BTC USD 37,405.9 Gold USD 1,798.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral π™°πš£πšŠπš‹ πšœπšŽπš™πšŠπš›πšžπš‘ πš–πšŠπšπš’

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
FOTO HIASAN


FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Seksa kesakitan dan menggelupur separuh mati. Itu azab teruk dirasai seorang gadis gara-gara mengambil suntikan 'susuk maut' untuk membuang lemak dalam tubuh.
Difahamkan mangsa menggunakan khidmat individu tidak bertauliah dan melakukan suntikan berulang kali itu di kediamannya hingga menyebabkan tubuh membengkak dan dipenuhi ketulan nanah.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai 'C' berusia 22 tahun berkata, segalanya bermula apabila ia mengidamkan tubuh ramping, menarik selain kulit anjal.

Menurutnya, dia melayari laman sosial Instagram sebelum tertarik dengan penjualan cecair lipodissolve yang didakwa boleh mencairkan lemak dalam tubuh.
"Individu yang menjual cecair itu mendakwa cecair kimia itu boleh disuntik ke dalam tubuh menggunakan picagari secara 'DIY' (do it yourself) atau buat sendiri tanpa bantuan profesional.
"Lebih menarik cecair itu dijual pada harga RM250 sahaja. Ia murah daripada harga sebenar di pasaran.

"Pada mulanya saya minta proses suntikan itu dilakukan sendiri jurujual cecair cair lemak terbabit yang menetap di Johor Bahru. Malangnya faktor halangan dan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 menyebabkan dia tidak dapat datang ke rumah saya di sini," katanya.
Menurutnya, dia cuba mendapatkan bantuan rakan di laman sosial Facebook yang berkebolehan menyuntik cecair berkenaan ke dalam tubuhnya.

"Saya bertemu rakan FB mendakwa ada pengetahuan berkaitan rawatan mesolipo selain berkebolehan menyuntik cecair lipodissolve itu ke dalam tubuh.
"Wanita itu datang ke rumah sebelum melakukan suntikan cair lemak ke perut, lengan dan paha dengan bayaran RM500 pada 10 September lalu," katanya.
Menurutnya, proses suntikan tidak mengikut prosedur yang betul selain tidak menggunakan sarung tangan.

"Tidak lama kemudian saya berasa amat sakit pada bahagian disuntik. Malah, paha dan perut mulai membengkak menyebabkan saya alami kesakitan melampau selama beberapa minggu.
"Akibat tidak tahan dengan kesakitan dialami, saya mendapatkan rawatan doktor di klinik swasta. Doktor memaklumkan suntikan mesolipo itu menyebabkan saya mengalami komplikasi dan jangkitan kuman dalam tubuh," katanya.

Menurutnya, bahagian tubuhnya yang disuntik menggelembung dan dipenuhi cairan kuning serta ketulan nanah busuk.
"Akibatnya doktor terpaksa memicit dan mengeluarkan semua nanah. Sakitnya sukar dibayangkan dan saya hanya mampu menjerit kesakitan," katanya ketika menemui Ketua Unit Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana sempat diselamatkan doktor.
"Saya terpaksa membelanjakan RM5,000 untuk rawatan dan ubat-ubatan bagi menyembuhkan komplikasi dialami," katanya.
Sementara itu, Chong berkata, produk itu tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan orang yang melakukan suntikan tiada mempunyai kelayakan sepatutnya.

"Mangsa memberitahu, individu melakukan suntikan itu tidak memakai sarung tangan pembedahan semasa menyuntik.
"Kami akan membantu mangsa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Chong berkata, empat wanita tampil dengan masalah sama kesan pengambilan produk kecantikan tidak berdaftar dijual melalui dalam talian.
Penasihat perubatan jabatan itu Datuk Dr Lai Kwang Choy berkata semua produk kecantikan mesti mendapat kelulusan KKM.

NANAH dan darah akibat jangkitan terpaksa dipicit keluar dari perut mangsa.
NANAH dan darah akibat jangkitan terpaksa dipicit keluar dari perut mangsa.

Risiko jangkitan bawaan darah
Kuala Lumpur: Waspada terhadap 'pakar bedah kosmetik' tidak bertauliah yang memperdayakan orang ramai melalui media sosial.
Pakar Estetika, Mejar (B) Dr Hamidah Mohd Salleh berkata, pengambilan suntikan mesolipo yang dilakukan tanpa mengikut prosedur betul boleh mengakibatkan kesan alahan terhadap ubat kebas digunakan selain suntikan cecair tidak berdaftar diambil.

