BTC USD 37,910.5 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

π™Έπšœπšž πšπšžπšπšžπš—πš πšˆπšŽπš˜πš‘ πšœπšŽπš–πšŠπš›πšŠπš”πš”πšŠπš— πš™πšŽπš›πšπšŽπš–πš‹πšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš•πš’πš›πšŠπš— πšπšŠπš•πšŠπš– 𝙳𝙰𝙿

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
1638592181140.png


Hannah Yeoh memang sudah menjangkakan kecaman daripada orang Islam dan bukan Islam apabila dia memilih untuk bertudung semasa melawat sebuah masjid di kawasannya.

Namun rupa-rupanya ia tidak sekadar itu. Tindakan ahli parlimen DAP terbabit turut mengundang rasa kurang senang daripada kalangan pemimpin parti berkenaan.

Ia berlaku ketika DAP berdepan dengan persoalan mengenai masa depannya sebagai parti berbilang kaum selepas ia bersama Pakatan Harapan mencatat prestasi hambarnya dalam pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.

Umumnya kepimpinan DAP sedang mengemudi parti itu ke arah kepelbagaian yang lebih besar selepas berdekad-dekad dilabel sebagai pertubuhan Cina.

Antara langkah diambil DAP untuk keluar daripada kepompong label tersebut ialah dengan mendekati orang Melayu sebagai langkah mencairkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat konservatif.

Bagaimanapun, langkah itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan segelintir ahli DAP yang berasakan pendekatan tersebut akan membawa kepada terhakisnya sokongan daripada asas tradisional parti terbabit.

Selepas Yeoh memakai tudung untuk bertemu dengan pengundi di sebuah masjid di Segambut, muncul pertengkaran sengit dalam kalangan ahli dan pemimpin DAP Johor.

Dalam komunikasi WhatsApp yang bocor - yang disahkan oleh sumber sebagai tulen - ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, kelihatan membidas tindakan Yeoh.

β€œMungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.

"Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua?" katanya yang juga bekas pengerusi DAP Johor.

Songkok pernah jadi isu

Kenyataan Boo itu mendapat kritikan daripada banyak pihak yang berpendapat bahawa wanita bertudung di masjid adalah sebagai tanda penghormatan. Tindakan sama juga, kata mereka, dilakukan apabila wanita melawat gurdwara Sikh.

Boo, bagaimanapun, kelihatan menyindir tindakan tersebut dan berpendapat ia sekadar helah untuk menarik sokongan dan orang Melayu tahu apa yang DAP lakukan.

Kecuali Boo, identiti semua orang lain dalam perbualan yang dilihat Malaysiakini telah disunting. Namun difahamkan pemimpin lain DAP Johor turut berada dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Boo - merupakan bekas Adun Skudai - enggan mengesahkan kenyataannya dengan alasan disiplin parti tidak membenarkan sesuatu perbincangan dalaman didedahkan kepada pihak ketiga.

Sebenarnya kritikan terhadap ahli DAP kerana mengenakan pakaian Melayu atau berkaitan Islam bukanlah sesuatu yang baru.

Pasda 2006 pemimpin DAP Perak ketika itu, Ngeh Koo Ham, mengeluarkan kenyataan bahawa mensyaratkan pemakaian songkok ke atas wakil rakyat lelaki DAP di majlis istana adalah "tidak wajar", menyentuh sensitiviti orang bukan Melayu dan memberikan kesan politik kepada wakil rakyat bukan Melayu parti tersebut.



f09b63b1d0de4fec578b26c949a46c17.jpg
Ngeh Koo Ham


Dia juga memaklumkan ketika itu, DAP sebenarnya keberatan untuk menyertai sebarang majlis yang memerlukan hadirinnya memakai songkok sejak 2002.

"Memakai songkok atau tidak adalah isu kecil berkenaan pakaian tetapi apabila dikenakan ke atas orang lain, ia membawa kepada persoalan kebebasan budaya dan isu perkauam serta dominasi budaya, justeru menjadikan ia isu yang sangat sensitif," katanya dalam kenyataan tersebut.

