⚽ UEFA Europa League 2019/2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376


It's #UEL time!
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376


UNAI Emery​

Emery menghitung hari di Arsenal


PARIS: Masa depan Unai Emery bersama Arsenal tiba ke detik penentuannya hari ini selepas Gunners kalah 1-2 di tangan Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Europa, pagi tadi.

Arsenal kini mengalami tujuh kekalahan dalam aksi berkenaan iaitu keputusan terburuk mereka sejak 1992.

"Positif tetapi semuanya realistik. Kami terlepas peluang malam ini untuk menang perlawanan ini,” kata Emery kepada BT Sport.

Gol babak kedua oleh pemain midfield Jepun, Daichi Kamada membantu wakil Jerman itu menang selepas kapten Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang memecah kebuntuan pada hujung babak pertama di Stadium Emirates yang separuh penuh.

Penyokong Arsenal yang berang dengan prestasi buruk bangun membawa kain rentang dengan tulisan 'Emery Out'.

Aubameyang meledak gol pertama sebelum rehat untuk merakam gol kesembilan dirinya dalam 14 aksi setakat ini.

Namun Kamada menyamakan kedudukan 10 minit kemudian sebelum menambah jaringan kedua pada minit ke-64 menerusi rembatan deras sekali gus memaksa Arsenal menerima kekalahan pertama di gelanggang sendiri dalam kempen itu.

Begitupun Arsenal masih berpeluang mara ke peringkat 32 terbaik jika mereka seri dengan Standard Liege dalam perlawanan 12 Disember ini.

Dalam pada itu, juara Scotland, Celtic menduduki tangga teratas Kumpulan E selepas menang 3-1 ke atas Rennes manakala Wolves turut melangkah ke pusingan kalah mati meskipun seri 3-3 menentang Braga dalam Kumpulan K.

Rangers pula seri 2-2 di gelanggang Feyenoord untuk menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan satu mata di depan Young Boys.

Terdahulu, bintang Roma, Lorenzo Pellegrini terkena lontaran syiling di kepala ketika membantu pasukannya menghidupkan peluang dengan kejayaan 3-0 mengatasi Istanbul Basaksehir.

Kepala Pellegrini terpaksa dibalut selepas terkena beberapa duit syiling sejurus Jordan Veretout, Justin Kluivert dan Edin Dzeko membocorkan gawang tuan rumah.

Roma menghidupkan peluang selepas pendahulu kumpulan Borussia Moenchengladbach, menewaskan wakil Austria, Wolfsberg 1-0 manakala wakil Turki itu ketinggalan satu anak tangga dengan mengutip tujuh mata.

Juara Kazakhstan, Astana bangkit mengejutkan pemain muda Manchester United 2-1. Meskipun kalah, United sudah menempah slot ke pusingan kalah mati.

Kapten United, Jesse Lingard membuka jaringan sebelum Dmitri Shomko menyamakan kedudukan.

Di'Shon Bernard, 19, muncul petualang apabila menjaringkan gol sendiri membolehkan Astana menang perlawanan menentang lawan yang rata-rata berusia 22 tahun.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer melakukan 11 perubahan dalam kesebelasannya berbanding pasukan yang seri menentang Sheffield United dengan memasukkan pemain muda, Ethan Laird, Dylan Levitt dan Bernard.

Solskjaer berkata, beberapa muka baru itu diberi peluang sebagai persiapan menentang Alkmaar pada aksi terakhir kumpulan pada 12 Disember ini.

"Pada satu ketika, kami bermain cemerlang tapi kami membenarkan mereka bangkit. Itu membawa kami berdepan kehampaan.” katanya.

"Pemain muda ini mempelajari banyak perkara dan memberi saya gambaran untik difikirkan. Saya puas hati dengan mereka.”

Dalam pada itu, Shomko, bangga memberitahu UEFA.com bahawa aksi itu akan kekal di memorinya.

"Saya akan beritahu cucu saya, ‘kamu tahu tak saya menjaringkan gol ketika melawan Manchester United’.

