⚽ UEFA Champion League 2019/2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
Chelsea in Munich: UCL winners in 2012, last 16 in 2020 📍

Liverpool in Madrid: UCL winners in 2019, last 16 in 2020 📍

Familiar territory 🏆
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226

Diego Costa 'sets target of knocking Liverpool out of the Champions League' at Anfield as he battles for fitness ahead of last-16 tie
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
📅 2018 Champions League QF
Barcelona 4-1 Roma
Roma 3-0 Barcelona

📅 2019 Champions League SF
Barcelona 3-0 Liverpool
Liverpool 4-0 Barcelona

Ernesto Valverde's Barcelona are the only team in Champions League history to lose a 3-0 aggregate lead twice...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
Douglas Costa has set his sights on winning the #UCL at Juventus.

"The club's ambition is to win the Champions League, which is why I came to Turin to live this crazy adventure of winning the Champions League."
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
Yannick Carrasco has scored as many Champions League final goals (1) as:

🇧🇷 Neymar
🇸🇳 Sadio Mané
🇨🇮 Didier Drogba
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Steven Gerrard
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Frank Lampard
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Wayne Rooney
🇫🇷 Zinédine Zidane

Now he’s back at Atleti
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
Yannick Carrasco was the first Belgian player to score a goal in a Champions League final.

Then Divock Origi came along. 🇧🇪
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
STATISTIK 🌻 | Erling Braut Haaland mencipta rekod baru selepas menjadi pemain terpantas untuk menjaringkan 10 gol dalam saingan UEFA Champions League, hanya dalam 7 perlawanan - sekaligus mengatasi rekod Adriano, Sadio Mané dan Roberto Firmino yang memerlukan 11 perlawanan untuk mendapatkan 10 gol.

Adakah Haaland merupakan pemain penyerang terbaik dunia buat masa ini?

Sumber : Sky Sports Statto
✍🏼 : #Apisssssssssss
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
STATISTIK 🌻 | Sejak Diego Simeone dilantik sebagai pengurus pasukan Atlético Madrid, mereka telah berjaya mengumpul jumlah clean sheet tertinggi dalam saingan UEFA Champions League ⛔

38 - Atlético de Madrid
36 - FC Barcelona, FC Bayern München
34 - Juventus, Real Madrid C.F.

Sumber : Sky Sports Statto
✍🏼 : #Apisssssssssss
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
TRIVIA 🌻 | RB Leipzig dan Atalanta Bergamasca Calcio melakar sejarah dalam perlawanan awal pagi tadi 💯

Perlawanan pertama dalam peringkat kalah mati bagi saingan Champions League ✅

Kemenangan pertama dalam peringkat kalah mati bagi saingan Champions League ✅

Dua team underdog yang hebat 👍

✍🏼 : #Apisssssssssss
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,352
Reaction score
9,820
Points
2,226
TRIVIA 🌻 | 5 Pemain Muda Yang Pernah Menjaringkan Hat-Trick Di Pentas UEFA Champions League

Champions League merupakan kejohanan tertinggi bagi dalam persaingan antara kelab-kelab bola sepak Eropah, dan kita telah melihat banyak pemain muda mula menaikkan nama mereka dalam karier bola sepak sepanjang beraksi di kejohanan terbesar Eropah ini.

Dalam musim ini sahaja, kita telah melihat beberapa pemain muda beraksi dengan cemerlang, dengan dua pemain wonderkids yang telah bermain dengan baik dalam musim ini berada dalam senarai ini, selepas berjaya menjaringkan hat-trick buat kelab masing-masing.

Berikut merupakan senarai 5 pemain muda yang pernah menjaringkan hat-trick di dalam saingan Champions League ...

1- Raul - Real Madrid vs Ferencvaros (18 Oktober 1995)

Pemain ikon Real Madrid ini telah menjaringkan hat-trick ketika dia baru sahaja berumur 18 tahun dan 114 hari ketika menentang kelab Hungary, Ferencvaros pada Oktober 1995.

Hat-trick dari pemain bintang Sepanyol ini telah membantu kelab gergasi La Liga itu mendapatkan kemenangan 6-1 di the Bernabue. Raul telah mencipta rekod selepas berjaya menjaringkan 71 gol dalam saingan Champions League - dan hanya Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sahaja yang mempunyai bilangan gol yang lebih banyak darinya.

Raul telah menjulang trofi Champions League sebanyak tiga kali sepanjang karier hebatnya bersama Real Madrid, di mana dia juga telah menjaringkan gol dalam aksi final dalam tahun 2000 dan 2002 ketika berdepan Valencia dan Bayer Leverkusen.

