BTC USD 37,287.5 Gold USD 1,797.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

π™°πš‘πš•πš’ π™ΏπšŠπšœ πš™πšŽπš›πš•πšž 𝚊𝚍𝚊 πš’πš•πš–πšž πšπšŠπš—πšπš”πš’πšœ πšπš’πšπš—πšŠπš‘ πš–πšžπšœπšžπš‘ – π™Όπš˜πš‘πš π™½πš˜πš›

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
MGF08092018_PC-PAKATAN-EKONOMI-DAN-DAKWAH-NGO01.jpg


Mohd Nor Hamzah

KUALA LUMPUR – Pas mempersiapsiagakan ahli dan penyokongnya dengan segala isu bagi memudahkan mereka menjawab dan menangkis serangan fitnah dari musuh parti.
Justeru, Bendahari Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, dengan persiapan itu, tugas mereka nanti ialah mencipta kandungan dan pengisian dalam media baharu untuk mempertahankan setiap kerusi dimenangi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

β€œKita minta semua ahli dan penyokong Pas mengambil bahagian dalam menjawab dan menerangkan semua persoalan berkaitan isu yang melanda di samping menangkis setiap serangan musuh.
β€œFitnah yang dilemparkan kepada Pas boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan.β€œKita bersedia dengan fitnah yang mengelirukan ini kerana ia akan melahirkan pembohongan yang mencetuskan kejahatan khabar angin, propaganda dan adu domba,” katanya di Setiu, Terengganu hari ini.

Menurut Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, fitnah yang gagal dijawab, akan menyebabkan berlaku perpecahan, perbalahan dan β€˜peperangan’ yang besar pada akhir zaman ini.Oleh itu, katanya, petugas dakwah dan siasah kini menghadapi satu zaman yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan dalam menghadapi krisis yang kritis ini.
β€œSekarang adalah satu zaman yang dikatakan sebagai zaman β€˜langit terbuka’ dan manusia tidak lagi melihat ke atas, melihat kepada tuhan, lupa kepada Allah.
β€œOleh itu, semua perlu bergabung untuk membina imej pemimpin untuk menggambarkan kehebatan Pas dan kerajaan Terengganu,” katanya. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,375
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,375
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Kene upgred upah mujahidtrooper
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register