⚽ UEFA Europa Conference League 2021/2022

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,367
Reaction score
8,761
Points
2,226

The UEFA Europa Conference League is a planned annual football club competition, starting in 2021, by UEFA for eligible European football clubs. Clubs will qualify for the competition based on their performance in their national leagues and cup competitions. It will be the third tier of European club football, after the Champions League and the Europa League, after which it takes its name.

The competition is scheduled to run from the 2021–22 season, and will serve as the bottom level of the existing UEFA Europa League competition, which is due to be reduced to 32 teams in the group stage. The competition will primarily be contested by teams from lower-ranked UEFA member associations.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,367
Reaction score
8,761
Points
2,226
List Of Champion

2021 -
2022 -
2023 -
2024 -
2025 -

Most Successfull Team

1.
2.
3.

Most Final Appearance

1.
2.
3.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,367
Reaction score
8,761
Points
2,226

MEMPERKENALKAN, UEFA EUROPA CONFERENCE LEAGUE!

Ada yang telah mengetahui bahawa awal pagi tadi, UEFA telah mengumumkan kejohanan ketiga kelab mereka iaitu UEFA Europa Conference League.

Tapi bagaimana kejohanan ini akan dimainkan?

Ayuh kita bincangkan hari ini.

Idea untuk menubuhkan kejohanan ketiga kelab Eropah ini sebenarnya telahpun diusulkan sejak 2015 lagi.

Selepas melalui pelbagai proses perbincangan dan penilaian, akhirnya UEFA memutuskan untuk menganjurkan kejohanan sedemikian bermula pada musim 2021-22.

Kepada yang sempat menonton UEFA Cup Winners Cup - satu kejohanan yang pernah dianjurkan UEFA satu ketika dahulu untuk menghargai juara-juara piala domestik dalam negara-negara Eropah, ia hampir sama dengan konsep UEFA Europa Conference League ini cuma bukan semua pasukan yang akan menyertai Europa Conference League ini juara piala. Ada juga yang akan menyertai kejohanan ini berdasarkan kedudukan mereka dalam liga.

Kejohanan ini mahu terus membantu negara-negara yang lebih rendah dalam kejohanan kelab UEFA.

Dengan kejohanan ini dijadualkan bermula pada musim 2021-22, bermaksud penentuan pasukannya akan diambil pada musim 2020-21 iaitu pada musim hadapan.

Kita tak akan bercerita berkenaan semua kelab negara yang akan bertanding dalam kejohanan ini.

Kita akan membincangkan proses kelayakan dari empat liga utama Eropah sahaja.

*Lagipun takkan abang tetiba nak cerita pasal liga Kazakhstan atau Luxembourg. Mana ada rakyat Malaysia yang layan.

Baik, kita mulakan dengan bilangan pasukan dahulu.

Dengan penubuhan UEFA Europa Conference League (UECL) ini, bilangan pasukan dalam UEFA Europa League (UEL) akan berkurang dari 48 pasukan di peringkat kumpulan kepada hanya 32 pasukan sahaja selepas ini.

UECL juga akan disertai oleh 32 pasukan.

Berbeza dengan UEFA Champions League (UCL) dan UEL, kedua-dua kejohanan ini mempunyai allocation slot secara automatik kepada pasukan-pasukan liga utama.

Tiada slot automatik dalam UECL. Kesemua pasukan mesti bermain dalam kelayakan.

Untuk empat liga terbaik Eropah (bergantung kepada UEFA coefficient setiap tahun), pasukan keenam terbaik akan layak ke pusingan playoff UECL ini.

32 pasukan yang menang dalam pusingan playoff akan layak ke peringkat kumpulan UECL.

Berbeza dengan UCL dan UEL, dalam peringkat kumpulan UECL, hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke peringkat kalah mati UECL.

Ada 16 pasukan akan beraksi dalam pusingan kalah mati.

Jadi bagaimana nak menentukan lapan lagi pasukan?

Lapan baki pasukan kalah mati UECL akan ditentukan antara lapan naib juara kumpulan dan lapan tempat ketiga peringkat kumpulan UEL.

Jadi UEL pun ada konsep 'turun liga' macam UCL selepas ini, sama seperti tempat ketiga UCL turun ke UEL.

16 pasukan yang telah ditentukan itu akan bermain di peringkat kalah mati seperti biasa (pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan akhir).

Juara UECL akan layak secara automatik ke UEL musim seterusnya.

Setakat ini begitulah asas UECL ini, bergantung kepada sebarang perubahan lain.

Korang okey ke dengan kejohanan baharu dari UEFA ini?


 
Sponsored Post
Top
Log in Register