TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 370,831
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 370,831
- Reaction score
- 22,911
- Points
- 2,836
- Awards
- 1
Dua gol Herrera teruskan rentak kemenangan PSG
September 12, 2021 @ 7:47amPemain Paris Saint Germain, Ander Herrera meraikan jaringannya ketika menentang Clermont Foot di Paris. - EPA
PARIS: Ander Herrera meledak dua gol ketika Paris Saint-Germain menewaskan pasukan baharu naik taraf, Clermont 4-0 awal pagi tadi tanpa kehadiran Lionel Messi dan Neymar yang kedua-duanya direnatkan minggu ini selepas kelayakan Piala Dunia.
Pemain tengah Sepanyol itu menemui jaringan buat PSG di Parc des Princes pada minit ke-19 dan kemudian meledak jaringan kedua dari jarak dekat selepas setengah jam.
Kylian Mbappe, yang pulih selepas kecederaan betis ketika bersama Perancis dalam saingan antarabangsa, mengatasi pertahanan Clermont bagi menambah gol ketiga PSG sebelum Idrissa Gueye menanduk masuk gol keempat.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino kini mencipta lima kemenangan daripada lima saingan awal Ligue 1, melebarkan kedudukan mereka kepada lima mata berbanding Angers, yang akan menentang Brest hari ini.
Penyerang PSG, Kylian Mbappe meledak gol ketiga. - Foto EPA
Pochettino tidak menyenaraikan pasangan Argentina, Messi dan Angel Di Maria selain bintang Brazil, Neymar bagi membolehkan mereka mendapat rehat tambahan menjelang pembukaan Liga Juara-Juara di Club Brugge.
"Mereka tiba petang semalam (Jumaat) dan mereka berlatih hari ini. Mereka keletihan daripada penerbangan dan saya gembira mereka pulang dalam keadaan terbaik, tanpa isu fizikal, untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara," kata Pochettino.
Trio berkenaan semuanya terbabit dalam kelayakan Amerika Selatan pada Khamis dengan penampilan Messi di laman sendiri buat PSG dilewatkan selepas dia mencetak hatrik berdepan Bolivia. - AFP
Pengendali PSG dari Argentina, Mauricio Pochettino (kiri) bersalaman dengan Kylian Mbappe selepas dikeluarkan ketika menentang Clermont. - Foto AFP

Dua gol Herrera teruskan rentak kemenangan PSG | Berita Harian
PARIS: Ander Herrera meledak dua gol ketika Paris Saint-Germain menewaskan pasukan baharu naik taraf, Clermont 4-0 awal pagi tadi tanpa kehadiran Lionel Messi dan Neymar yang kedua-duanya direnatkan minggu ini selepas kelayakan Piala Dunia.