DAP kemudian mula mengendurkan pendirian mereka terhadap songkok pada 2008 dengan Boo adalah antara wakil rakyat parti itu yang bersetuju mengenakannya semasa pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor selepas pilihan raya umum tahun tersebut.

Bagaimanapun sentimen yang menolak pakaian yang dilihat ada kaitan dengan Melayu-Islam terus wujud.

Cadangan yang serius

Pada 2014, Lau Weng San mengundang rasa kurang senang tokoh lantang DAP, Hew Kuan Yau - yang lebih dikenali dengan gelaran Superman - apabila Adun Kampung Tunku memakai baju Melayu siap bersongkok semasa menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri.

Secara umum bolehlah dianggap bahawa apabila DAP berkembang untuk menjadi lebih rencam dan inklusif, ia akan mendapat tentangan daripada pihak yang gagal mengikut peredaran zaman. Tetapi keadaannya tidak semudah itu.

Dalam ciapan pada pagi Khamis lalu, Boo berkata: "Adakah anda benar-benar fikir DAP boleh memenangi sokongan Melayu dengan hanya memakai baju Melayu dan tudung?"

Boo juga mencadangkan agar DAP menyediakan barisan ulama untuk menghubungkan aliran demokrasi sosial parti itu dengan orang Melayu dalam konteks Islam dengan lebih baik.



168f382712d34b5dc9c5b14b37acfc54.jpg



"Tetapi (ahli strategi DAP) Liew Chin Tong berpendapat ia adalah idea yang bodoh," tambahnya.

Ciapan itu bagaimanapun dipadam kemudian.

Sekali imbas, jika dilihat bersama-sama dengan kenyataan di WhatsApp, ciapan Boo itu mungkin memberi gambaran sebagai sembrono.

Bagaimanapun, ahli politik veteran berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa cadangannya agar ulama Islam dilibatkan dalam DAP adalah serius dan pernah dikemukakannya antara 1999 dan 2000.

β€œPada pandangan saya, kita perlu mengaitkan ideologi kita (demokrasi sosial) dengan hati orang Melayu dengan (cara) yang mereka boleh fahami.

"Penting untuk pergi lebih mendalam daripada perkara budaya yang dibuat-buat. Ia untuk menjelaskan demokrasi sosial pada tahap kerohanian Islam dan Melayu," katanya sambil mengulangi kandungan ciapan tersebut.

Belajar daripada kegagalan dulu

Boo kemudian menjelaskan bagaimana bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah menjelaskan Islam dan mentafsir idea kepelbagaian budaya serta meraikan kepelbagaian dari perspektif Islam.

Langkah itu, katanya, wajar dicontohi.

Ditanya mengenai bagaimana cara yang sesuai untuk DAP mendekati orang Melayu, dia menjawab, wakil parti itu sudah berjaya menjalinkan hubungan baik dengan semua kaum.

"Kami telah belajar untuk melakukan perkara yang boleh diterima oleh semua masyarakat, yang kadangkala agak susah.

"Sensitiviti budaya adalah penting untuk mengendalikan hal ehwal masyarakat yang melaluinya kita perlu dilihat secara jelas berlaku adil dan waras kepada semua masyarakat.

"Kita tidak boleh dilihat terlalu menggembirakan kumpulan tertentu sambil mengabaikan yang lain," katanya sambil menceritakan bagaimana dua menguruskan sensitiviti pengundi Islamnya semasa menjadi Adun Skudai.

Boo berkata tindakan untuk menggembirakan hati yang berlebihan akan dilihat sebagai sikap berpura-pura, justeru Pakatan Harapan (PH) dan DAP perlu kekal menjadi diri sendiri semasa menyampaikan ideologi mereka dengan cara yang boleh dikaitkan dengan semua rakyat Malaysia.

