⚽ Piala Belia 2020 (23 Feb - 26 Sep)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376



Piala Belia Malaysia adalah sebuah persaingan bola sepak amatur di Malaysia untuk pemain di bawah-19. Sejak awal, pada tahun 2008, Piala Belia telah menjadi kejohanan yang besar untuk pemain di bawah-19 tahun. Pada tahun 2009 hingga 2011, pertandingan itu digabungkan dengan Piala Presiden. Pada 2015 format pertandingan ditukar kepada format liga

SENARAI JUARA PIALA BELIA

2008 - Kelantan
2009 -
2010 -
2011 -
2012 - Perak
2013 - Selangor
2014 - Kelantan
2015 - Selangor
2016 - SSBJ
2017 - Kedah
2018 - PKNS
2019 - TFC IV

PASUKAN PALING BERJAYA

Kelantan (2) - 2008, 2014
Selangor (2) - 2013, 2015
SSBJ (1) - 2016
Perak (1) - 2012
Kedah (1) - 2017
PKNS (1) - 2018
TFC IV (1) - 2019
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Selamat maju jaya buat bakal pelapis2 skuad negara :)cgrock
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

SSBJ B-17 PERSIAP PASUKAN HADAPI DUA KEJOHANAN

Pasukan bola sepak Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17 Tahun (B-17) meletakkan dua kejohanan sekolah-sekolah sukan di Korea Selatan dan Thailand sebagai agenda utama mereka untuk tahun 2016 ini

Pemangku ketua jurulatih SSBJ B-17, Mohamad Haris Lajid berkata, seramai 28 pemain terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 di sekolah berkenaan telah mula menjalani latihan sejak pertengahan Disember lalu

"Kami ada 28 pemain tetapi hanya 26 pemain yang boleh beraksi ketika ini kerana dua pemain sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan. Berkemungkinan pada Februari atau Mac baru mereka boleh beraksi

"Persediaan awal kami ketika ini adalah untuk menghadapi saingan Piala Belia 2016 yang akan bermula pada 28 Februari ini. Di kalangan 28 pemain yang ada ini, lima adalah pemain baharu

"Mengikut kalendar 2016, kami akan menghadapi dua kejohanan besar tahun ini iaitu kejohanan sekolah-sekolah sukan Asia di Korea Selatan sama ada April atau September dan kejohanan sekolah-sekolah sukan Thailand di Chonburi pada Ogos

"Jadi aksi di Piala Belia 2016 ini adalah sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan berkenaan," kata Haris kepada www.fam.org.my

Ditanya mengenai sasaran skuad SSBJ B-17 untuk saingan Piala Belia 2016 membariskan 20 pasukan yang bakal dibahagi kepada dua kumpulan untuk perlawanan secara liga timbal balik, Haris berkata, mereka akan berusaha merebut empat teratas kumpulan untuk mara ke peringkat kalah mati suku akhir

"Kami sudah bertemu skuad Piala Belia Selangor dan Kuala Lumpur pada aksi persahabatan awal bulan ini dan berjaya mencatat kemenangan

"Sabtu ini, kami akan bertemu pula skuad Piala Belia Felda United dan minggu depan bertemu skuad Piala Presiden Felda United

"Jadi menerusi perlawanan-perlawanan persahabatan ini, kami akan dapat melihat sejauh mana tahap permainan pasukan kami untuk mampu bersaing dalam Piala Belia musim ini

"Biarpun kami dibarisi pemain-pemain berusia 17 tahun dan akan menentang pemain pasukan lain yang berusia 19 tahun dalam saingan Piala Belia, saya yakin kami mampu layak ke peringkat kalah mati," jelas Haris, 53, yang dibantu penolong jurulatih, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376

PIALA BELIA 2016 MEDAN PENDEDAHAN SSMP B-17

Pasukan bola sepak Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Bawah 17 Tahun (B-17) tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi pada saingan Piala Belia 2016 yang bakal bermula 28 Februari ini

Ketua jurulatih SSMP B-17, Mohd Khalid Shahdan berkata, kebanyakan pemain di kalangan barisan 20 pemainnya ketika ini terdiri daripada muka baharu yang kini berada di Tingkatan 5 sekolah berkenaan

"Tahun lalu, saya berjaya membawa pasukan SSMP B-17 muncul naib juara Piala Belia 2015. Dalam saingan secara liga sepusingan membabitkan pasukan B-19 dari negeri-negeri lain itu, kami hanya tewas sekali daripada 14 perlawanan tetapi disebabkan empat kali seri, kami sekadar di tangga kedua, enam mata di belakang Selangor

"Saya dapat meletakkan sasaran tinggi pada saingan Piala Belia musim lalu kerana ketika itu skuad SSMP B-17 dibarisi ramai bekas pemain skuad B-16 negara kendalian S Balachandran yang layak ke suku akhir Kejuaraan B-16 AFC 2014

"Tapi untuk saingan Piala Belia 2016 ini, saya mempertaruhkan pemain-pemain baharu dan kami agak kekurangan pemain apabila hanya mempunyai 20 pemain setakat ini akibat beberapa kekangan dan masalah kecederaan

"Jadi saya tidak mahu beri tekanan dengan meletakkan sasaran terlalu tinggi buat mereka ini. Penyertaan kami pada Piala Belia 2016 ini lebih kepada pendedahan pemain sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 yang akan bermula tahun depan," kata Khalid kepada www.fam.org.my

Jelas Khalid, barisan skuad negara yang akan beraksi pada saingan kelayakan itu nanti adalah gabungan pemain-pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), SSMP serta beberapa pemain dari sekolah sukan negeri yang lain