“Tidak penting siapa yang menjaringkan gol. Yang penting kami sudah memenanginya,” katanya. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376


Bos sementara Arsenal, Freddie Ljungberg akan memimpin Gunners ke kelompok 32 terakhir. - Foto Reuters
Arsenal, Rangers mahu teruskan kemaraan


PARIS: Naib juara musim lalu Arsenal dan skuad kendalian Steven Gerrard, Rangers kini memberi tumpuan kepada pusingan kalah mati Liga Europa awal pagi Jumaat ini dengan 19 kelab bersaing merebut 11 tempat terakhir.

Bos sementara Arsenal, Freddie Ljungberg akan memimpin Gunners ke kelompok 32 terakhir selepas Unai Emery dipecat apabila kalah 2-1 bulan lalu di tangan Eintracht Frankfurt.

Kemenangan 3-1 Isnin lalu mengatasi West Ham menamatkan rekod terburuk kelab itu sejak 1977 dan Arsenal hanya memerlukan satu mata di Standard Liege dekat Belgium untuk mara dari Kumpulan F.

Rangers terlepas peluang meraih kejuaraan utama dalam tempoh hampir sedekad hujung minggu lalu selepas tewas 1-0 di tangan Celtic pada final Piala Liga Scotland.

Rangers mendahului Kumpulan G dan akan mara jika mengelak kekalahan kedua dalam kejohanan itu ketika berdepan juara Switzerland, Young Boys.

“Kami ada perlawanan besar Khamis ini dan tiada perlawanan lain lebih sesuai untuk bangkit,” kata Gerrard.

“Kami perlu mengatasinya, mengingatinya dan bersedia untuk memberikan diri kami satu lagi peluang. Persembahan seperti itu akan membawa kami ke tempat yang kami sasarkan.

“Ia mungkin masih terlalu awal tetapi keutamaan kami ialah bola sepak. Kami akan menderita tetapi kami akan bangkit.” - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376


Final #UEL group stage round!
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376


Keputusan Liga Europa


PARIS: Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Europa yang berlangsung, awal pagi tadi.

Kumpulan A
APOEL (CYP) 1 (Savic, m61) Sevilla (ESP) 0
Qarabag (AZE) 1 (Gueye, m90) Dudelange (LUX) 1 (Bougrine, m63)

Kumpulan B
FC Copenhagen (DEN) 0 Malmo (SWE) 1 (Papagiannopoulos, m 77-og)
Dynamo Kiev (UKR) 1 (Tsygankov, m90+4) Lugano (SUI) 1 (Aratore, m45)

Kumpulan C
FC Basel (SUI) 2 (Widmer, m22, Stocker, m72) Trabzonspor (TUR) 0
Getafe (ESP) 3 (Cabrera, m76, Molina, m78, Kenedy, m86) Krasnodar (RUS) 0

Kumpulan D
LASK Linz (AUT) 3 (Trauner, m23, Klauss, m38-pen, Raguz, m90+3) Sporting Lisbon (POR) 0
PSV Eindhoven (NED) 1 (Ihattaren, m63) Rosenborg (NOR) 1 (Helland, m22)

Kumpulan E
CFR Cluj (ROM) 2 (Burca, m49, Djokovic, m70) Celtic (SCO) 0
Rennes (FRA) 2 (Gnagnon, m31, 87) Lazio (ITA) 0

Kumpulan F
Standard Liege (BEL) 2 (Bastien, m47, Amallah, m69) Arsenal (ENG) 2 (Lacazette, m78, Saka, m81)
Eintracht Frankfurt (GER) 2 (Da Costa, m31, Kamada, m38) Vitoria Guimaraes (POR) 3 (Rochinha, m8, Al Musrati, m85, Edwards, m87)

Kumpulan G
Rangers (SCO) 1 (Morelos, m30) Young Boys (SUI) 1 (Barisic, m89-og)
Porto (POR) 3 (Luis Díaz, m14, Malacia, m16-og, Soares, m34) Feyenoord (NED) 2 (Botteghin, m19, Larsson, m22)

Kumpulan H
Espanyol (ESP) 0 CSKA Moscow (RUS) 1 (Vlasic, m84)
Ludogorets (BUL) 1 (Lukoki, m24) Ferencvaros (HUN) 1 (Signevich, m90+5)

Kumpulan I
Wolfsburg (GER) 1 (Paulo Otávio, m52) Saint-Etienne (FRA) 0
Gent (BEL) 2 (Depoitre, m7/16) Olexandriya (UKR) 1 (Miroshnichenko, m54)

