BTC USD 37,225.8 Gold USD 1,798.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

πš†πšŠπš— π™Ήπšžπš—πšŠπš’πšπš’ β€˜πšŒπšŽπš–πšŽπš›πš•πšŠπš—πšβ€™, πš—πšŠπš–πšžπš— π™±π™·π™΄πš„πš„ πš™πšŽπš›πš•πšž πš•πšŽπš‹πš’πš‘ πšπš’πšŠπš πšžπšœπšŠπš‘πšŠ, πš”πšŠπšπšŠ πš™πšŽπš—πšπš”πš›πš’πšπš’πš”

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
wan-junaidi-bernama-051221-1.jpg


Wan Junaidi Tuanku Jaafar disifatkan sebagai salah seorang menteri yang paling cemerlang. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kecaman kerana tidak mengutamakan pembaharuan β€œbesar dan bermakna” dalam 100 hari pertamanya bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, yang menjadi timbalan menteri bagi portfolio itu ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, berkata tidak banyak pembaharuan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Parlimen.

Beliau turut mengecam Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan SPR kerana tidak segera melaksanakan Undi 18 (usia mengundi 18 tahun) dan pendaftaran automatik pengundi yang menurutnya patut dilaksanakan bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

β€œNampaknya seperti kerajaan tidak menyokong pembaharuan ini kerana pengundi muda cenderung memilih pembangkang,” kata Hanipa.


hanipa-maidin-ms-010521-1.jpg


Hanipa Maidin.
Beliau berkata, BHEUU dan SPRM juga tidak bertindak pantas mengenai maklumat daripada kebocoran Kertas Pandora, yang membabitkan beberapa ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia dengan akaun bank luar pesisir.

β€œSPRM tidak ambil tindakan mengenai maklumat itu sehingga (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim membangkitkannya di Parlimen,” katanya.

Beliau turut menuduh SPRM dan Jabatan Peguam Negara membenarkan ahli politik Umno, Ahmad Maslan dan Tengku Adnan Mansor terlepas daripada kes rasuah.

Mengenai pembaharuan Parlimen, Hanipa meluahkan kekesalan mengenai waktu pertanyaan Perdana Menteri, hari khusus untuk Ahli Parlimen membentangkan pindaan dan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, atau hari istimewa untuk pembangkang membahaskan RUU dan pindaan.


Amalan PH memberikan salinan laporan Ketua Audit Negara kepada semua Ahli Parlimen juga telah dihentikan, katanya.

Beliau berkata, Wan Junaidi harus lebih berterus terang ketika menjawab soalan Parlimen.

β€œBeliau harus memaklumkan jika berdepan halangan menjalankan pembaharuan,” kata Hanipa.

Thomas-Fann-MS-1709201.jpg


Thomas Fann.


Bagaimanapun, Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann menyifatkan Wan Junaidi sebagai salah seorang menteri yang paling cemerlang.

Katanya, Wan Junaidi telah membentuk 10 jawatankuasa pilihan Parlimen, meminda beberapa peraturan mesyuarat bagi memudahkan sidang hibrid, dan memudahkan pemeteraian perjanjian politik antara Ismail dan pembangkang.

Bagaimanapun, tidak banyak kemajuan berhubung undang-undang antilompat parti.

β€œKami ingin lihat usaha melibatkan diri dengan pemegang taruh bermula,” katanya.

Beliau berharap BHEUU akan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telah lama diusulkan bagi memupuk akauntabiliti polis, dan menubuhkan jawatankuasa tetap Parlimen mengenai hal ehwal pilihan raya yang akan mempertanggungjawabkan SPR.

Lim-Wei-Jiet-Mugshot-120919.jpg


Lim Wei Jiet.


Naib Presiden MUDA Lim Wei Jiet berkata, Wan Junaidi berhak mendapat pujian kerana meyakinkan Jemaah Menteri untuk tidak merayu keputusan mahkamah berhubung Undi 18 dan pendaftaran automatik pengundi yang akan berkuat kuasa menjelang akhir tahun ini.

β€œSelain itu, walaupun bicaranya tepat, seperti memperjuangkan undang-undang antilompat parti, RUU untuk pembaharuan ini masih belum dibentangkan,” kata Lim.

β€œKerajaan juga belum mendapatkan maklum balas masyarakat sivil mengenainya setakat ini.”

Beliau berharap kementerian tidak akan menunggu rundingan ulang-alik yang β€œmenyakitkan”.

β€œKami mahu BHEUU yang berkesan, menjalankan rundingan dan segera menyampaikan pembaharuan,” katanya.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register