BTC USD 37,171.4 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral π™ΏπšŽπš•πšŠπš—πšπšπšŠπš— πšžπš—πš’πšπš’ πšŠπš”πšŠπš— πš–πšžπš•πšŠ πšπšžπš—πšŠ πš”πš‘πš’πšπš–πšŠπš πŸ»π™Ά

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
MENARA_TM_TELEKOM_KUALA_LUMPUR_1638678431.jpg


Telekom Malaysia Bhd (TM) - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pelanggan pascabayar mudah alih unifi dengan peranti 5G yang diperakui akan dapat merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan teknologi terkini itu di kawasan terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya semasa ujian perintis dijalankan.Ia selepas Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan bahawa syarikat telekomunikasi itu akan menjalankan ujian 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan berkenaan.

TM itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesalinghubungan teknologi dan digital sudah menjadi satu keperluan dalam ekosistem hari ini.
Justeru, katanya pelancaran 5G akan meningkatkan lagi penciptaan nilai bagi pengguna; Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mikro; dan perniagaan korporat.


"Kami akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyediakan 5G bagi negara dan mempercepat lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah Digital Malaysia," kata TM.
Kenyataan dikeluarkan sebagai maklum balas TM kepada laporan berita mengenai syarikat itu menjalankan ujian 5G dengan DNB.DNB, milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.

Jumaat lalu, DNB berkata ia menjangka melancarkan 10 peratus liputan perkhidmatan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur pada akhir bulan ini dengan bilangan tapak kumulatif sebanyak 500 tapak.Bilangan ini akan ditingkatkan kepada 4,018 tapak atau 40 peratus liputan di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada 2022.
DNB juga menyasar mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk negara ini menjelang 2024 dengan 7,509 tapak.

Kos pelaksanaan 5G di negara ini sebanyak RM16.5 bilion oleh DNB juga tidak membabitkan dana dan jaminan kerajaan, sebaliknya dibiayai oleh dana swasta.
Ketua Pegawai Kewangannya, Nik Azlan Nik Abdul Aziz, berkata buat masa ini, pihaknya memerlukan pembiayaan sebanyak RM5 bilion untuk tempoh sehingga 2024 dan mula menjana pendapatan sendiri menjelang 2025.

Beliau berkata, DNB bercadang menerbitkan program sukuk jangka panjang sebanyak RM5 bilion pada 2022 untuk membiayai semula perbelanjaan modal kemudahan dan sebagai sumber untuk pembayaran balik penangguhan bayaran kepada pembekal.
Syarikat itu juga akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi perkhidmatan 5G kepada syarikat telekomunikasi, jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan 4G, ketika ini.


 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,456
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,456
Reaction score
2,851
Points
261
Awards
1
Skang ni tiap2 hari slow jer lepas 6 petang.

Bila hujan pun sama.
 

matten02

Active Member
Messages
1,438
Joined
Sep 11, 2009
Messages
1,438
Reaction score
525
Points
81
tutup 3G.. mcm la semua kawasan cover 4G... adeh... sll dpt HSPA je.. hmm
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,456
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,456
Reaction score
2,851
Points
261
Awards
1
betul... kdg2 terputus,tiba2 hilang...

Nak download/upload pun tak bergerak.

Aku OFF wifi Unifi dan ON kan internet Digi baru berdesup.
 
Sponsored Post

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register