2- Yakubu - Maccabi Haifa vs Olympiacos (24 September 2002)

Bekas pemain penyerang Portsmouth, Middlesbrough dan Everton, Yakubu telah menjaringkan hat-trick buat kelab Israel, Maccabi Haifa ketika menentang Olympiacos dalam fasa peringkat kumpulan bagi musim 2002/03.

Dalam musim yang sama, pemain berumur 19 tahun ini telah menjaringkan gol kemenangan ketika berdepan pasukan Manchester United, dan telah menarik minat kelab-kelab Inggeris untuk mendapatkannya, sebelum membuat keputusan untuk menyertai Portsmouth pada tahun berikutnya.

Pemain penyerang ini telah bermain dengan baik dalam bola sepak Inggeris, selepas hanya Didier Drogba dan Emmanuel Adebayor sahaja merupakan pemain Afrika yang mempunyai jumlah gol yang lebih banyak darinya. Yakubu tidak pernah kembali bermain di Champions League selepas meninggalkan kelab Maccabi Haifa.

3- Wayne Rooney - Manchester United vs Fenerbahce (28 September 2004)

Jaringan hat-trick dari Rooney merupakan salah satu jaringan hat-trick paling ikonik dalam sejarah Champions League.

Pemain berumur 18 tahun ini telah menjadi hero buat pasukan Manchester United selepas menjaringkan hat-trick dalam perlawanan pertamanya dalam saingan ini.

Rooney tidak menunggu lama sebelum menunjukkan kehebatannya selepas baru sahaja berpindah dari pasukan Everton, dengan menunjukkan permainan berkualiti tinggi persis seorang pemain senior.

Tidak banyak pemain lain yang dapat memberikan impak besar seperti Rooney, selepas pemain itu menjadi salah satu pemain penyerang terbaik buat pasukan kelab dan negaranya, di mana dia telah memenangi beberapa kejohanan termasuk saingan Champions League edisi 2008.

4- Erling Braut Haaland - Red Bull Salzburg vs Genk (17 September 2019)

Dalam setiap tahun, pasti ada satu pemain muda yang akan memberikan impak besar buat kelabnya, dan dalam musim ini kita dapat melihat kemunculan pemain muda berbakat besar dari Norway, Erling Haaland.

Pemain berumur 19 tahun ini telah bermain dengan cemerlang bersama kelab Austria, RB Salzburg, di mana dia berjaya menjaringkan 28 gol dalam semua kejohanan dalam separuh perjalanan musim ini termasuk lapan jaringan gol dalam peringkat kumpulan bagi saingan Champions League.

Sama ceritanya dengan Rooney, Haaland juga telah menjaringkan hat-trick dalam perlawanan pertamanya ketika menentang pasukan Genk pada September lalu, dan kehebatannya dalam menjaringkan gol telah menarik perhatian kelab-kelab besar untuk mendapatkannya.

Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund telah berjaya memenangi saingan untuk mendapatkan pemain muda berkualiti tinggi ini, di mana Haaland telah menambah koleksi jaringan golnya di pentas Champions League dengan dua jaringan gol dalam fasa peringkat 16-akhir menentang pasukan Paris Saint-Germain.

5- Rodrygo - Real Madrid vs Galatasaray (7 November 2019)

Pemain terakhir dan pemain kedua termuda yang pernah menjaringkan hat-trick dalam saingan Champions League adalah pemain muda Real Madrid, Rodrygo, selepas berjaya menyumbat tiga jaringan gol ketika berdepan pasukan Galatasaray, ketika dia hanya berumur 18 tahun dan 301 hari ketika itu.

Pemain muda Brazil ini telah tiba di Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai perpindahan €45 juta. Perpindahan Rodrygo kurang mendapat perhatian selepas Madrid juga turut membawa masuk pemain bintang lain seperti Eden Hazard dan Luka Jovic. Tetapi Rodrygo telah membuktikan bahawa Real Madrid telah membuat keputusan yang berbaloi dengan mendapatkannya.

Pemain muda ini telah menjaringkan perfect hat-trick, dengan mengugunakan kaki kiri, kaki kanan dan juga tandukan - sekaligus menjadikan dirinya sebagai pemain termuda yang berjaya menjaringkan perfect hat-trick dalam sejarah saingan Champions League.

✍🏼 : #Apisssssssssss
 
Sponsored Post
Top
Log in Register