BTC USD 36,018.7 Gold USD 1,813.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral π™°π™°π™³π™Ί πš”πšŽπš—πšŠπš• πš™πšŠπšœπšπš’ 𝟷𝟻𝟻 πš™πš˜πš›πš πšπšŠπšπšŠπš‘ πš‹πšŽπš›πš’πšœπš’πš”πš˜ πšπš’πš—πšπšπš’

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
AADK-lokasi-panas-re.jpg


MUHAMAD SADE MOHAMAD


PETALING JAYA: Rumah flat, setinggan, bangunan terbiar dan tepi sungai antara lokasi panas atau β€˜port’ penagih yang dikenal pasti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.Sehingga kini, sebanyak 155 kawasan berisiko tinggi (KBT) yang dalam usaha untuk menghijaukan lokasi tersebut daripada penyalahgunaan dadah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, sebanyak 17 β€˜port’ penagihan dadah dikesan di Johor diikuti Terengganu dan Kelantan masing-masing 15 lokasi panas.
Katanya, dapatan itu berdasarkan tangkapan dan kajian yang dijalankan AADK sejak 2020 hingga September lalu.

β€œSelain itu, kita mendapati latar belakang penagih ini adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang kebanyakannya tinggal di kediaman seperti flat, rumah setinggan dan seumpamanya.β€œKawasan rumah yang sempit selain kurangnya pemerhatian daripada ibu bapa bermula dengan melepak dengan rakan-rakan yang mula mengajak mencuba dadah secara suka-suka sehinggakan ketagih” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Muhamad Sade, ada juga individu daripada keluarga berpendapatan tinggi turut terjebak dengan penyalahgunaan dadah, namun sukar dikesan.Jelasnya, golongan ini selalunya mendapatkan khidmat rawatan daripada Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) bagi mendapatkan rawatan.Dalam pada itu, menurut Muhamad Sade, pihaknya menyasarkan tahun 2025 bagi menghijaukan sepenuhnya lokasi-lokasi yang dikenal pasti tersebut.

Bagaimanapun , ujar beliau, selain operasi daripada AADK, pihaknya turut bekerjasama dengan 15 agensi berkaitan dalam usaha memerangi dadah di negara ini.β€œAntaranya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi kerajaan bagi membersihkan kawasan yang tercemar dengan penyalahgunaan dadah.

β€œContohnya seperti di tepi-tepi Sungai Gombak di ibu negara yang dulu kita tahu menjadi port penagih kini antara lokasi tarikan pelancong dengan suasana baharu,” kata beliau. – UTUSAN

 

Similar threads

CG Sponsors




Top
Log in Register