Dia menambah, walaupun orang Melayu adalah majoriti di negara ini, penguasaan kaum secara tunggal boleh membawa kepada antagonisme sedangkan kumpulan majoriti sepatutnya mengambil berat terhadap pemuliharaan dan mempromosikan hak minoriti terhadap budaya, bahasa dan sosioekonomi.

Pada masa sama, Boo berkata, DAP dan PH telah kehilangan sokongan Melayu dan bukan Melayu dalam pelbagai peringkat dan mesti belajar daripada kegagalan politik mereka.

Sementara itu, seorang ahli DAP - yang enggan namanya didedahkan - memberitahu Malaysiakini, sesetengah ahli akar umbi berpendapat "penyokong asas Cina" parti itu berasa terasing ketika usaha untuk mendekati orang Melayu digerakkan.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, suara sebegitu adalah minoriti dan pemilihan parti menunjukkan bahawa mereka yang menyokong kepelbagaian kini diberi kepercayaan mengemudi parti.

Sumber itu menambah, penyokong DAP yang terdiri daripada kalangan bukan ahli parti juga tidak begitu mengambil berat tentang persepsi orang Melayu.

β€œRakyat lebih mementingkan kesilapan kita semasa dalam kerajaan, atau episod β€˜katak’ di Melaka, daripada cubaan mendekati orang Melayu.

"Tambahan pula, saya yakin lawan DAP lebih teruk dalam hal menjaga hak bukan Melayu, justeru walaupun ada yang tidak selesa (dengan usaha mempelbagaian DAP), mereka tidak akan lari ke MCA (sebagai contoh). Sekurang-kurangnya bukan kerana ini," tambah sumber itu.



14287468493943b73dd7fe18bffe9dc5.jpg



Sementara itu Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata kebimbangan dalam DAP itu boleh difahami kerana mereka mengalami tekanan atau dilayan secara tidak setara sehingga menimbulkan rasa tidak selamat.

β€œ(Tetapi) kita perlu memahami apa yang membuatkan kita berbeza dan akhirnya meraikan Bangsa Malaysia.

"Bagi orang bukan Islam memakai tudung adalah tanda penghormatan, begitu juga bagi orang Melayu-Islam untuk menghadiri majlis makan malam di kuil atau menahan diri daripada makan daging lembu di hadapan orang Malaysia yang beragama Hindu.

"Perpecahan dan kebencian selama berdekad-dekad daripada puak tertentu membuatkan isyarat mudah sebagai menunjukkan rasa hormat dan toleransi dilihat sebagai mengancam," tambah wakil DAP itu.

Ketika dihubungi berhubung kontroversi mengenai keputusannya untuk memakai tudung, Yeoh berkongsi sentimen yang sama.

Dia menegaskan, sebagai parti berbilang kaum, cara berpakaian ketika menghadiri sesuatu majlis atau majlis keagamaan disesuaikan dengan keadaan adalah tanda hormat.

"Apa yang kami katakan (dan lakukan) adalah konsisten dengan visi kami untuk sebuah negara yang progresif dan demokratik," katanya.


 
Sponsored Post

odin_kaa

Active Member
Messages
1,686
Joined
Dec 29, 2012
Messages
1,686
Reaction score
310
Points
51
Untuk menghormati masjid, takde masalah ... tak perlu nak dipolitikkan
 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Pakai tudung di masjid tak ubah kaum, agama saya - Yeoh

1638599713769.png


Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh tidak kesal dengan tindakannya memakai tudung semasa melawat sebuah masjid baru-baru ini selepas rakan partinya Boo Cheng Hau melancarkan serangan terhadapnya, dengan mendakwa dia cuba "memenangi hati orang Melayu".

Yeoh yang beragama Kristian berkata, tindakannya memakai tudung di kawasan masjid tidak mengubah kepercayaan agama yang dianutinya.

