⚽ UEFA Champion League 2019/2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,456
Reaction score
11,363
Points
2,376

IMBASAN

Belia 4B Arsenal tumbangkan juara bertahan di San Siro

AC Milan sedang mengecapi saat terbaik mereka apabila memenangi UCL kali ke 7 musim sebelumnya, dan menutup tirai 2007 dengan menjuarai Piala Kelab Dunia. Playmaker Brazil, Ricardo Kaka adalah pemain terbaik dunia dan itulah saat dimana masyarakat bolasepak dunia menikmati era bolasepak meraikan kepelbagaian sebelum bermulanya duopoli Ronaldo-Messi.

Bergerak ke hadapan siapa sangka AC Milan gagal menjadi pasukan sebaik itu pada hari ini, begitu juga Arsenal. Usai final 2006, Wenger mula berealisasi untuk memenangi UCL saat dimana skuad Invincibles berada di penghujung era mereka dan bermulanya era Emirates Stadium. Malangnya 2 pasukan yang menarik untuk disaksikan kini hanyalah lipatan sejarah dan turut gagal mengekalkan dominasi top 3 dan top 4 mereka dan tidak mampu lagi bersaing dalam UEFA Champions League.

Aksi pertama di Emirates berkesudahan seri 0-0, ramai meramalkan Milan akan mengganas di lubuk mereka dalam pertemuan kedua kelak. Malangnya itu tidak terjadi, sebaliknya Gunners melakar kejutan dengan menumbangkan Milan 2-0. Menjadi pasukan Inggeris pertama mengalahkan Rossonerri di laman sendiri. Sebenarnya ini bukan kali pertama Arsenal mengganas di lubuk lawan, Mereka pernah membelasah Internazionale Milan 5-1 di Giuseppe Meazza (nama lain San Siro) pada era Henry. Lain macam penangan Arsenal bila main di kota Milan ini.

Perlawanan dilihat hampir berkesudahan 0-0 dan membawa ke extra time, entah mengapakah magic Milan gagal menjelma dan perlawanan ini dilihat bosan. Tapi siapa sangka tiba-tiba saja San Siro disenyapkan apabila rembatan Cesc Fabregas dari luar kotak penalti menumpaskan Zeljko Kalac di gawang gol.

Tidak cukup dengan itu, Emmanuel Adebayor menambah garam ke luka apabila kemas menolak masuk hantaran lintang Theo Walcott dari sebelah sayap kanan. Nampaknya kelajuan Arsenal dalam melakukan serangan bukan tandingan buat Milan. Kakha Kaladze dan Paolo Maldini menjadi 'Buta Permainan' apabila berhadapan Theo walcott.

Lihat Line Up ini, sungguh berani Wenger menurunkan belia remaja menentang Milan yang jauh berpengalaman. Rata-rata skuad mereka berusia 21 tahun ke bawah dan Milan pula 30 keatas.

AC Milan: Kalac, Maldini, Kaladze, Nesta, Oddo, Ambrosini, Pirlo, Gattuso, Alexandre Pato, Kaka, Inzaghi (Gilardino 69).
Subs Not Used: Fiori, Emerson, Simic, Favalli, Gourcuff, Bonera.

Booked: Inzaghi, Kaka, Pirlo.

Arsenal: Almunia, Clichy, Senderos, Gallas, Sagna, Diaby, Fabregas, Flamini, Eboue (Walcott 71), Hleb (Silva 89), Adebayor.
Subs Not Used: Lehmann, Van Persie, Denilson, Bendtner, Justin Hoyte.

Booked: Hleb, Eboue, Clichy.

Goals: Fabregas 84, Adebayor 90.

Agg: (0-2)

Att: 81,879

Ref: Konrad Plautz (Austria).

Ramai menjangkakan skuad muda berbakat Arsenal ini bakal menggegar Eropah untuk 5 tahun akan datang, malangnya itu tidak terjadi. 08-09 adalah musim terbaik mereka dengan layak ke separuh akhir sebelum disekat Man Utd 4-1. Selepas itu mereka seakan-akan dilanda sumpahan, didalam liga kerap mengisi tempat ke-4, dalam UCL pula sekadar layak ke 16 terakhir sebelum dibelasah.

Fabregas, berimpian memenangi UCL bersama Barca menyertai Blaugrana itu pada 2011, tetapi gagal menjulang trofi UCL di sana. Kembali semula ke London bersama Chelsea yang sudah tentu mengundang kemurkaan warga London Utara. Kini di Monaco.

Fabregas yang free spirited di Arsenal tidak sama dengan Fabregas di Barca, Chelsea dan Monaco. Di Arsenal meskipun dia tidak memenangi liga dan UCL tetapi dia mencipta nama di sana dan menjulang Piala Eropah dan Piala Dunia hasil peluang dan kepercayaan yang diberi oleh Arsenal.

Yang Benar,
#ApostolosVelios

Eksklusif hanya di Info EFL Championship
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,456
Reaction score
11,363
Points
2,376
STATISTIK 🌻 | Haaland, Liverpool dan José: Statistik Menarik Dari Saingan UEFA Champions League 📊

Saingan Champions League telah kembali pada minggu ini dan kita telah disajikan dengan empat perlawanan yang menarik.

Berikut merupakan antara statistik yang mencuri tumpuan dalam saingan champions league peringkat 16-akhir ...

🌟 Erling Braut Haaland merupakan pemain muda pertama yang berjaya menjaringkan 10 gol dalam satu musim bagi saingan Champions League.

🌟 Liverpool merupakan salah satu pasukan yang paling banyak tewas ketika beraksi di tempat lawan (bersama pasukan Crvena Zvezda) dengan jumlah enam kekalahan sejak bermulanya musim 2018/19.

🌟 Paris Saint-Germain telah tewas dalam 5 dari 6 perlawanan terakhir bagi peringkat 16-akhir saingan Champions League.

🌟 Selepas tewas ketika menentang RB Leipzig, José Mourinho kini telah tewas dalam 3 dari 17 perlawanan pertama di halaman sendiri bagi peringkat kalah mati.

🌟 Hanya Antoine Griezmann (6) sahaja yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol buat Atlético Madrid dalam peringkat kalah mati berbanding Saúl Ñíguez (5).

🌟 Kesemua 7 gol pertama Timo Werner dalam saingan Champions League hadir ketika dia beraksi di tempat lawan.

🌟 10 gol pasukan Atalanta pada musim ini telah dijaringkan oleh 9 pemain yang berbeza - tiada pasukan lain yang mempunyai bilangan penjaring gol yang lebih banyak.

🌟 Valencia hanya menjaringkan 1 gol walaupun telah membuat 18 percubaan, iaitu jumlah percubaan yang lebih tinggi berbanding kelab lain dalam perlawanan pertama peringkat 16-akhir.

✍🏼 : #Apisssssssssss
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,456
Reaction score
11,363
Points
2,376
In the light of developments due to the spread of COVID-19 in Europe and related decisions made by different governments, all UEFA club competitions matches scheduled next week are postponed.

UEFA Champions League and UEFA Europa League quarter-final draws have also been postponed.

Full statement: 👇

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,456
Reaction score
11,363
Points
2,376

Saja je ungkit kisah lama.

"Welcome to Anfield!"
 
Sponsored Post
Top
Log in Register