BTC USD 34,705.4 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

𝙰𝙿𝙼 πšƒπšŽπš›πšŽπš—πšπšπšŠπš—πšž πš”πšŽπšœπšŠπš• πšœπš’πš”πšŠπš™ πšπšŽπšπš’πš• πš™πšŽπš—πšπšžπš—πš“πšžπš—πš πšπšŽπš—πšπš˜πš” πšŠπš’πš› πš™πšŠπšœπšŠπš—πš πš‹πšŽπšœπšŠπš›

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
051221-trg-apm-degil.jpeg


ANTARA pengunjung yang datang bersama kanak-kanak bagi menyaksikan fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI


KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu kesal dengan sikap degil orang ramai yang masih berkunjung ke Pantai Seberang Takir di sini semata-mata untuk menyaksikan fenomena air pasang besar. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, lebih memburukkan keadaan apabila ada ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak kecil mereka duduk di kawasan berbatu di situ tanpa memikirkan soal keselamatan.

Katanya, tindakan itu berisiko mengancam nyawa mereka susulan ketinggian ombak yang boleh mencecah hingga 2.9 meter sepanjang tempoh fenomena berkenaan berlaku hingga 13 Disember.
β€œSudah berulang kali kita nasihatkan orang ramai menjauhi kawasan pantai, namun masih ada juga yang datang ke sini termasuk pelancong dengan alasan tertarik melihat ombak yang luar biasa tinggi.

β€œSedangkan tindakan itu amat berbahaya kerana segelintirnya yang turut membawa kanak-kanak ke kawasan berisiko ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, semalam.Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lokasi berkenaan dipenuhi deretan kenderaan pengunjung termasuk pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Rosman berkata, tiada kes jangkitan Covid-19 dikesan di kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah sejak kelmarin.
Katanya, hasil ujian saringan awal yang dikendalikan kakitangan Jabatan Kesihatan negeri terhadap mangsa-mangsa banjir mendapati mereka sihat tanpa sebarang gejala.-UTUSAN ONLINE


 

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register