β€œMemakai selendang (tudung) ketika mengunjungi masjid tidak mengubah bangsa saya dan kepercayaan saya.

"Kasihilah jiran anda seperti anda mengasihi diri sendiri. Perlakukan orang lain seperti yang anda mahu mereka perlakukan kepada anda. Amin," kata Yeoh dalam catatannya di Twitter.

DAP sejak beberapa tahun yang lalu menyaksikan berlaku pergeseran antara puak progresif dan konservatif dalam parti itu.

Kumpulan progresif yang direstui oleh pucuk pimpinan mahu melihat kepelbagaian dalam DAP.

Manakala puak konservatif, yang kebanyakannya terdiri daripada pemimpin akar umbi, mahu mengekalkan status quo dalam parti itu.

Antaranya ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu yang sebelum ini berkata DAP tidak sepatutnya "mencairkan kecinaanya".

Yeoh dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua adalah antara pemimpin yang mengkritik Liu berhubung kenyataan tersebut.

Liu tewas pada pemilihan DAP Selangor pada 14 Nov lalu.

Boo, yang merupakan bekas pengerusi DAP Johor, mengkritik Yeoh dalam kumpulan whatsapp pemimpin DAP.

β€œMungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.

"Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua?" sindirnya yang juga bekas pengerusi DAP Johor.

Pemimpin lain, yang namanya disunting, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Boo dan menyatakan bahawa Gudwara Sikh serta beberapa gereja di Eropah juga mewajibkan pelawat memakai tudung.

Sumber parti itu mengesahkan kesahihan perbualan yang bocor itu tetapi Boo enggan mengesahkannya atas alasan parti itu tidak membenarkan perbincangan dalaman didedahkan kepada umum.

Yeoh di Twitter menegaskan bahawa kekuatan negara ini dibina daripada kepelbagaian dan rasa saling menghormati.

"Saya tidak akan memohon maaf kerana memakai selendang di masjid. Saya memakainya dengan keyakinan bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan untuk saudara-saudara Islam saya.

"Hidup secara sederhana: inilah Malaysia yang saya komited untuk bina semula," katanya.

 

mantoya2

Legendary Member
gem
Messages
10,651
Joined
Jan 24, 2007
Messages
10,651
Reaction score
35
Points
120
Baca sejarah. Lee Kuan Yew pakai baju melayu bersongkok bila berkempen parti PAP di kawasan melayu.
Sejarah berulang ulang. Cuma orang je lain lain.
 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
aku puji yb tu kali ni sbb dia pandai menghormati majlis dan boleh bagi alasan yg baik

dalam dap ni byk yg paranoid

padahal maryam / mother mary tu pun elok je bertudung

ni contoh sahaja ye.. artist impression

g.jpg
 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Tak perlu ajar wanita apa perlu dipakai seperti 'pelampau' PAS - Lim

1638606862327.png


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau berhubung kritikan terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh kerana memakai tudung ketika melawat sebuah masjid baru-baru ini.

Lim menasihati Boo agar mengutamakan isu rakyat seperti kenaikan harga barang keperluan yang melambung tinggi berbanding 'taasub' terhadap pakaian pemimpin wanita DAP ketika melawat masjid atau tempat ibadat".

β€œBagi seorang pemimpin lelaki DAP menjadikan pakaian dipakai ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh ketika mengunjungi masjid sebagai satu masalah tidak ada bezanya dengan pemimpin PAS yang ekstremis dan primitif yang mahu mengawal apa yang boleh atau tidak boleh dipakai oleh wanita.

"Ini bukan sahaja tidak sensitif jantina tetapi juga menunjukkan bahawa kita sama tidak bertoleransi dan regresif seperti pemimpin ekstremis PAS," kata Lim dalam satu kenyataan.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata, Yeoh tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya harus dipuji dan bukannya dikritik.

β€œAdakah memakai serban atau penutup kepala ketika melawat kuil Sikh menerima kritikan yang sama?

