–1960
Keputusan terbaik Juara �� (2) 1927–1930, 1933–1935
Keputusan terbaik Naib Juara (1) 1931–1932
Last edited: