BTC USD 49,775.0 Gold USD 1,690.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

 Tarif air: Jelas Umno BN khianati rakyat

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya
.

Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara,” ujarnya.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu.

Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti.

“Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?” soalnya.

Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas.

“Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.

“Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan,” ujarnya lagi.

Sumber

--------
Nak sokong kerajaan pusat yg nak naik tarif air ke atau kerajaan negeri yg hendak bagi rakyat kesenangan dgn tarif air yg rendah?

Ada otak sendiri pikir.
 
Sponsored Post

niedzal

Active+ Member
Joined
Mar 6, 2007
Messages
2,686
Reaction score
15
Points
25
aku sokong kerajaan pusat yg naikkan tarif air tu di tukarkan dgn segera... menyusahkan rakyat je.
 

NtahApa2Ntah

Fun Poster
Joined
Aug 31, 2009
Messages
376
Reaction score
2
Points
20
Sokong..Hidup Air..hahahaha..dah lama gaks rasanya x byr bil air...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
tang johor nie lagilah..simpanan air terbesar adalah kat gunung sumalayang..tapi akhirnya gie singapore...:)) :))

rakyat dipaksa bayar tarif yng naik nie...
 

jsix

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
syabas punya tokey belum cukup duit lagi ker?
gaji dh lebih rm400k sebulan masih tk cukup lagi ke?
Tan Sri Rozali nk bawak ke mana duit banyak2 tu?
 

danx

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2010
Messages
5,709
Reaction score
5
Points
65
bbbaaaannngggsseeeettt nak naik lgi ker......
Buuuuduuuuusssssssssss
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
syabas punya tokey belum cukup duit lagi ker?
gaji dh lebih rm400k sebulan masih tk cukup lagi ke?
Tan Sri Rozali nk bawak ke mana duit banyak2 tu?
tak cukup lagi tu. kalau boleh nak berbillion2 RM.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register