β€œMalangnya, kritikan yang tidak wajar oleh seorang pemimpin negeri telah memberi kesan buruk kepada seluruh parti.

"Menunjukkan rasa hormat kepada agama lain di tempat ibadat agama itu tidak boleh dianggap sebagai meninggalkan kepercayaan kita sendiri. Ia juga tidak boleh dilihat sebagai tindakan memenangi hati," katanya.

Lim berkata perlu wujud sikap saling hormat menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat berbilang kaum untuk menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian.

β€œMarilah kita tumpu kepada tekanan kepada kerajaan untuk menyuntik RM3 bilion dalam Dana Penstabilan Harga Barang Nasional bagi membendung kenaikan harga telur, ayam, roti, sayur-sayuran, minyak masak dan juga kiub ais serta baja import, racun serangga dan bahan binaan serta buruh, yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dengan mengurangkan kuasa beli kebanyakan isi rumah lebih daripada separuh," katanya.

Terdahulu, Boo yang juga bekas pengerusi DAP Johor, mengkritik Yeoh dalam kumpulan WhatsApp pemimpin DAP kerana memakai tudung di masjid.

β€œMungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.

"Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua?" sindirnya

Pemimpin lain, yang namanya dikaburkan, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Boo dan menyatakan bahawa Gudwara Sikh serta beberapa gereja di Eropah juga meminta elawat memakai tudung.

Sumber parti itu mengesahkan kesahihan perbualan yang bocor itu tetapi Boo enggan mengesahkannya dengan mengatakan parti itu tidak membenarkan perbincangan dalaman didedahkan kepada umum.

Yeoh, yang beragama Kristian, berkata dia tidak kesal kerana bertudung di masjid.

β€œMemakai selendang (tudung) ketika mengunjungi masjid tidak mengubah bangsa saya dan kepercayaan saya.

"Kasihilah jiran anda seperti anda mengasihi diri sendiri. Perlakukan orang lain seperti yang anda mahu mereka perlakukan kepada anda. Amin," kata Yeoh dalam catatannya di Twitter.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,402
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,402
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Dia tiru Jacinda Arden tu
Kene pakai seksi la masuk masjid
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Bekas pengerusi DAP Johor itu berkata masyarakat Cina masih kecewa dengan isu TAR UC.

20efbe44cb9bf975b2b4dc6dd190c6f0.jpg


Dangkal - berpakaian demi raih undi: Boo ungkit Lim jadi 'pak turut Dr M'

Diterbitkan: Dec 5, 2021 8:10 AM


Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau membidas setiausaha agung parti Lim Guan Eng selepas diberitahu supaya tidak perlu mengajar wanita apa perlu dipakai

Terdahulu, Lim menyifatkan Boo 'taasub' terhadap pakaian pemimpin wanita DAP ketika melawat masjid atau tempat ibadat.

Boo, yang mengkritik Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang bertudung di masjid, berkata bahawa "gimik politik dangkal" dan berlebih-lebihan demi untuk mendapakan sokongan kumpulan etnik hanya akan membawa keuntungan sementara.

"Soalan anda (Lim) tentang mengulas pakaian wanita juga tidak relevan.


β€œMaksud yang tepat ialah kita tidak seharusnya menggunakan pakaian sebagai cara meraih sokongan politik.

"Jika Liew Chin Tong berpakaian seperti ulama untuk pergi ke masjid bagi mendapatkan sokongan undi, saya fikir ia mungkin dianggap untuk meraih (sokongan) politik dan mungkin tidak membuahkan apa-apa hasil positif terhadap DAP," katanya malam tadi pada catatan Facebook yang ditujukan kepada Lim.

Baru-baru ini, Boo membidas pakaian Yeoh pada hari terbuka masjid di kawasannya dalam perbualan kumpulan WhatsApp DAP Johor yang bocor.



294717824d541f292342c5104d78862e.jpg



β€œMungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.

"Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua," soalnya pada perbualan itu.