Menurutnya, alahan yang teruk itu boleh membabitkan saluran pernafasan hingga boleh membawa kepada maut jika tidak dirawat dengan segera.
"Malah, prosedur suntikan tidak betul dilakukan oleh bukan pakar boleh menyebabkan individu disuntik berisiko mendapat jangkitan bawaan darah seperti hepatitis B dan HIV.
"Berdasarkan pengalaman sama, berlaku juga jangkitan kulit yang teruk sehingga menyebabkan ulceration, parut atau lebih teruk kecacatan kekal kerana prosedur suntikan perlu dilakukan individu terlatih yang tahu anatomi badan manusia," katanya yang berkhidmat di Klinik Lovina, Wangsa Maju di sini.

Dia berkata, suntikan rawatan mesolipo menggunakan cecair L-Carnitine atau Deoxycholic acid turut boleh menyebabkan bengkak atau radang yang teruk.
"Jangkitan hingga bernanah selalu terjadi kerana tidak mengikuti prosedur sterilisation (suci hama) yang betul dan juga oleh individu yang tidak terlatih dalam tugas suntikan," katanya.
Dr Hamidah menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang rawatan membabitkan jarum, suntikan atau apa sahaja membabitkan darah atau cecair badan (body fluid) di tempat tidak terlatih dan dilakukan individu bukan berkelayakan.

"Ia bukan sekadar mendatangkan kesan buruk melalui ubat tidak berdaftar yang digunakan, malah turut mendatangkan risiko pelbagai penyakit bawaan darah. Jika ada mangsa berdepan kesakitan, kemerahan atau ruam teruk di bahagian tubuh disuntik, segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik dan hospital," katanya.
Beliau berkata, individu mahukan berat badan ideal atau menurunkan berat badan tidak harus bergantung semata-mata dengan rawatan sebegini, tetapi perlu menitikberatkan isu pemakanan seimbang, senaman dan gaya hidup sihat.

Sementara itu tinjauan Harian Metro melalui laman sosial mendapati ramai individu tidak bertauliah dalam bidang perubatan dan dermatologi membuat pelbagai dakwaan bagi melariskan penjualan produk diragui ini.Golongan ini yang berkeliaran di media sosial ternyata hanya memikirkan keuntungan dengan mengeluarkan pelbagai testimoni untuk meyakinkan sasaran pembeli.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader sebelum ini turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan pengamal perubatan lorong belakang dengan kepakaran terbatas atau pengalaman sedikit dalam mengendalikan peralatan pembedahan ataupun peralatan kosmetik bukan pembedahan.
Menurutnya situasi ini bukan sahaja menarik perhatian 'doktor palsu' malah pengamal perubatan umum yang tidak terlatih dalam bidang berkenaan untuk mengaut keuntungan dengan cepat.

info_lipo_1638676820.jpg


 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,989
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,989
Reaction score
2,374
Points
266
Awards
1
adehhh kesiann dik napolah ekau sekso diri sampai cmni, kan dah buleh pekdoh sakit

den pun gemok nk kurus jugak tapi takut nk buek bondo2 cmni, slow2 lah jago makan & senam hari2
walaupun ado maso berat badan turun, tapi naik balik, itu biasolah

slow & steady wins the race....
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,456
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,456
Reaction score
2,851
Points
261
Awards
1
Bodoh.

Ramai dah mati bila nak kurus melalui pembedahan.

Guna cara natural jer.
 

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,729
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,729
Reaction score
1,081
Points
151
Uishh ade diamond tu..iskΒ³
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
6,372
Joined
Aug 13, 2008
Messages
6,372
Reaction score
1,757
Points
151
Ngeri Betui........... Nasib baik tak kena cancer kulit....... Org giler ni macam2
 

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
8,418
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,418
Reaction score
1,078
Points
151
Kalau dr yang suntik ok lah. Ni tah sape2.

Nak cucuk vaksin pun kene yang tahu. Vaksin masuk ke otot, bukan ke urat.
Kalau ke urat, boleh sebabkan blood clot.
 
Sponsored Post

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register