EURO ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น๐Ÿ†โšฝ Italia 20' - #COVID19, Friendly vs England Ditangguh

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376

#Under18 ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น

#Corradi has named 20 players in his squad for the Turkey ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ทfriendly on 15 January in Riva

#VivoAzzurro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376

#Azzurri ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น
#Italy vs. Czech Republic ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฟ to be played on 4 June in Bologna, the Azzurriโ€™s final friendly before #EURO2020 ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡บ

Italy have won 15 of their 21 matches in the Emilian capital, with three draws and three defeats

#VivoAzzurro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376

#MadeInItaly ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น
The best Italian performers on matchday 1๏ธโƒฃ9๏ธโƒฃ according to the media ๐Ÿ“ฐ

Three noteworthy performances to round off the first half of the @SerieA_EN season

#VivoAzzurro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376

๐Ÿ—ฃ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น #FIGC #President Gabriele #Gravina visits Nicolรฒ #Zaniolo in hospital: "He was doing really well. He knows how important he is for the #Azzurri and that's a big source of strength for him. We'll look to stay close to him throughout his recovery."

#VivoAzzurro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376
TRIVIA ๐Ÿ | Kecederaan yang dialami oleh Francesco Totti cukup parah. Totti mendapatkan kecederaan itu ketika mewakili AS Roma menentang Empoli Fc Official pada Februari 2006.

Setelah dirempuh oleh pertahanan Empoli, Richard Vanigli dari belakang, penyerang yang berusia 29 tahun ketika itu tidak mampu meneruskan perlawanan dan digantikan oleh Vincenzo Montella. Untung Roma tetap menang 1-0. Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan di pusat perubatan Villa Stuart, tulang pergelangan kaki kiri Totti mengalami retak sementara ligamennya koyak.

Totti dijangkakan harus berehat selama enam hingga sembilan bulan. Namun, semangat Totti untuk tampil di Piala Dunia 2006 berjaya mempercepatkan waktu pemulihan beliau.

Ia pulih dalam waktu empat bulan sahaja dan Totti mendapat kepercayaan Marcelo Lippi untuk menyenaraikan beliau dalam skuad 23 pemain Itali di Piala Dunia 2006.

Totti tampil dalam tujuh perlawanan ketika kejohanan itu termasuk aksi final menentang Perancis. Dia bermain dengan plat logam dan sekrup di pergelangan kakinya.

Perjuangan heroik Totti untuk segera pulih ternyata berbaloi. Itali berjaya muncul sebagai juara dunia apabila menewaskan Perancis 5-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat seri 1-1 pada masa penuh perlawanan.

โœ๐Ÿป : Zorro_Boro


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376

TRIVIA ๐Ÿ | Kisah Roberto Baggio : Memilih Brescia Demi Negara

Pada tahun 2000, secara mengejutkan, Roberto Baggio telah menyertai pasukan Brescia. Kenapa mengejutkan ? Kerana pada masa itu, Brescia hanyalah sebuah kelab yang baru sahaja dipromosi naik ke Serie A. Padahal, pemain yang memulakan kariernya bersama Vicenza FC itu sebelumnya telah menyarung jersi pasukan-pasukan ternama di Serie A seperti ACF Fiorentina, Juventus, AC Milan, Bologna F.C. dan Inter Milan.

Bersama Bianconeri, Baggio telah memenangi satu trofi Piala UEFA, Serie A dan Coppa Italia. Beliau juga pernah menjuarai gelaran Serie A ketika mewakili Rossoneri. Tahun 1993, pemain ini telah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila memenangi Ballon d'Or dan FIFA World Player of The Year.

Jadi mengapa pemain dengan pencapaian yang begitu hebat ini mahu bermain bersama pasukan yang baru sahaja dipromosi ? Sebelum ke Brescia, pemain yang lahir pada 18 Februari 1967 ini menyarung jersi Inter Milan (1998-2000). Nerazzurri adalah pasukan kelab yang disokong oleh Baggio sejak kecil dan ia sememangnya satu impian yang menjadi kenyataan. Namun ironinya, Baggio lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan. Hal ini telah menyebabkan beliau tidak mendapat perhatian pengurus Itali ketika itu, Dino Zoff untuk dibawa ke kejohanan Euro 2000.