Boo mempertahankan kenyataannya ketika bercakap kepada Malaysiakini, berkata walaupun sensitiviti budaya adalah penting, DAP mesti melampaui cara "dangkal" dalam mendekati masyarakat Melayu, sambil berlaku adil kepada semua masyarakat.

Berikutan itu, Lim membela Yeoh dan menempelak Boo, berkata bekas Adun Skudai itu tidak sepatutnya bertindak seperti "pelampau PAS".

Berpegang pada pandangannya, Boo (gambar, bawah) berkata semasa menjadi pengerusi DAP Johor, bahagian negeri telah menyumbangkan dananya sendiri kepada sekolah vernakular dan sekolah agama tanpa perlu mengenakan pakaian tertentu.



4c49be8e246eeb343e0f95bb38933d03.jpg



β€œSaya tidak perlu memakai tudung kepala dan pakaian agama untuk menyedapkan hati sesiapa. Saya pergi hanya dengan hati yang ikhlas untuk membantu setiap masyarakat terutama keperluan sosial dan pendidikan mereka.

"Saya percaya seseorang boleh memenangi lebih banyak sokongan jika dia membantu orang lain dengan ikhlas, dan membantu semua masyarakat secara adil," katanya.

"Kita tidak boleh dilihat terlalu menggembirakan kumpulan tertentu sambil mengabaikan yang lain," katanya lai.

Boo mendakwa masyarakat Cina, misalnya, masih marah kepada Lim kerana tindakannya semasa menjadi menteri kewangan.

β€œSetiausaha agung yang dihormati, diri anda yang baik masih belum memahami mengapa masyarakat Cina masih tidak dapat menerima keengganan anda untuk memperuntukkan dana kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) semasa anda menjadi menteri kewangan.

"Masyarakat Cina telah kecewa dengan anda kerana meletakkan sikap kepartian lebih tinggi berbanding pendidikan dan kerana menjadi seorang 'pak turut' kepada Dr Mahatir Mohamad," katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan secara drastik mengurangkan dana untuk TAR UC milik MCA atas alasan dana awam tidak sepatutnya digunakan untuk entiti berkaitan politik.

MCA menggunakan isu itu untuk menuduh PH, DAP, dan Lim menghalang pendidikan tinggi untuk belia Cina.



Selanjutnya, Boo berkata DAP mesti berpegang pada prinsipnya untuk mewujudkan Malaysia yang adil dan saksama dengan melayan semua kumpulan etnik dan sosial secara sama rata.

"Jika kita boleh mencapainya, kita akan memenangi hati orang pada bila-bila masa dari sekarang. Jika kita cuba menjadi apa yang kita bukan dengan terlalu menyedapkan hati sesiapa, itu sebenarnya tidak produktif kepada parti.

"Ini hanya pendapat saya yang ikhlas dan rendah hati. Terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda untuk mendengar," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Adakah ini cubaan Lim Guang Eng untuk mengelirukan rakyat dan ahli DAP menjelang pemilihan pemimpin tertinggi DAP, soalnya.

Kenapa heret PAS dalam masalah DAP, tanya Khairilnizam kepada Guan Eng​


Dikemas kini 28 minit yang lalu Β· Diterbitkan pada 5 Dec 2021 11:18AM Β· 0 Komen

49932759438_c712b58b32_c__full.jpg
Lim Guan Eng tidak bertanggungjawab dengan mengheret PAS ke dalam kemelut dalaman DAP, kata Ketua Penerangan parti Islam itu Khairil Nizam Khirudin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2021.

LIM Guan Eng tidak bertanggungjawab apabila mengheret PAS ke dalam masalah dalaman DAP, kata Ketua Penerangan parti Islam itu Khairil Nizam Khirudin.

Bekas ketua Pemuda PAS merujuk teguran Lim kepada Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang membuat kenyataan mengecam Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh kerana bertudung baru-baru ini.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register