⚽ Piala Belia 2020 (23 Feb - 26 Sep)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Highlights Piala Belia 2020 | Ahad, 15 Mac 2020

PJ CITY FC 0-0 SARAWAK UNITED

Sorotan penuh aksi Hari Perlawanan 5, petang semalam dengan kedua-dua pasukan dalam Kumpulan B ini terikat tanpa jaringan di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur.


#FAM #HarimauMalaya #PialaBelia2020
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

Senarai Penjaring Terbanyak Piala Belia 2020

Berikut pendahulu senarai penjaring selepas Hari Perlawanan 5, Ahad lalu sebelum saingan ditangguhkan kerana COVID-19.

⚽ 116 gol terhasil dalam 45 perlawanan
⚽ Purata 2.58 gol/perlawanan

#FAM #HarimauMalaya #PialaBelia2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

Pendahulu Kumpulan A Piala Belia 2020

Pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-16 kendalian P. Somasundram mendahului saingan Zon Utara selepas Hari Perlawanan 5, Ahad lalu (15 Mac) sebelum saingan ditangguhkan kerana COVID-19.

⚽ 4 menang
⚽ 1 seri
⚽ 0 kalah
⚽ 13 mata

#FAM #HarimauMalaya #PialaBelia2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

Pendahulu Kumpulan B Piala Belia 2020

Selangor kendalian Noor Zaidi Rohmat mendahului saingan Zon Selatan selepas Hari Perlawanan 5, Ahad lalu (15 Mac) sebelum saingan ditangguhkan kerana COVID-19.

⚽ 4 menang
⚽ 1 seri
⚽ 0 kalah
⚽ 13 mata

#FAM #HarimauMalaya #PialaBelia2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
FB_IMG_1591059217194.jpg

Siaran Media: FAM Umum Pembatalan Pertandingan Piala Presiden, Piala Belia & MPFL Bagi Musim 2020

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan pembatalan tiga pertandingan di bawah kelolaannya iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim 2020 ini.

Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM mahu memastikan aktiviti dan pertandingan bola sepak dan futsal di peringkat kebangsaan ini dapat diteruskan semula dengan selamat selepas ia ditangguhkan berkuat kuasa pada 16 Mac 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah bermula pada 18 Mac 2020 kini masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, bola sepak telah dikategorikan sebagai sukan bersentuhan yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ia hanya boleh dijalankan sebagai aktiviti riadah dengan penjarakan sosial satu meter dan tidak melebihi 10 individu. Namun, sebarang penganjuran perlawanan atau pertandingan masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB ini.

Sementara bagi futsal pula selain daripada boleh dikategorikan sebagai sukan bersentuhan, ia turut tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB ini kerana semua jenis aktiviti sukan di kawasan tertutup (indoor) adalah termasuk dalam senarai aktiviti sukan yang dilarang oleh MKN.

Selepas meneliti garis panduan berkenaan, untuk FAM meneruskan penganjuran Piala Presiden, Piala Belia dan MPFL bagi baki musim 2020 ini, keutamaan perlu diberikan terhadap aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengurusan sesi latihan dan penganjuran perlawanan iaitu dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semua individu yang perlu hadir ke venue latihan dan perlawanan adalah terjamin.

Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ini di https://bit.ly/2MiJvxO

#FAM #HarimauMalaya #PialaPresiden2020 #PialaBelia2020 #MPFL2020

FAM
 
Sponsored Post
Top
Log in Register