Kumpulan J
Borussia Moenchengladbach (GER) 1 (Thuram, m33) Istanbul Basaksehir (TUR) 2 (Kahveci, m44, Crivelli, m90+1)
Roma (ITA) 2 (Perotti, m7-pen, Dzeko, m19) Wolfsberg (AUT) 2 (Florenzi, m10-og, Weissman, m64)

Kumpulan K
Wolves (ENG) 4 (Diogo Jota, m58/63/69 Dendoncker, m67) Besiktas (TUR) 0
Slovan Bratislava (SVK) 2 (Sporar, m42, Rharsalla, m70) Braga (POR) 4 (Rui Fonte, m44 Francisco, m72 Bozhikov, m75-og, Paulinho, m90+3)

Kumpulan L
Manchester United (ENG) 4 (Young, 53, Greenwood, m58/64, Mata, m62-pen) AZ Alkmaar (NED) 0
Partizan Belgrade (SRB) 4 (Soumah, m4, Sadiq, m22/76, Asano, m26) Astana (KAZ) 1 (Rotariu, m79)

- AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376


Aksi pemain Wolverhampton, Diogo Jota (kiri) ketika bertemu Besiktas pada Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto REUTERS



Pemain Istanbul Basksehir, Enzo Crivelli (kanan) menumpaskan penjaga gol Borussia Moenchengladbach untuk gol kedua pasukannya pada perlawanan Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto REUTERS




Pemain Feyenoord, Leroy Fer cuba dihalang pemain FC Porto, Moussa Marega pada aksi saingan Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Wolves lakar kejutan, Gladbach, Lazio tersingkir


PARIS: Diogo Jota keluar daripada bangku simpanan untuk meledak hatrik ketika Wolves menewaskan Besiktas 4-0 di Molineux dan mara ke peringkat kalah mati Liga Europa dengan bergaya, awal pagi tadi.

Kelab Liga Perdana, Wolves tampak bergelut untuk memecah gawang wakil dari Turki itu tetapi kemasukan Jota sebelum sejam perlawanan berlangsung mengubah rentak permainan.

Selepas membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-57, Jota meledak gol keduanya pada minit ke-63 sebelum Leander Dendoncker menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-67.

Jota yang juga pemain kelahiran Portugal melengkapkan hatriknya pada minit ke-68.

Begitupun, kemenangan Braga 4-2 ke atas Slovan Bratislava bermakna Wolves terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Kumpulan K selaku naik juara dan ketinggalan satu mata di belakang kelab Portugal itu.

Sementara itu, kejutan berlaku dalam Kumpulan J apabila wakil Jerman, Borussia Moenchengladbach tewas 2-1 kepada kelab Turki, Basaksehir pada perlawanan terakhir dengan kelab Itali, AS Roma mengambil mengesahkan kemaraan selepas seri 2-2 dengan Wolfsberger.

Kekalahan menyaksikan Moenchengladbach menamatkan saingan di tangga ketiga dengan lapan mata, ketinggalan satu mata di belakang Roma dengan Basaksehir muncul juara kumpulan.

Turut tersingkir adalah wakil Itali, Lazio selepas tewas 2-0 kepada kelab Perancis, Rennes yang bermakna kelab dari Romania, CFR Cluj yang mengalahkan juara Kumpulan E, Celtic 2-0 di gelanggang sendiri menempatkan diri ke peringkat 32 terakhir.

Kelab Sweden, Malmo FF memenangi aksi tetangga Scandinavia menentang FC Copenhagen 1-0 sekali gus mengungguli Kumpulan B dengan Dynamo Kiev yang mengalami kekalahan mengejutkan 1-0 di laman sendiri kepada Lugano tersingkir.

Dalam Kumpulan G, Rangers terpaksa bergelut apabila jaringan sendiri Borna Barisic menyaksikan Young Boys mengikat mereka 1-1 di Ibrox dengan Porto menjuarai peringkat kumpulan selepas menang 3-2 menewaskan Feyenoord. - Agensi


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,502
Reaction score
11,121
Points
2,376
Undian Pusingan Kalah Mati Europa League 2019/2020

Isnin
16 Disember
8 PM
819
 
Sponsored Post
Top
Log in Register