"Tahun ini, SSMP B-17 tiada sebarang kejohanan antarabangsa, jadi fokus kami hanyalah Piala Belia 2016 untuk saya menilai mana-mana pemain yang dianggap menyerlah untuk diserapkan dalam skuad negara menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 pada tahun depan," tambah Khalid

Skuad SSMP B-17 baru memasuki minggu keempat persiapan pramusim mereka sejak 4 Januari lalu di Gambang dan sudah mengharungi dua aksi persahabatan bertemu skuad SSMP B-16 kendalian P Somasundram dan sebuah kelab tempatan di Pahang

"Program latihan harian kami ialah sebelah pagi dan petang pada Isnin dan Selasa. Tiada latihan pada Rabu kerana ada aktiviti kokurikulum sekolah. Khamis latihan pagi dan petang manakala kebiasaan latihan Jumaat dan Sabtu hanya satu sesi," jelas Khalid, 52, yang dibantu penolong jurulatihnya, Mohd Zerry Nazeri, 34
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Football Association of Malaysia (Official)


KEJUARAAN B-16 AFC 2016 FOKUS UTAMA SKUAD SOMASUNDRAM

Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) Malaysia kendalian jurulatih P Somasundram memulakan latihan sejak 7 Januari lalu sebagai persediaan awal menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-16 AFC 2016 di New Delhi, India, September ini

Sebagai mempersiapkan pasukan ke arah kejohanan berkenaan, skuad B-16 negara terdahulu akan beraksi pada Kejuaraan B-16 AFF 2016, Ogos ini yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah

Namun sebagai pendedahan awal, skuad Somasundram itu akan mengguna pakai nama skuad Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-16 untuk beraksi pada saingan Piala Belia 2016 bermula 28 Februari ini

"Setakat ini, kami sudah mendaftar seramai 23 pemain terdiri daripada mereka yang beraksi pada Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2016 di Laos, September lalu

"Seramai 12 pemain adalah pelajar asal SSMP ini manakala baki 11 pemain adalah bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar tahun lalu

"Jadi untuk 2016, kami gabungkan kesemua 23 pemain ini bersekolah di SSMP untuk menjadi pasukan terkuat menghadapi Piala Belia, Kejuaraan AFF dan Kejuaraan AFC serta memudahkan pergerakan pasukan terutama dalam menjalani latihan dan mengharungi perlawanan

"Tapi saya masih membuat pemantauan pemain bagi menambah kira-kira 10 lagi pemain baharu bagi melengkapkan skuad seramai 32 orang untuk saya mendapatkan barisan terbaik bagi Kejuaraan AFC nanti," kata Somasundram kepada www.fam.org.my

Ditanya sasaran pasukan SSMP B-16 untuk saingan Piala Belia 2016, Somasundram berkata: "Kita kena tahu yang Piala Belia ini adalah kejohanan B-19 kebangsaan dan pemain-pemain saya pula baru berusia 16 tahun

"Jadi sasaran saya untuk Piala Belia ini hanyalah sebagai pendedahan kerana saya mahu 32 pemain ini sudah bersedia apabila beraksi pada perlawanan antarabangsa nanti

"Dengan menyertai Piala Belia ini, kami akan mendapat perlawanan kompetitif berdepan pasukan lawan dibarisi pemain lebih umur dan pemain kami boleh menjadi lebih matang dan berkeyakinan."

Namun Somasundram tetap mengharapkan program perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan seperti skuad B-16 Thailand, Vietnam dan Jepun dapat diadakan sebelum mereka ke Kejuaraan B-16 AFC itu

"Tiga pasukan ini semuanya layak ke Kejuaraan AFC. Jadi ia bagus untuk kami menilai tahap dan kemampuan para pemain

"Selain itu, saya turut mencadangkan supaya skuad ini dapat ke New Delhi lebih awal sebelum kejohanan untuk membolehkan para pemain menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran, cuaca dan pemakanan," jelasnya

Somasundram, 50, kini dibantu penolong jurulatih, Kok Keng Lin, 47, dengan latihan harian mereka diadakan di SSMP, Gambang, Pahang
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Football Association of Malaysia (Official)


Majlis undian Piala FAM, Piala Presiden & Piala Belia 2016 akan diadakan 14 Februari ini di Grand BlueWave Shah Alam

Saingan peringkat kumpulan Piala FAM & Piala Belia akan bermula pada Ahad, 28 Februari manakala Piala Presiden bermula pada Khamis, 3 Mac
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Football Association of Malaysia (Official)


RASMI: Kedudukan pasukan Piala Belia 2016. Selepas 18 perlawanan, 4 pasukan teratas layak suku akhir timbal balik
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Football Association of Malaysia (Official)


Piala Belia 2016. Saingan Kumpulan A & B secara liga 2 pusingan bermula 28 Februari ini disusuli peringkat kalah mati
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Football Association of Malaysia (Official)


RASMI: Jadual perlawanan pertama Piala Belia 2016 yang bakal berlangsung pada Ahad ini (28 Februari 2016)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,206
Reaction score
11,351
Points
2,376
Football Association of Malaysia (Official)

Keputusan penuh aksi Piala Belia 2016:

KUMPULAN A

PERAK 2-1 SARAWAK
N SEMBILAN 1-2 SABAH
PAHANG 0-1 P PINANG
PERLIS 0-5 KEDAH
SELANGOR 2-1 SSMP B-17

KUMPULAN B

FELDA UNITED 1-0 MELAKA
SSMP B-16 2-0 K LUMPUR
KELANTAN 2-0 MISC-MIFA
ATM 0-3 JDT IV
TERENGGANU 0-2 SSBJ B-17
 
Sponsored Post
Top
Log in Register