BTC USD 37,864.9 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

𝙹𝙿𝙹 πšœπš’πšŠπšœπšŠπš πšπšŠπš”πš πšŠπšŠπš— πš™πšŽπšπšŠπš πšŠπš’ πš“πšžπšŠπš• 'πš•πšŽπšœπšŽπš— πšπšŽπš›πš‹πšŠπš—πš'

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
JPJ-1.jpg



PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan kononnya wujud aktiviti menjual lesen memandu secara haram didalangi anggotanya.

JPJ menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, JPJ memandang serius dakwaan itu dan akan memanggil seorang pempengaruh media sosial dikenali Azrol Affandi Sobry bagi membantu siasatan berhubung perkara itu yang mendedahkan pembabitan anggota JPJ dalam isu lesen terbang.

β€œMenerusi perkongsian di media sosial, individu itu mendakwa terdapat Pegawai JPJ yang terlibat secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram.β€œIndividu itu mendakwa Pegawai JPJ menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di Institut Memandu (IM),” katanya.

Katanya, JPJ mengambil serius kenyataan tersebut dan siasatan segera akan dilakukan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).JPJ juga ingin menegaskan bahawa jabatan ini tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang melibatkan warga kerja JPJ sekiranya dakwaan itu benar.

Sehingga kini, beberapa siri siasatan SPRM telah dijalankan seperti yang dilaporkan oleh media, contohnya pada tahun 2018.-UTUSAN ONLINE

 

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register