Baggio seakan tidak diperlukan di Inter Milan ditambah pula perseteruan dengan jurulatih, Marcello Lippi yang membuatkan beliau tidak melanjutkan kontrak dan meninggalkan Giuseppe Meazza. Napoli dan Reginna, serta pasukan-pasukan dari Premier League dan LaLiga pernah cuba mendapatkan khidmatnya. Namun, Baggio mencari pasukan yang mampu memberi lebih banyak minit permainan demi untuk memastikan tempatnya dalam pasukan Itali di Piala Dunia 2002.

Pada akhirnya pilihan itu jatuh kepada Brescia. Kenapa Baggio memilih Brescia ? Menurutnya, Brescia adalah satu-satunya pasukan di Serie A yang menjamin minit permainan lebih banyak dengan gaji yang kompetitif.

๐Ÿ—ฃ " Saya berusia 33 tahun ketika itu. Saya ingin terus bermain. Saya berazam mahu menyarung jersi Itali pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan. Itu adalah matlamat saya. Jika seorang pemain tidak mendapat masa bermain secukupnya, maka dia tidak mampu meyakinkan jurulatih kebangsaan. Itu yang berlaku kepada saya di Inter Milan " ujar Baggio kepada The Telegraph.

Di Brescia, Baggio diberikan sebagai peranan sebagai penyerang utama dan menyarung jersi bernombor 10. Musim pertamanya berjalan baik. Beliau mencetak 10 gol dari 25 perlawanan Serie A dan membantu Brescia menduduki tangga kelapan liga. Pada musim berikutnya, Baggio telah mengalami kecederaan yang agak serius. Meskipun begitu, beliau tetap mampu menyumbang 11 gol dari 12 perlawanan. Hebat !

Namun sayang, meskipun bermain baik bersama Brescia, Baggio tetap gagal ke Piala Dunia 2002. Jurulatih Itali ketika itu, Giovanni Trapattoni secara kontroversi telah menyingkirkan nama beliau dari skuad 23 pemain. Alasannya, Baggio dinilai belum pulih sepenuhnya dari cedera. Trapattoni lebih memilih Alessandro Del Piero, Marco Delvecchio, Fillipo Inzaghi, Vincenzo Montella, Francesco Totti dan Christian Vieri berbanding Roberto Baggio.

Baggio nyata sangat kecewa dan pernah menulis surat kepada permohonan kepada Trapattoni. Beliau menyatakan bahawa keputusannya memilih Brescia adalah semata-mata mahu kembali menyarung jersi Azzuri. Namun pada akhirnya, permohonannya itu tidak dilayan oleh Mr.Trap dan Baggio terpaksa pasrah menerima keputusan.

Meskipun begitu, Baggio terus melanjutkan komitmennya bersama Brescia sehingga tahun 2004. Kontribusinya di atas padang telah membuatkan Brescia dominan di Serie A. Usai Baggio tidak lagi mewakili mereka, Brescia langsung disingkirkan ke Serie B kerana menamatkan kempen di tangga kedua tercorot pada musim 2004/05. Sebegitu besarnya impak Baggio kepada Brescia.

Sebelum bersara, Baggio akhirnya sempat kembali menyarung jersi Itali untuk kali terakhir. Beliau masuk menggantikan Fabrizio Miccoli pada minit ke-85 ketika perlawanan menentang Sepanyol yang berakhir keputusan seri 1-1. Menyarung jersi ikonik bernombor 10 dan diberikan lilitan ketua pasukan, itulah kali terakhir dunia dapat melihat Roberto Baggio dalam seragam biru Gli Azzuri.

โœ๐Ÿป : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,019
Reaction score
11,185
Points
2,376

#Azzurri ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น
The English FA suspends all activities: #England vs. #Italy cancelled

All tickets to be refunded in the next 14 days

#VivoAzzurro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register