BTC USD 35,992.7 Gold USD 1,815.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral π™½πšžπš› π™°πš’πš›πš’πšœ πš™πšŽπš›πš•πšžπš”πšŠπš— πšπ™ΌπŸΈπŸ»0,000 πšπšŠπš–πš™πšžπš—πš πš”πš˜πšœ πš™πšŽπš–πš‹πšŽπšπšŠπš‘πšŠπš— πš‘πšŠπšπš’

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Bantuan-pemindahan-hati-re.jpg


WAN Azwani Wan Abdul Aziz memangku anaknya, Nur Airis Miqila Mahathir yang menghidapi penyakit Atresia Biliari di kediamannya di Taman Koperasi Polis, Batu Caves, Selangor, semalam. – FOTO/FAUZI BAHARUDIN


PETALING JAYA: Kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kelima jelas terpancar pada wajah suami isteri, Mahathir Jamal, 40, dan Wan Azwanie Wan Abdul Aziz, 37, di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.Tetapi kegembiraan pasangan itu tidak lama selepas lebih sebulan dilahirkan, bayi perempuan mereka, Nur Airis Miqila disahkan menghidap penyakit hati kronik atau Biliary Atresia (BA) dan memerlukan pembedahan segera.

Menurut Mahathir, pembedahan pemindahan hati itu menelan kos RM250,000 dan ia perlu dilakukan di China kerana keadaan fizikal Nur Airis Miqila tidak mengizinkan pembedahan dilakukan di negara ini.

UTU_Atresia-Biliari-re-402x600.jpg


KEADAAN perut Nur Airis Miqila Mahathir yang membesar akibat penyakit Atresia Biliari dan ia perlu melakukan pembedahan hati. – FOTO/FAUZI BAHARUDIN

Bagaimanapun, katanya, kos RM250,000 itu tidak termasuk tiket penerbangan dan penginapan sepanjang berada di China.β€œSaya sudah buntu memikirkan mana hendak cari duit sebanyak itu. Isteri saya tidak bekerja dan saya pula hanya pekerja swasta dan pendapatan saya hanya cukup untuk keperluan harian empat anak yang lain, Nur Iman Batrisya Mahathir, 11 tahun; Muhammad Mirza Mahathir, 10 tahun; Muhammad Mustaqqim Mahathir, 7 tahun dan Muhammad Muaz Amzar Mahathir, 4 tahun.

β€œLagi memening kepala apabila saya perlu membelanjakan kira-kira RM4,000 sebulan untuk membeli herba dan susu organik bagi mengekalkan keadaan Nur Airis Miqila daripada menjadi lebih kritikal,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Taman Koperasi Polis, Batu Caves, semalam.Menurut Mahathir, herba tersebut mampu mengekalkan keadaan Nur Airis Miqila dengan membuatnya buang air besar dan mengurangkan pembesaran perut, jika tidak perut anak bongsunya itu akan membesar sehingga pusatnya terkeluar.

Itu pun, katanya, dia dan isteri sudah sedaya upaya cuba untuk potong kos yang dahulunya mencecah sehingga RM8,000, kini mereka hanya memberi ubat-ubatan yang tidak bernilai tinggi supaya kami dapat bertahan.β€œSemasa umur anak saya satu bulan setengah, kami membawanya ke sebuah hospital di Kelantan dan dirujuk kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani proses perubatan.

β€œDoktor menasihati kami untuk menjalani proses pembedahan penyambungan bahagian usus terus ke hati tetapi proses tersebut tidak berjaya kerana mereka mengatakan hati anak kami sudah teruk, menggerutu dan kering lalu memerlukan pemindahan hati segera,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu Nur Airis boleh hulurkan sumbangan ke akaun Maybank 164221375628 (Wan Azwanie Wan Abdul Aziz atau hubungi Mahathir 013-3887810. – UTUSAN


 

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register