BTC USD 35,920.8 Gold USD 1,841.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

π™ΌπšŠπš•πšŠπš’πšœπš’πšŠ πš”πšŠπš‹πšžπš•πš”πšŠπš— 'πš‘πšŠπš“πšŠπš' πš πšŠπš—πš’πšπšŠ π™°πšπšπš‘πšŠπš—πš’πšœπšπšŠπš—

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Mohd Johari menyampaikan sumbangan mesin jahit kepada wanita Afghanistan. FOTO Ihsan MCM


Mohd Johari menyampaikan sumbangan mesin jahit kepada wanita Afghanistan. FOTO Ihsan MCM

Kuala Lumpur: Pantas menyalurkan bantuan 'kecemasan'. Ia dibuktikan pertubuhan Muslim Care Malaysia (MCM) apabila segera membelikan 35 unit mesin jahit untuk disumbangkan kepada wanita Afghanistan.Ia dilakukan hanya selepas tiga hari MCM diketuai Presidennya, Zulkifli Wahijan melawat pusat kemahiran daif untuk wanita tempatan di kota Kabul, Afghanistan.
Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail berkata, pihaknya sebelum ini mendengar keluhan puluhan wanita daif Afghanistan yang amat memerlukan mesin jahit.
Katanya, mesin jahit itu disifatkan semua wanita terbabit sebagai harapan mengubah masa depan diri dan keluarga.

"Susulan itu melalui projek Empowering Afghan Women (Memperkasakan Wanita Afghan), MCM berusaha memberikan kemahiran dan bantuan teknikal bagi memastikan wanita Afghanistan mampu menjana ekonomi sendiri."Ia turut berkait rapat dengan permintaan Menteri Perdagangan Afghanistan, Syeikh Nuruddin Azizi, yang meminta NGO dan rakyat Malaysia membantu memulihkan semula ekonomi negara itu," katanya.

Katanya, Syeikh Nuruddin mengharapkan pemindahan kepakaran dan perkongsian kemahiran boleh dipelajari rakyat negara itu
"MCM menganjurkan Projek Bengkel Menjahit dengan kerjasama EHSAS Wellfare & Social Services Organization dalam menyediakan kelengkapan mesin jahit dan tenaga pengajar.
"Pelancaran program itu disaksikan Presiden EHSAS, Syeikh Abdul Fatah Jawad di Madrasah Zainab Ghazali di daerah Darul Aman, Doghabad, Afghanistan semalam (kelmarin)," katanya.

KELAS jahitan hasil usaha MCM untuk wanita Afghanistan. FOTO Ihsan MCM


KELAS jahitan hasil usaha MCM untuk wanita Afghanistan. FOTO Ihsan MCM

Beliau berkata, latihan selama enam bulan ini akan dilaksanakan secara tersusun sehingga semua wanita Afghanistan itu khususnya ibu tunggal dan remaja perempuan mahir.
"Mesin jahit itu kemudian akan dihadiahkan supaya mereka boleh memulakan perniagaan jahitan.
"Ratusan wanita dan remaja perempuan mahu menyertai bengkel ini. Namun hanya 35 peserta sahaja dapat hadir kerana dana yang terhad," katanya.
Muslim Care Malaysia menyeru rakyat Malaysia untuk bersama menyediakan lebih banyak bengkel jahitan dengan kos RM32,000 kepada 20 pelajar selama 6 bulan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882; HOTLINE MCM +60 11 5005 0035


 

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register