BTC USD 35,181.8 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

π™Ώπ™Ίπš πš–πšžπš—πšπš”πš’πš— πšπšŠπš—πšπš’πš—πš 𝟸𝟻 πš”πšŽπš›πšžπšœπš’ πšπš’ π™Ώπšπ™½ πš‚πšŠπš›πšŠπš πšŠπš”, πš”πšŠπšπšŠ π™°πš—πš πšŠπš›

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Anwar-Ibrahim-291021-2.jpeg


Anwar Ibrahim berkata, PKR tidak bertanding banyak kerusi pada PRN Sarawak susulan persefahaman dengan DAP dan Amanah, selain beberapa kerusi yang mungkin diberikan kepada calon Parti Sarawak Bersatu.


PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan partinya akan bertanding 25 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Katanya, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan belum dimuktamadkan lagi.β€œKita tidak banyak (tanding kerusi) sebab kita telah ada persefahaman dengan DAP dan Amanah, dan dalam beberapa kerusi mungkin dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

β€œTetapi, tidak ada penyelesaian di situ (kerjasama dengan PSB), yang pentingnya PH.β€œJadi, saya fikir sekitar 25 kerusi begitu, tapi belum muktamad. Saya fikir lebih baik kita tumpu di kawasan-kawasan ini dan beri ruang kepada rakan-rakan parti kita lain untuk bersama dalam pertempuran,” katanya selepas lawatan ke Song di Kapit, Sarawak hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata, semangat kerjasama dan muafakat antara PKR dan DAP perlu dimantapkan lagi untuk mengelakkan pertindihan kerusi.

β€œIni saranan kepada tokoh-tokoh kecil nak bersuara, saya tidak ada masalah.β€œTetapi, bagi kita yang pentingnya pimpinan PKR dan DAP itu percaya bahawa muafakat kerjasama ini harus mantap dan oleh itu kita elak pertindihan,” katanya menjawab soalan mengenai semangat setiakawan dengan DAP ketika ini.

 

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register